Rabu, 23 Juli 2014

Mitos-mitos di bulan puasa ( perkara yang diada-adakan )




Mesti ada yang pernah dengar seperti mengorek telinga atau hidung batal puasa kan? Tak batal sebenarnya. Itu salah satu mitos popular. Mitos lain bulan puasa jom saya kongsikan di bawah.

  • Ada doa spesifik pada setiap hari ramadhan ( tak ada sebenarnya )
  • Solat terawih hanya boleh dimasjid ( di rumah dan berseorangan pun boleh )
  • Puasa akan terbatal akibat menelan air liur ( islam bukan agama yang membebankan )
  • Tidak boleh berus gigi pada waktu subuh ( boleh asal tidaklah sengaja menelan air kumur )
  • Puasa akan terbatal dengan mengorek telinga / hidung (tidak , jika ia tidak menzahirkan rasa kenyang/ sedap)
  • Apa yang disangkut ditelinga (plug-in earphone ) lebih membatalkan puasa berbanding apa yang didengar oleh telinga ( Boleh guna, tiada masalah )
  • Waktu imsak ( Pendapatnya banyak, imsak boleh lagi makan. Cuma ia waktu hati-hati )
  • 30 keutamaan terawih ( ini memang tak ada dalil )
Daripada Ummu al-Mukminin Ummu Abdullah Aisyah r.a beliau berkata :Rasulullah S.A.W telah bersabda :"Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu perkara dalam urusan ( agama ) kami ini, yang tiada daripadanya, maka ( yang diada-adakan ) itu tertolak ."( H.R Al- Bukhari dan Muslim )


- perkongsian dari majalah JOM


Jika ada pembaikan atau penambahan boleh tambah di ruangan komen :)


Kamis, 17 Juli 2014

Lailatul Qadar: Sejarah lailatul qadar & mencari malam seribu bulan


10 Malam terakhir ramadhan dah tiba. Sesuatu yang ramai tak tahu , adalah asal usul malam lailatul qadar, dari mana datangnya permulaan semuanya ini . Sejarah Malam Lailatul Qadar ini bermula  apabila Rasulullah berdoa kepada Allah setelah melihat kehebatan seorang lelaki Bani Israil yang sentiasa menghunuskan pedang (berperang) membela agama Allah selama 1000 bulan (lebih kurang 83 tahun).

Disebabkan terpegun akan kehebatan lelaki itu lalu baginda berdoa :

"Ya Tuhanku, Engkau jadikanlah umatku lebih pendek umurnya dan lebih sedikit amalnya (amal yang sedikit, tetapi ganjarannya besar."

Kemudian Allah memakbulkan doa baginda dengan memberikan Lailatul Qadar kepada umat Nabi Muhammad S.A.W yang mana jika seseorang menghidupkan satu malam itu sahaja, ganjarannya lebih baik dari lelaki Bani Israil yang berjihad selama 1000 bulan itu.

Di antara  bacaan do’a atau dzikir yang paling afdhal untuk dibaca pada malam
 (yang  diperkirakan sebagai Lailatul Qadr) adalah sebagaimana yang ditanyakan  
Ummul Mukminin ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha kepada Rasulullah shallallahu  ‘alaihi wa sallam :

 “Wahai Rasulullah jika aku mendapati Lailatul Qadr, do’a apakah yang aku baca pada malam tersebut?
 Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab:

 “Bacalah: اللهم إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي“
Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu anni”. 
Ya Allah sesungguhnya Engkau adalah Dzat Yang Maha Pemberi Maaf, 
Engkau suka pemberian maaf, maka maafkanlah aku”.(HR At-Tirmidzi dan Ibnu Majah) 



_____________________ 


Dan sewajarnya pada 10 malam terakhir ini ,  ia digunakan dengan diisi amalan berzikir, bertadarus Quran, beriktikaf , berishtigfar dan melakukan qiamulail. Apa yang kita tahu malam itu adalah malam yang lebih baik daripada seribu bulan dan merupakan malam pengampunan. Tidaklah bermaksud 20 malam sebelum kita mensia-siakannya kerana sesungguhnya Ramadhan sememangnya bulan penuh keberkatan .

Namun harus diingat bukanlah pada malam dan hari tersebut harus dipenuhi dengan ibadah demikian sahaja, namun akan turut diberkati dan dilimpahi kurniaan apabila kita melakukan amalan kebaikan dan mahmudah seperi menghormati orang lain, bersedekah, membantu insan lain dan lain-lain lagi amalan kebajikan. Insyaallah dengan keikhlasan akan diberi ganjaran.

Rasullullah saw bersabda bermaksud : Sesiapa yang beibadah pada malam al-Qadr dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan ALLAH , mudah-mudahan akan diampuni dosanya terdahulu . (Riwayat Muslim)

Malam al-Qadr sesungguhnya memang rahsia ALLAH , dia tidak menerangkan secara terperinci kerana mahu manusia beramal tanpa mengira masa dan ketika. Yang menariknya bila terjadinya malam lailatulqadar iaitu pada malam ganjil sepuluh ramadhan terakhir.

Rasullullah saw bersabda yang bermaksud : (Iaitu) ada pada ramadan , oleh itu hendaklah kamu mencarinya pada 10 hari terakhir. Disebabkan ia terdapat pada hari-hari ganjil, iaitu , pada malam 21, atau malam 23, atau malam 25, atau malam 27 , atau malam 29 serta malam terakhirnya . (Riwayat Ahmad )

Kelebihan malam lailatulqadar adalah di mana , pada malam itu Allah memberi kesejahteraan kepada hambaNYA sampai terbit fajar , kemuliaan , keampunan, rahmat , serta mendapat syurga daripada ALLAH s.w.t. Disebabkan itu ramai umat islam tidak mahu melepaskan malam tersebut .

Malahan pada malam ini juga Al-Quran diturunkan secara sekaligus dari Luh Mahfuz ke Bai al-'Izzah iaitu terletak dilangit dunia. Namun diturunkan secara beransur-ansur dan berperingkat-ringkat dari Bait al-'Izzah kepada Rasulullah saw selama 23 tahun.

[ Sekilas : Walaupun malam al-qadr ini lebih wajar DIHAYATI berbanding DICARI , namun jika ada yang berminat boleh baca di sini : tanda- tanda malam lailatul qadar ]




P/S : Malam lailatulqadar - Susah nak jumpa, jika berpeluang, itu nikmat.
رَبَّنَا إِنَّكَ تَعْلَمُ مَا نُخْفِي وَمَا نُعْلِنُ ۗ وَمَا يَخْفَىٰ عَلَى اللَّـهِ مِن شَيْءٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ
Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau mengetahui akan apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami zahirkan; dan tiada sesuatupun di langit dan di bumi, yang tersembunyi kepada Allah! (Surah Ibrahim 14: Ayat ke 38)



Minggu, 13 Juli 2014

Nuzul Al-Quran 2016: 17 Ramadhan 1437 Hijrah


Tidak kenal, maka tidak cinta.
Begitu juga kitab al-Quran, sesiapa yang tidak mengenalinya, tidak akan mencintainya.
Dan sesungguhnya kamu benar-benar diberi
al-Quran daripada (Allah) yang maha bijaksana lagi maha mengetahui (surah an-Naml: ayat 6)

Penurunan al-Quran sejak lebih 1400 tahun lalu adalah peristiwa penting dan sangat agung pada bulan Ramadan. Penurunannya telah membawa berperanan mengubah kehidupan umat manusia seluruhnya dan sangat relevan sepanjang masa.

Apa yang dimaksudkan dengan Nuzul al-Quran?

Nuzul (nazala- kata dasar dalam bahasa arab) yang diambil daripada perkataan bahasa Arab maksudnya sebagai penurunan, sementara al-Quran pula merupakan kitab Allah , mukjizat yang diberikan kepada Nabi akhir zaman iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

Jadi istilah Nuzul al-Quran boleh diertikan sebagai penurunan al-Quran ke atas baginda Rasulullah sebagai petunjuk kepada umat manusia seluruh alam.

Bila Al-quran diturunkan / waktu nuzul Quran ?

Pendapat pertama menyatakan bahawa Al-Quran diturunkan pada malam Isnin tanggal 17 Ramadhan, 13 tahun sebelum hijrah (6 Ogos 610 M). Pendapat kedua pula menyatakan bahawa Al-Quran telah diturunkan pada malam Isnin, tanggal 24 Ramadhan (13 Ogos 610 M). Pendapat yang pertama adalah berdasarkan ayat 41 dari Surah Al-Anfaal, manakala pendapat kedua dasarnya adalah ayat 1 Surah Al-Qadr dan ayat 1-4 Surah Ad-Dukhan.

Allah menjelaskan dalam surah al-Qadr, bahawa al-Quran diturunkan pada malam yang dikenali sebagai “Lailatul Qadr”, asas daripada ajaran isi kandungan surah ini ialah al-Quran mula diturunkan pada malam tersebut yang nilainya lebih baik daripada 1,000 bulan, para Malaikat dan Jibril turun ke dunia pada malam tersebut untuk mengatur segala urusan.

Surah al-Qadr ini pula diturunkan di kota Makkah dan dihimpunkan dalam surah-surah Makkiyyah, iaitu surah yang diturunkan sebelum hijrah baginda Rasulullah s.a.w ke Madinah, isi pengajarannya ialah beriman kepada Allah dan rukun-rukun iman yang lain.

Namun tradisi Nuzul Al-Quran telah lazim diperingati pada tanggal 17 Ramadhan.

Cara bagaimana al-Quran diturunkan ?

Al-Quran diturunkan sekali gus ke langit dunia NAMUN diturunkan tidak sekali gus malah berperingkat- peringkat ke atas baginda, kerana oleh Allah menerusi ayat 32 surah al-Furqan yang bermaksud: “Berkatalah orang-orang Kafir : Mengapa al-Quran itu tidak diturunkan kepada (Muhammad) sekali turun sahaja? Demikianlah (dengan cara itu) supaya Kami perkuatkan hatinya dan Kami membacanya kelompok demi kelompok (secara ansur-ansuran) .”


Peranan dan fungsi kitab Al-Quran

-Sebagai Petunjuk dan cahaya kepada semua manusia - panduan sepanjang zaman.
-Rujukan supaya tidak sesat kerana ia relevan sepanjang hayat.
-Mampu memberi ketenangna dan pemahaman tentang semua ciptaan dan kejadian.
-Sumber ilmu pengetahuan- mengandungi pelbagai ilmu kimia, astronomi , agama, biologi , geografi , sejarah dan bahasa .selain ilmu kehidupan amnya.

Sebagai contoh :
Surah al-Mukminun ayat 14:
“kemudian air mani itu kami jadikan segumpal darah , lalu segumpal darah itu kami jadikan segumpal daging,dan segumpaldaging itu kami jadikan tulang belulang,lalu tulang – belulang itu kami bungkus denagn daging.kemudian kami jadikan dia mahluk yang (berbentuk)lain. Maka maha suci allah pencipta yang paling baik”.
-Malahan mampu menyatukan kita semua  dan membina tamadun serta mengulangi kecemerlangan islam dahulu jika benar menghayatidan memahami serta mempelajari 1001 rahsia isi kandungannya.

-Selain itu tujuan ia diturunkan untuk menyelamatkan bangsa manusia serta mempimpin mereka ke jalan kebenaran kerana di akhir zaman akan wujud fitnah-fitnah yang berleluasa.

Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi s.a.w. bersabda : “Tidak berhimpun satu kaum dalam rumah Allah, mereka membaca al-Quran dan bertadarus (berdiskusi isi kandungannya) di kalangan mereka, melainkan perhimpunan mereka itu diturunkan ketenangan daripada Allah, diliputi dengan rahmat-Nya, dikelilingi dengan para Malaikat dan Allah akan mengingati mereka yang ingat kepada-Nya.”

Video youtube johan qari tilawah kebangsaan / antarabangsa 2014
Ustaz Tarmizi



Rujukan :

Minggu, 06 Juli 2014

Sunnah di Bulan Ramadhan yang semakin dilupakan


Puasa adalah bulan keampunan dan memperbanyakkan amalan. Banyak perkara baik yang kita buat akan diberi ganjaran yang berlipat kali ganda.  Ada beberapa amalan sunnah di bulan puasa yang semakin dilupakan. Ok jom kita semak semula melalui perkongsian yang Anem perolehi dari sebuah buku ini. Jika ada penambahan, boleh kongsikan di ruang komen.
  • Melambatkan sahur
"Perbezaan diantara puasa umat Islam dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) itu ialah dengan makan sahur."
(Riwayat Muslim)

Daripada Abu Sa'id al-Khudri, Rasulullah s.a.w bersabda: "Makan sahur itu berkat, oleh sebab itu jangan kamu meninggalkannya walaupun salah seorang daripada kamu kemudiannya meneguk seteguk air. Maka sesungguhnya Allah s.w.t berselawat ke atas orang-orang yang bersahur."

  • Menyegerakan berbuka

Disunnahkan juga kita menyegerakan berbuka puasa. Waktu paling afdal ialah ketika matahari mula terbenam atau dilaungkan azan Maghrib. Utamakan berbuka dari sibuk berzikir, membaca al-Quran atau ibadah lain kerana perintah Nabi s.a.w. Rasulullah SAW bersabda:

“Manusia akan sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka sentiasa menyegerakan berbuka puasa.” – Hadis riwayat al-Bukhari

  • Berbuka dengan rutab atau kurma atau air

Rutab adalah buah kurma yang masak dan tidak dikeringkan. Ia lembut dan manis. Tamar pula adalah buah kurma yang telah dikeringkan sebagaimana yang banyak terjual di pasaran. Berbuka puasa dengan buah rutab, tamar atau air merupakan sunnah Nabi SAW Anas bin Malik r.a berkata:

“Rasulullah s.a.w berbuka puasa sebelum solat (Maghrib) dengan rutab. Jika tiada rutab, baginda akan berbuka dengan tamar dan jika tiada tamar, baginda akan meneguk beberapa teguk air.” – Hadis riwayat Imam al-Tirmizi

  • Berdoa ketika berbuka

Ibn ‘Umar r.a berkata:
“Apabila berbuka puasa, Nabi SAW akan membaca :
ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتْ الْعُرُوقُ وَثَبَتَ الأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ
(Dzahabaz zhoma u wabtallatil ‘uruuqu wa thabatal ajru insyaallah)

Hilanglah segala kehausan, segala urat-urat telah basah dan semoga tetaplah beroleh pahala.

– Hadis riwayat Abu Dawud
*tha = sa

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. telah bersabda,
“Tiga orang yang tidak ditolak doa-doa mereka.
-Seorang yang berpuasa sehingga dia berbuka
-Seorang imam (pemerintah) yang adil.
-Doa daripada seorang yang dizalimi.


( HR at-Tirmidzi & Ibnu Hibban )

  • Memberi makan pada orang yang berbuka
“Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang yang berpuasa, iaitu pahala orang yang berpuasa yang tidak dikurangkan walau sedikit.” – Hadis riwayat al-Tirmizi.'


  • Lebih banyak menderma dan beribadah bulan ramadhan
Hal ini diceritakan oleh Ibnu Abbas: 
“Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan. Dan beliau lebih dermawan lagi pada bulan Ramadan saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan al-Quran. Dan sifat dermawan Rasulullah SAW melebihi angin yang berhembus.” (Riwayat Bukhari)

Sekian, jika ada pembaikan boleh tambah. Sama-sama kita kongsi yang baik-baik dan buat yang baik-baik . Insyaallah :)


Senin, 30 Juni 2014

Tips Khatam Al-Quran ( di bulan ramadhan khususnya )

Khatam Quran ini boleh sendiri atau beramai. Selalu adalah lebih digalakkan. Tak kira masa. Di Malaysia, ia (tilawah) juga dirai di majlis akad nikah , kesyukuran dan juga doa selamat selain itu pastinya ia tertumpu di bulan Ramadhan. Adalah seronok jika kita bersemangat untuk memenuhi madrasah ramadhan dan mencabar dan menguatkan diri untuk membaca dan mengkhatam Al-Quran.


Mengapa perlu khatam Al-Quran dalam bulan ramadhan ?

Nabi Muhammad S.A.W menceritakan Jibrail A.S membacakan Al-Quran kepadanya sekali setiap tahun pada bulan Ramadhan dan pada tahun kewafatan Baginda sebanyak dua kali ( HR Bukhari dan Muslim ).

Pada bulan Ramadhan, Nabi Muhammad S.A.W dan Jibrail akan mengulangkaji ayat-ayat Al-Quran yang telah diturunkan kepada Baginda S.A.W. Jibrail akan menerangkan asbab, maksud dan berbincang dengan Rasullullah. Kerana itu kita digalakkan khatam sekurang-kurang sekali atau lebih dalam bulan Ramadhan.

Antara tips untuk khatam Al-Quran :
  • Tentukan target untuk berapa kali khatam Al-Quran ( sesuaikan dengan kemampuan kita )
  • Seeloknya mula membaca dari juzuk 1 pada hari pertama ramadhan (mudah nanti nak kira )
  • Tentukan target membaca berapa juz dalam sehari ( target mesti ditepati )
  • Bahagikan target harian kepada beberapa waktu yang kita mampu ( berapa kali lepas solat fardu atau lepas terawih ; ikut mampu )
  • Manfaatkan setiap waktu dengan efisien ( kurangkan bersembang, online,  fokus untuk beberapa minit sahaja )
  • Bawalah Al-Quran selalu ( supaya mudah bertilawah )
  • Tidak perlu bersuara kuat atau tinggi ( yang penting bukan kekuatan suara , tapi mata. Jika mengalami suara serak, perlahan-lahan Allah akan pulihkan - tetap terus )
  • Mendengar sambil menyemak Al-Quran ( jika mata penat , boleh semak dengan menggunakan teknologi seperti mp3 player . Gunakan ia untuk mentaddabur bukan untuk tidur )
  • Manfaatkan teknologi dengan bijak . (Lengkapkan smartphone dengan aplikasi Al-Quran yang lengkap, supaya ia berguna jika terlupa bawa Al-Quran )
  • Kita perlu menabung banyak tilawah di awal ramadhan. ( Jika target 1 juz, sesekali lebihkan, sebab ditakuti ada perkara tidak diingin nanti dan tak sempat baca nanti untuk capai target - wanita terutamanya )
  • Menghukum diri jika target tilawah tidak sampai . ( Baki target yang tidak sampai harus dipenuhi , jangan bertangguh atau terkumpul )
  • Boleh juga tilawah secara bergilir dengan kawan-kawan atau ahli keluarga ( Seronok dalam suasana yang indah itu selain dapat mengingatkan dan mengelak mengantuk )
  • Lawan rasa mengantuk seboleh mungkin ( ganti posisi dan tempat tilawah . Regangkan otot. Atau boleh ambil wuduk dan mandi , sambung semula  )
  • Cari tempat tilawah yang buat kita tenang . ( Yang mampu buat kita fokus tapi jangan terlalu selesa sampai buat mengantuk )
  • Manfaatkan waktu 10 hari terakhir ramadhan dengan baik . ( Iktikaf atau buat di masjid, kerana suasana masjid , surau dan 10 terakhir ramadhan selalunya mampu mempengaruhi semangat kita )
  • Banyakkan berdoa kepada Allah S.W.T ( Agar sentiasa dikuatkan azam untuk capai target )
- Sumber perkongsian ini melalui majalah Jom 

Sumber gambar di atas[ muzir ]
“Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
 “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dirosakkan oleh air. Seorang sahabat telah bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati itu bersinar kembali?” Maka jawab Rasulullah, “Banyakkan mengingati maut dan membaca Al Quran.”
(Riwayat Baihaqi dari Ibn Umar)

Sekian, jagalah pemakanan dan kesihatan , agar terus lagi bersemangat kita memanfaatkan bulan amalan, insyaallah. Selamat mengkhatam Al-Quran :)


Sabtu, 28 Juni 2014

Cara solat terawih 8 rakaat berjemaah / bersendirian



Salam semua. Pertama sekali saya nak minta maaf jika artikel ini ada kekurangan. Jika ada boleh merujuk pada beberapa pautan blog asal (di hujung entri ini) yang menjadi rujukan asal untuk artikel cara solat terawih ini. Selamat berterawih dengan semangat. Istiqamah dan teruskan buat benda baik.

 “Solat malam (solat Tarawih) adalah dua rakaat, dua rakaat.” 
 (Riwayat Jamaah)


Cara Melakukan Solat Sunat Tarawih Lapan Rakaat (Berjemaah)
.
Cara melakukan solat Tarawih sama seperti solat sunat yang lain. Solat Tarawih dilaksanakan setiap dua rakaat satu salam. Setiap dua rakaat dan kemudian dua rakaat lagi (setelah 4) tu ada bacaan doa oleh imam. Habis sahaja solat terawih berjemaah akan ada solat witir boleh baca artikel ni sampai habis di bawah. Terima kasih.

Niat:
“Usolli sunnata t-taroowiihi rokátaini  (makmuman) lillaahi Taala.”
 Sahaja aku solat sunat tarawih menjadi makmum dua rakaat kerana Allah Ta’ala.

.[Klik gambar di bawah untuk lebih besar]
* Merujuk pada nombor dalam gambar: ikut turutan 1-2-3-4-5-2-6-4


 * bawah ni rujukan surah (cadangan)
 .

***

Cara solat terawih bersendirian

Sama seperti solat-solat sunat yang lain yang biasa kita lakukan, iaitu ditunaikan dua rakaat dengan bermula dari takbir dan diakhiri dengan memberi salam. Rukun sembahyang sunat Tarawih ini sama sahaja dengan rukun sembahyang yang lain juga.

  1. Ketika hendak solat, niatkan di dalam hati untuk mengerjakan solat terawih atau qiyam Ramadhan, kemudian lakukan solat sebagaimana biasa.

    Sahaja aku menunaikan solat Terawih 2 rakaat kerana Allah Taala

    “Usolli sunnata t-taroowiihi rokátaini lillaahi Taala.”
     Sengaja saya solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.

  2. Bacaan-bacaan di dalam solat juga sebagaimana yang biasa dibaca dalam solat-solat yang lain. Kesimpulannya, yang berbeza dalam solat terawih ini ialah niatnya sahaja. 
  3. Oleh kerana solat terawih dilakukan dua rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki (lapan, dua puluh atau sebagainya). 
***


Cara Solat Sunat Witir

Setelah selesai Solat Tarawih, teruslah dirikan solat sunat Witir. Bilal menyeru:

صَلاَةُ الْوِتْرِ اَثَابَكُمُ اللهُ.
Niat:
“Usolli sunnatal witri rokátaini  (makmuman) lillaahi Taala.”
 Sengaja saya solat sunat witir menjadi makmum dua rakaat kerana Allah Ta’ala.

[Gambar di bawah jika solat witir itu bersendirian - 
tambahkan MAKMUMAN pada niat (jika berjemaah dan menjadi makmum)]


 Bemula malam 16 Ramadhan, disunatkan membaca  Doa Qunut sebelum melakukan sujud petama.

.

+ Tips kusyuk terawih
- Ilmu: kena fahami cara dan tahu hikmah solat terawih
- Lisan: banyakkan hafazan, agar lebih kusyuk
- Niat: sebelum ramadan niat untuk tingkatkan kualiti solat
- Perut: Jangan makan kenyang sangat
- Pakaian: Pastikan bersih dan suci
- Berjemaah: selalu buat agar terbiasa
- Datang awal: Selalu yang datang awal atau dekat dengan imam akan lebih kusyuk

Sekian maaf dan terima kasih.
 Jika artikel di atas tidak lengkap, digalakkan merujuk imam atau ustaz di tempat anda selain daripada laman berikut:


Jumat, 27 Juni 2014

Niat Puasa & Doa Berbuka Puasa Dalam Rumi



Salam. Ahlan Wasahlan ya ramadhan ! Pertama sekali Anem nak mengucapkan selamat menjelang bulan Ramadhan, sedia semua? yeah !. Insyaallah dapat kita mencium lagi haruman bulan mulia ini. Di bawah ini Anem sertakan bacaan niat puasa , doa berbuka puasa dalam jawi dan rumi serta video bacaannya *dari upin ipin untuk didengar* . Comey3.

*NIAT PUASA RAMADHAN DAN DOA BUKA PUASA BOLEH BACA SAMPAI HABIS KE BAWAH*
* UPDATE NIAT PUASA GANTI 27/6/14*
*UPDATE DOA BUKA PUASA NABI 30 /06/14*



UPDATE; KLIK UNTUK: 



[ Tambahan :

Niat puasa sunat di bulan Rejab adalah seperti berikut

“Sahaja aku berpuasa sunat esok hari dalam bulan Rejab kerana Allah Taala”   ]


---


Niat puasa ganti / puasa qada' dalam rumi :


نويت صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى

Nawaitu sauma ghodin an’ qada'e fardhu ramadhona lillahi taala

*sebut qada' - e , macam sebut 'an adae' dalam niat puasa di bulan ramadhan .

*ramadona - dho adalah huruf dod - sebut d (dengan lidah menyentuh lelangit)

Maksud : Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Taala

Wallahualam : Ada baca satu artikel mengenai puasa ganti menyatakan "Jika anda berazam ingin melakukan qadha' puasa sebelum menjelang fajar, maka itulah yang dikatakan niat. Ini sudah memadai dan tidak perlu melakukan lafaz niat." [ rujuk sini : puasa sunat ganti ]


Niat Berpuasa Harian:

Nawaitu sauma ghodin an’adae fardi syahri romadhona hazzihi sanati lillahhi ta’ala.











Maksud:

“Sahaja aku berniat puasa esok hari untuk menunaikan fardu Ramadan tahun ini kerana Allah Taala.”

Niat Berpuasa Sebulan :


Nawaitu sauma syahri ramadhana kulihi lillahitaala

Maksud:

"Sahaja aku berniat berpuasa keseluruhan pada bulan ramadhan ini kerana Allah Taala"


Doa Berbuka Puasa:


Allahumma laka sumtu wa bika amantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin


Jika ramai-ramai : ganti 'tu kepada 'na' (ganti saya kepada kami )


Allahumma laka sumna wa bika amanna wa ‘alaa rizqika aftharna birahmatika ya arhamarrohimin

*Sumtu / sumna tu sum tu bukan huruf sin tapi sod. Tebal sikil masa sebut sum tu.







Maksud:
Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Ertinya:
Ya Allah bagi Engkau kami berpuasa dan dengan Engkau beriman kami dengan rezeki Engkau kami berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Ada pun Doa berbuka puasa yang Nabi selalu baca adalah : Dzahabazh Zama-u, Wabtallatil ‘Uruuqu wa Tsabatal Ajru, Insyaa Allah 



Doa Selepas Berbuka Puasa

Maksud:
Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu. 

-

Sebaik-baik doa berbuka puasa ialah doa yang diwariskan oleh Nabi kepada umatnya. Ketika berbuka puasa Nabi membaca,
“Telah hilang rasa haus dan telah basah segala urat, semoga kami tetap berpahala, insya Allah”. (Hasan, Hadis Abu Dawud, Daruqutni dan Al-Hakim)
_____

Dilarang berpuasa pada ‘Hari Syak’ atau meragukan iaitu hari ke-30 Syaaban melainkan apabila bertujuan untuk puasa qadha (mengganti puasa Ramadhan sebelumnya), puasa sunnah, puasa kafarah (puasa melanggar sumpah).

Pautan lain yang berguna untuk semua, Boleh baca , Meh klik link di bawah:

Jika mahu tahu syarat sah puasa, syarat batal puasa,  apa yang makruh , mengandung di bulan puasa boleh puasa ke tak, hukum merasa makanan dan bercium (suami isteri) di bulan ramadan , tentang suami isteri baru berkahwin (pengantin baru), pendek cerita, semua tentang puasa , ulangkaji sini, meh :

Segalanya tentang Bulan Ramadhan / Bulan Puasa (Ulangkaji)

 

Kesilapan kerap di bulan ramadhan : 


Jika nak tahu soal jawab tentang puasa menjelang Ramadhan , di sini : 
Soal jawab tentang puasa

Tahap puasa kita di mana ? :
3 Jenis tahap puasa
_____

Sekian, Jazakallahu khayran jaza' :)


*Ejaan rumi mungkin sedikit tidak serupa dari bacaan arabnya. *
P/S : Nanti tengok anak bulan , ok semua, -Jangan puasa yang yok, siang-siang buka periuk:P 

Jika sudi like facebook Anem Arnamee ya . terima kasih :)