Rabu, 23 Oktober 2013

Awatnya kita susah nak terima takdir tuhan ?


Nak bersangka baik ni satu je kena mula dulu - PERCAYA pada kuasa tuhan dulu.

Kalau kita yakin tuhan buat bersebab - yang kita duk pertikai gak kenapa ?
Kalau kita yakin tuhan akan balas lagi baik - yang duk kalut tak sabaq pasaipa ?
Kalau kita yakin tuhan memang sengaja mahu kita sedaq - yang kita duk bantah lagi kenapa ?
Kalau kita yakin sesuatu dengan IZIN DIA , maka jadi - kenapa kita nak sibuk duk ungkit sana, mengamuk sini.

Yah, susah nak terima. REDHA - lima huruf saja, tapi nak rasa redha tu, nak betui betui terima semua qada' , qadar Tuhan - amatlah payah ibaratnya macam konon tak rasa apa, sabaq , tuhan ganti balik punya - nak tunggu sat ja mengamuk kemain, ni nak redha sepanjang usia ?

Memang tak . Ketegaq baq ang.

Hati kita ni memang Tuhan pegang, kalau hari ni kita sayang orang, esok lusa terus tak rasa apa. Boleh ja, sat ja Tuhan buat, no hal. Tapi kenapa tuhan duga kita satu satu, sebab nya dia nak dengaq suara kita ni pi doa, minta tolong dia. Dia nak kita ni sedaq sikit asai usui kita.Dia taknak tengok kita tinggi sangat, jatuh sakit susah .

Ya, dia nak dengaq. Dia sayang kita, dia rindu kita. Dia nak ajaq kita.

Tapi kita ada ego - ketegaq memang duk usah kata kat sapa-sapa.
Saya juga ada.

Tapi nak tanya lah sampai bila nak usung rasa TAK PERCAYA TUHAN yang tentukan sesuatu, duk membebel  lagi macamlah keadaan boleh jadi asai balik, padahai kadangkala memang salah kita.

CUKUPLAH. BERHENTI PERSOAL BALIK DEKAT SIAPA -SIAPA. Ni, yang duq baca ni selam diri dulu dan kaji . Sampai bila hang mau lagu ni ? NAK sedih, marah , kecewa, murung, pasaipa , habaq mai sini .Ada ubah apa-apa kah ? Takdaq, jadi bangkitlah. Duk sesendu seseorang, habis nanti masa muda persia begitu saja,rugi .

CUBALAH . BELAJAR terima kenyataan . Perlahan-lahan kayuh . Sama-sama ya ? Insyaallah boleh punya, sebelum boleh, memang tak boleh, tapi kalau cuba, insyaallah lebih dari boleh. Amin.


P/S : Kak Fynn, pinjam gambaq sat .


- Bukan oghang utara, belajaq ja kat sana dulu - sat ja pun . Maaf naa andai ada silap kata bicara mengguris rasa percaya .

Selasa, 08 Oktober 2013

Tips Ambil Gambar Kahwin (teknik untuk jurufoto perkahwinan / new wedding photographer)

 

Ini Cara atau Tips Ambil Gambar Kahwin / Teknik Mengambil Gambar Pengantin / Perkahwinan untuk Newbie yang Anem Arnamee boleh kongsikan sedikit. Jika sebelum ni, Anem pernah menulis tentang :

- Buat duit dengan Fotografi / Ambil gambar ( mahu jadikan professional photographer / jurugambar profesional sebagai kerjaya ) 

-Tips ambil gambar guna apapun (teknik ambil gambar guna Handphone, Kamera digital atau DSLR).

Jadi sekarang Anem menulis sedikit panduan atau cara mengambil gambar perkahwinan untuk rujukan, sila tambah atau tegur jika ada kesilapan mahupun penambahan, terima kasih :)

1 . Bersedia , sampai awal. Lihat persiapan pengantin, berkenalan dengan ahli keluarga pengantin. Capture dengan kreatif, sedang makeup, sedang bersiap atau sedang berbual, merenung, bercakap dalam telefon. Guna over expose pun boleh.

[ oleh : hitoMi Ng ]

2. Extra shot : Fokus secara manual atau guna mid-range aperture such as f/6.3 - f/8. Ambil gambar kasut, cincin, bunga, gelas, pakaian , atau apa saja yang berkaitan yang rasanya ia menceritakan sesuatu.



3. Setelah sampai ke masjid / dewan / rumah : Gunakan flash jika perlu . Jangan buang masa, ambil sahaja gambar keadaan manusia yang terlibat dalam majlis itu, props dan aksi pengantin atau pengapit. Jangan ambil dari dalam kereta atau jarak jauh. Ambil dalam keadaan yang paling unik. Dan bersedialah kerana waktu inilah keadaan dan moment serta aksi tak terjangka akan wujud.

[ oleh :  The Kliker ]

4. Ketika majlis :
Nikah : Ambil wajah ibubapa pengantin, reaksi pengantin sebelum dan selepas . Tok kadi dan pengapit. Sertarekaan  mas / mas kahwin  jika ada .



Sanding dan beradap : ambil gambar aturcara , ambil gambar di penyambut tetamu, ambil gambar laluan pengantin, ambil gambar menepung tawar , ambil gambar prop dan elemen yang menangkap.

5. Berakhirnya majlis .
Dari jauh, dari belakang, long -shot juga sesuai untuk shot 'akhir' begini.

[ oleh :  The Kliker ]

6. Pengantin .
Ini kena kreatif. Biar ada konsep . Sekarang ada pra-wed (vid atau gambar) juga. Gunakan teknik , mula-mula guna jarak paling jauh , diikuti separuh dan last sekali ambil close-up. Ambil dari pelbagai angle dan posisi.


Antara wedding concept / tema perkahwinan popular kini (post-wedding)  / trend :

- Trash The Dress ( TTD ) - Urban style , Comot, kotor
- Theme Fantasy Love / cinta fantasi ( contoh : - Di taman bunga .Ketika matahari terbit atau terbenam)
- Theme Romance Moments / Detik-Detik Romantik (Aksi romantis , comel-comel.  )
- Theme Casual (Santai) - Sekolah , imbas kenangan.
- Theme Casual/ Romantik (Aksi bermain dengan pelepah dan pokok.)
- Theme Casual /  Cute / Sweet : Aksi di sawah , atau berbasikal.
- Theme Picnic  (air terjun, pantai)
- Stylo Theme , Gothic theme, sport theme . (creative kan ? )
-  Di rumah / bangunan lama atau di mercu tanda popular
- Di tempat peranginan , atau perkelahan. (Casual / Romantic)
- Theme Classic (tradisional )

- tak taulah jika ada yang nak buat konsep perkahwinan yang thrill (seram kejam ) yang menjadi trend popular sekarang terutama di California.

7. Jangan lupa.
Ambil gambar berkumpulan hadirin serta detail , hidangan atau perhiasan yang ada disekeliling majlis. Ambil gambar orang-orang penting dalam majlis. Acara sampingan (jika ada , selalunya mengaji sebelum nikah, atau menyanyi menari selepas sanding ,atau ucapan, perlu diambil untuk memberi great moment atau nilai tambah dalam koleksi gambar perkahwinan mereka )

[ oleh :  Pretty Peektures ]


List perlu disenarai :
-Tahu lokasi
-nama pengantin
- bateri chargepenuh /spare
- Bersihkan camera sensor.
- Memory card kosong ?
- Aturcara majlis .
- Flash / lensa tambahan .  

Shot wajib ambil : Nikah  (doa , salam aqad , reaksi sebelum selepas pengantin dan keluarga, sujud syukur ) ,Sanding ( duduk berdua , tepung tawar, doa, senyum , saling berpandangan , berjalan sama , potong kek  , acara tambahan dan orang penting yang terlibat )

Sekian, jika ada tambahan atau kesilapan, sila tegur ya ? Mahu bertanya boleh terus ke facebook Anem Arnamee :) 

[ UPDATE : semua gambar di atas telah mendapat persetujuan penyiaran oleh pihak berkenaaan, terima kasih ]