Jumat, 29 April 2016

Dakwah Dr. Zakir Naik

Dalam apa juga perkara kita perlu bersederhana. Tidak meletakkan kekaguman bukan pada tempatnya. Namun tidaklah pula memandang orang dengan begitu rendah. Kita semua ada kelebihan masing-masing yang sebenarnya adalah amanah yang diberi Tuhan. Dan kelebihan bagi seseorang penceramah pastinya ilmunya dan caranya tersendiri. Tidak perlu jauh, di Malaysia sahaja kesemua pendakwah mempunyai kelebihan tersendiri untuk menarik minat ramai mendengarkan mereka.

Gambar: Tokoh Maal Hijrah 1435/2013M peringkat Antarabangsa, Dr. Zakir Abdul Karim Naik (kiri) bersama tokoh Maal Hijrah 1435/2013M peringkat kebangsaan Tan Sri Abdul Hamid Zainal Abidin pada majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan. - Foto Bernama
Dalam dakwah, biar cara kita buat orang semakin mendekati dan menghormati agama. Bukan buat orang membenci dan menjauhi.

Bagi saya, kita perlu belajar. Namun bukan terlalu taksub dan ilmu itu untuk diambil, difikir dan jika baik; untuk diamalkan.

Berbalik kepada isu asal entri ini, iaitu mengenai Doktor Zakir Naik. Soalan sahabat saya tempoh hari saya diamkan seketika. Tapi tidak lama, kerana jawapannya ada semenjak isu yang berkaitan dengannya tersebar-luas.

Dia tanya, apa pandangan saya tentang Doktor Zakir Naik?

“Dia seorang pendakwah yang sangat terbuka dan bijak. Dia mengkaji semua agama. Dan tidak takut jika penganut agama lain bertanya soalan tentang agama islam. Dia ada jawapannya (insya-Allah).” Jawab saya, agak umum dan mungkin sedikit peribadi.

Oh ya, siapa Doktor Zakir Naik?

Seorang yang berkelulusan Bachelor of Medicine and Surgery (MBBS) dari Maharashtra.
Seorang ulama India, penulis dan da’i ahli perbandingan agama yang kerap menyampaikan dakwah melalui debat dan ceramah di seluruh dunia.

Sebagai seorang yang membaca serta menguasai banyak kitab pelbagai agama (antaranya Al-Quran, menguasai kitab Weda, Tripitaka, Bhagavad gita, Injil / Bible serta menghafaz Shahih Bukhari Muslim), juga menggunakan duit sendiri untuk menjelajah beberapa negara untuk berdakwah dan berbicara (debat) mengenai agama, dia begitu dikagumi di seluruh dunia. Bahkan dengan izin Allah, dia berjaya menggerakkan hati ribuan penganut Hindu di India dan ada yang menjadi mualaf. Malahan turut disenaraikan sebagai di antara 100 most powerful Indians pada tahun 2010 oleh indianexpress.

HIKMAH

Hikmah daripada apa yang berlaku di Malaysia baru-baru ini cukup besar sebenarnya. Orang akan lebih melihat, akan datang dan terlibat dalam perkara ini. Khususnya dalam mengenali siapa Doktor Zakir Naik dan tentang agama islam. Insya-Allah.

Dalam dunia ni, mungkin ada sesetengah kita yang takut apa kita tidak tahu tapi dengan masa dan kefahaman, insya-Allah ramai akan lebih sedar tentang sesuatu yang sebenarnya mungkin baik untuk kita. Dan itu Tuhan lebih tahu.

Apa pun saya yakin, jika kita jaga agama Allah, Allah akan menjaga kita. Insya-Allah.

Kembali kepada permulaan tadi, dalam mengajak kepada kebaikan, dalam meminati seseorang sekalipun, biarlah sederhana. Buat kerana Tuhan. Moga-moga untuk semua yang kita buat, Allah redha.

Untuk semuanya; alhamdulillah.


*Orang kata, tulis dan katalah dengan ilmu. Saya banyak sangat kurangnya. Jadi saya cuma memperkatakan tentang ini secara keseluruhan sebagai diri saya sendiri melalui pembacaan dan pemerhatian saya. Jika ada tambahan, pandangan sendiri atau pembetulan, sangat dialu-alukan. Terima kasih.


Kamis, 28 April 2016

Info Trafik Lembaga Lebuhraya Malaysia



Dalam sesebuah perjalanan, paling penting adalah persediaan dan perancangan. Sebelum, ketika dan keadaan selepas. Pastinya semua mahukan keadaan baik dan tenang. Kita usaha, doa dan tawakal. Kemudian serahkan kepada-Nya. Biar lambat asal selamat. Dan berhati-hati selalu, kerana ada orang yang sentiasa menunggu kita.

Kita semua mahukan perjalanan yang selamat dan alangkah indah diberkati, insya-Allah. Selain doa orang teraniaya dan berpuasa makbul, doa orang yang dalam perjalanan juga makbul. Mohonlah doa baik-baik untuk semua.

Adalah lebih baik dan digalakkan untuk mengikuti kemaskini (update) perjalanan, melalui aplikasi trafik yang boleh didapati di telefon kita.

BACAAN BERKAITAN:

INFO TRAFIK TERKINI BAGI SEMUA LEBUH RAYA BERTOL. 
WAKTU OPERASI : 0700AM-1000PM HOTLINE:1800-88-7752


Untuk mengetahui keadaan Terkini Trafik Jalan Raya Seluruh Malaysia melalui informasi @LLMinfotrafik dan @Plustrafik.

CCTV Lebuhraya semua malaysia:
http://www.jalanow.com



Untuk maklumat terkini lain, boleh rujuk sini :





*Sumber lain: DenaiHati

SEKIAN. JAGA DIRI BAIK-BAIK.

Ringkasan Peristiwa Israk & Mikraj




Salam israk mikraj. Ringkasan, tapi tetap agak panjang setelah merujuk beberapa sumber. Jika ada yang tertinggal atau salah, boleh dinyatakan di ruang komen dibawah. Terima kasih. :)

Israk mikraj yang disambut 27 rejab setiap tahun hijrah ini adalah hari di bermulanya pensyariatan solat lima waktu. Peristiwa dimana nabi Muhammad s.a.w dengan izin ALLAH, diangkat ke langit bertemu-Nya dalam masa yang singkat. Hanya yang bernar-benar beriman kepada ALLAH dan Rasullullah saw yang benar-benar percaya peristiwa ini pada waktu itu.



Gambar dan video: Alif & Sofia Page


Rujuk link untuk mengetahui tentang syurga dan neraka dalam peristiwa israk & mikraj : 


Perjalanan Rasullullah s.a.w ini telah dinyatakan dalam Al-Quran , ayat 1 Surah Al-Isra' yang bermaksud :
"Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."


[ nasyid isra' mikraj ]

Ringkasan disebalik peristiwa israk mikraj ini :


* Sebelum peristiwa israk mikraj, Rasullullah s.a.w menjalani pembedahan dada yang dilakukan Malaikat Jibrail dan Mikail .Hati Rasullullah s.a.w dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (a'laqah) , iaitu tempat syaitan membisikkan was was.

* Peristiwa israk mikraj ini berlaku setahun sebelum Rasullullah s.aw berhijrah ke Madinah bersamaan dengan tahun 721 masihi. Tahun ini juga Rasullullah kehilangan dua insan yang paling disayangi, isterinya Siti Khadijah dan bapa saudaranya abu talib (digelar tahun A'am al huzni - tahun berdukacita).

* Waktu ini, Baginda dan sahabat berada dalam tentangan kuat dengan Musyrikin Mekah seperti Abu Jahal dan Abu Lahab.

* Rasullullah s.a.w Israk dengan menunggang Buraq [sejenis bintang - putih rupanya, panjang (tinggi) lebih besar dari keldai, tetapi lebih kecil dari baghal, ia merendahkan dirinya hingga perutnya cecah ke bumi (alhadis) ]. Ketika dalam perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa itu, baginda diiringi Malaikat Jibril dan Israfil.

* ISRAK - bergerak dari masjidil haram ke masjidil Aqsa. MIKRAJ - Naik ke langit, sampai ke Sidratul Muntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai dibawah Arasy ALLAH dengan melalui tujuh lapis langit.

* Apabila tiba ditempat tertentu (mulia dan bersejarah), malaikat Jibril mengarahkan Rasullullah solat dua rakaat. Antara tempat berkenaan adalah: Thaibah (Madinah), tempat Rasullullah melakukan hijrah, Bukit tursina- dan Baitul Laham- iaitu tempat nabi Isa dilahirkan. *Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasullullah s.aw turun daripada Buraq, masuk ke dalam masjid mengimamkan seluruh nabi dan rasul untuk mengerjakan solat dua rakaat.

* Bertembung dengan Jin Afrit.


* MIKRAJ pula -Baginda naik ke langit, sampai ke Sidratul Muntaha, bahkan ke Mustawa dan sampai dibawah Arasy ALLAH dengan melalui tujuh lapis langit. Bertemu nabi berlainan setiap aras. (Cerita di setiap langit , rujuk sini : klik) Juga dapat memasuki syurga-syurga. Terdapat 8 jenis Syurga ( Jannatul Firdaus, Jannatul Adnan, Jannatul Khuld, Jannatun Naim, Jannatul Makwa, Jannatul Makwa, Jannatus Salam, Jannatul Jalal, Janatul Maqamu Wal Qarar.)

*Dalam pengembaraan Rasullullah s.a.w itu, beliau menyaksikan banyak perkara dahsyat , seksaan balasan, serta ganjaran terhadap perbuatan yang manusia lakukan di muka bumi. - Selain seksaan meninggalkan ibadat solat, Rasulullah diperlihatkan seksaan akibat tidak menunaikan zakat, memberi sedekah, memakan riba, meninggalkan jihad pada jalan Allah, tidak menjaga lidah dan memelihara anggota tubuh badan.

* Nabi Muhammad s.a.w mendapat perintah solat secara langsung dari ALLAH tanpa perantaraan Malaikat Jibril. Baginda akhirnya mendapat keringanan solat fardu dari 50 kali sehari menjadi 5 kali sehari semalam, namun penilaian ALLAH tetap memberi 50 ganjaran pahala.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: (Selain daripada apa yang aku saksikan ketika dibawa Israk dan Mikraj pada malam itu), maka ALLAH fardukan (atasku) dan umatku 50 waktu solat , lalu aku memohon kepada-Nya (supaya dikurangkan lagi bilangan solat itu yang sudahpun dikurangkan kepada lima sahaja), maka ALLAH berfirman yang bermaksud: 'Solat fardu (sehari semalam) itu tetap lima (dari segi bilangannya) dan ia tetap juga 50 (dari segi pahalanya). Keputusanku tidak dapat diubah atau ditukar ganti'. [Hadis Riwayat Bukhari ]
* Selepas itu Rasullullah s.a.w turun ke langit dunia semula, seterunya ke Baitul Maqdis dengan menunggang Buraq dan pulang ke Mekah pada malam yang sama. - Dengan Kuasa ALLAH , mengikut perjalanan biasa, ia sebenarnya mengambil masa berbulan-bulan lamanya .  

Rasulullah pun melalui 70,000 hijab daripada nur hingga sampai ke Mustawa, tempat Kalam menulis, yakni Kalam catatan di Luh Mahfuz. Di situ Rasulullah melihat seorang lelaki yang ghaib dalam Nur Arasy.
Bertanya Rasulullah: “Siapa ini? Adakah malaikat?”
“Tidak,” jawab lelaki itu.
“Adakah nabi?” soal Rasulullah lagi.
“Tidak. Sesungguhnya aku seorang lelaki yang hidup di dunia, basah dengan menyebut nama Allah yakni berzikir dan hatiku sentiasa terpaut kepada masjid dan aku juga tidak memaki kedua-dua ibu bapaku.”


Pengajaran dari peristiwa Israk Mikraj ini :

-  Menerangkan tetang tanggungjawab kita dalam melakukan solat yang telah disyariatkan. - Betapa perlu menjaga kesucian masjid al-aqsa .

- Supaya dapat menerbitkan keyakinan dan kekuasaan manusia pada kekuasaan Allah.

 - Menunjukkan nabi Muhammad adalah nabi terakhir dan penghulu segala nabi (Rujuk dia mengimami solat dalam peristiwa ini )

 - Dan balasan dan seksaan Allah pada hambanya juga betul seperti yang dilihat Rasullullah s.a.w sepanjang perjalanan israk dan mikraj ini.

  - Menunjukkan betapa kasih sayang dan kemuliaan ALLAH terhadap hambanya melalui perkenannya permintaan Rasullullah yang sangat menyayangi umatnya (permintaan mengurangkan jumlah solat wajib sehari).

- Rentetan kejadian demi kejadian ini menyingkap kewajipan agama sudah datang sekalipun masih belum difardukan dan mempamerkan corak kehidupan Islam merangkumi seluruh aspek kehidupan umat. Peristiwa Israk dan Mikraj sebenarnya mengukuhkan lagi kepercayaan Muslim kepada perkara ghaib yang merakamkan waktu silam, kini dan akan datang sekali gus menunjukkan kekuasaan, kebesaran dan keagungan Allah.



Sumber : Al-Quran dan Hadis
Surat khabar : Harian Metro



Kamis, 14 April 2016

Love is letting go


Cinta adalah tentang melepaskan.


Kadangkala saya tertanya-tanya kenapa kita perlu jumpa, jika sudahnya kita tahu hala tujunya. Saya tahu jika sesuatu itu kita sudah mulakan, ia boleh jadi kebiasaan. Jika dah biasa ada, bagaimanalah nanti jika benda itu tiba-tiba tak ada.

Tapi saya tak nak fikir jauh. Nanti apa pun tak jalan. Saya yakin, setiap satu itu bersebabkan. Dan kita ditakdirkan saling kenal, untuk saling belajar banyak hal. Jadi adalah lebih baik saya hargai saja apa yang sedang ada di depan mata.

Namun perkara yang saya takuti itu, tetap terjadi. Awak tetap hanya salah satu pinjaman daripada Tuhan. Dan akhirnya, awak terpaksa pergi juga.

Kenangan dengan awak memang saya dan mak tak boleh lupa. Suara awak memanggil yang kadangkala manja, dan kadangkala garang itu terdengar-dengar di telinga saya. Ingatan terhadap awak yang golek-golek, baring dan sangat bijak seakan memahami perkataan kami itu masih mencuit hati.

Awak sakit di hadapan mata kami, seksakan awak nak menelan? Bukan sahaja ubat, makanan kegemaran awak pun awak tak lalu makan. Tidur pun tak lena kami lihat, kasihan awak. Tak apalah awak pergilah. Dah tiba masa awak berehat.

Tiada lagi ikan yang perlu direbus setiap pagi. Saya nak pandang periuk yang selalu diguna tu pun sebak sebenarnya. Tak apalah, awak jumpa Tuhan kitakan? Jadi saya redha.

Hmm. Rindunya nak peluk, cium-cium dan menyakat awak lagi. Dan moga awak damai di sana, meow.

Para sahabat bertanya:

“Wahai Rasulullah, apakah kami akan mendapatkan pahala kerana binatang-binatang seperti ini?”

Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam menjawab:

“Pada setiap yang bernyawa (makhluk hidup) ada pahalanya.”

(HR Muslim)
Oken dalam kenangan.
April 2013- April 2016.

(Mati akibat demam kuning yang teruk.) :(