Tampilkan postingan dengan label Dari buku. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Dari buku. Tampilkan semua postingan

Rabu, 08 Juli 2015

Tingkatan dan gelaran ahli hadis.

Di sini saya kongsikan tingkatan dan gelaran hadis. Pernah belajar namun jika tidak mengulangkaji dan terus memahami, pasti akan lupa. Jadi, mari ulangkaji untuk pengetahuan bersama.



Hadis atau sunnah disandarkan kepada RASULULLAH SAW, perbuatan, pengakuan, sifat jasmani, akhlak baginda sebelum atau sesudah kerasulan.

Athar : lebih umum kepada hadis. Meliputi apa saja bersumberkan Nabi. Atau selainnya sahabat atau tabi’in.

Matan: apa saja yang dijelaskan selepas sanad.

Sanad: Perkhabaran (susur jalur) tentang jalan yang mengandungi senarai perawi untuk meberitahu tentang matan.

Isnad: Ada dua makna. Pertama, sama sanad. Kedua; mengangkat satu satu hadis kepada orang yang menuturkan.

Musnad ; kitab yang menghimpunkan hadis-hadis mengunakan nama sahabat

Musnid : Gelaran yang dinisbahkan kepada sesiapa yang meriwayatkan hadis-hadis dengan sanadnya sendiri

Al-Muhaddis: Gelaran orang memenuhi hidupnya dengan hadis-hadis Rasul. Syarat gelaran diberikan : Hafal 1000 hadis serta sanadnya. Memahami dan mengetahui 6 kitab hadis. Mengetahui selok-belok hadis.

AL-Hafiz: gelaran beri kepada al-muhaddis, yang tahu lengkap sesuatu dari segi sanad, matan, hal ehwal perawinya, dans sejarah hadis tersebut melebihi 100 ribu hadis.

AL-Hujjah : Gelaran kepada al-hafiz, mereka yang cakap tahap penghafazan, pengukuhan, penghayatan, terhadap sanad dan matan hadis, sehingga hadis tersebut boleh dijadikan hujah kepada manusia. Telah mengetahui 300 ribu hadis.

Al-Hakim : Gelaran diberi kepada yang dah capai ilmu keseluruhan, dari segi mnatan, sanad, ilmu jarh, ta’dil, takhrij dan kelemahan sesebuah hadis, nasikh, mansukh. Percanggahan dapat ditanganinya. Hafal 300 ribu hadis, semua riwayat dia tahu.

Amir al –mukminin fil hadis
Gelaran tertinggi siapa yang sempurna ilmu hadis dari segala segi.

Jika ada penambahan atau pembetulan, beritahu ya.


Sumber ; Majalah  Islam  ISU 29 ( Galeri Ilmu)

Kamis, 25 Juni 2015

Kejang otot kaki [ simpul mengkarung ]


Ramai mungkin pernah alami rasa kejang atau orang panggil simpul mengkarung, kira macam kebas susah nak gerakkan kaki. Tak berasa apa. Kadangkala waktu kena itulah rasa nak bergerak, tapi sakit. Kalau mengalaminya secara berlebihan dan terlalu kerap, elok jumpa doktor untuk mengetahui alternatif yang lebih baik. Moga semua sihat-sihat saja, insyaAllah.

Pencegahan : lebihkan minum air masak , cecair lain seperti isotonic, makan makanan berkabohidrat seperti nasi, roti. Makan pisang juga boleh mencegah – sebarang makanan yang ada kalsium ,zink, magenesium, potassium .

Cara mengatasi ;
Meregang :
Luruskan kaki  tumit dahulu
Hati-hati lenturkan buku lali dan jari anda.

Mula-mula sakit lama-lama akan hilang , urut-urut otot yang kejang,  mandi air suam, atau letak botol air panas pada kawasan kejang, berjalan, mundar mandir beberapa minit.

Mencuba untuk mengelak dengan :

  •  Buat senaman regangan kaki sebelum tidur,
  • Jangan berdiri lama dan jangan duduk kaki bersilang
  •  Putarkan buku lali
  • Jarakkan jari kaki ketika dudu
  • Berehat, menonto
  • Makan makanan berkalsium
  • Elak yang bergas.
Moga semuanya akan lebih baik, selagi boleh, ikhtiarkan yang terbaik.


*Ada tambahan atau pembetulan, amat dialukan. Terima kasih.

Senin, 30 Juni 2014

Tips Khatam Al-Quran ( di bulan ramadhan khususnya )

Khatam Quran ini boleh sendiri atau beramai. Selalu adalah lebih digalakkan. Tak kira masa. Di Malaysia, ia (tilawah) juga dirai di majlis akad nikah , kesyukuran dan juga doa selamat selain itu pastinya ia tertumpu di bulan Ramadhan. Adalah seronok jika kita bersemangat untuk memenuhi madrasah ramadhan dan mencabar dan menguatkan diri untuk membaca dan mengkhatam Al-Quran.


Mengapa perlu khatam Al-Quran dalam bulan ramadhan ?

Nabi Muhammad S.A.W menceritakan Jibrail A.S membacakan Al-Quran kepadanya sekali setiap tahun pada bulan Ramadhan dan pada tahun kewafatan Baginda sebanyak dua kali ( HR Bukhari dan Muslim ).

Pada bulan Ramadhan, Nabi Muhammad S.A.W dan Jibrail akan mengulangkaji ayat-ayat Al-Quran yang telah diturunkan kepada Baginda S.A.W. Jibrail akan menerangkan asbab, maksud dan berbincang dengan Rasullullah. Kerana itu kita digalakkan khatam sekurang-kurang sekali atau lebih dalam bulan Ramadhan.

Antara tips untuk khatam Al-Quran :
  • Tentukan target untuk berapa kali khatam Al-Quran ( sesuaikan dengan kemampuan kita )
  • Seeloknya mula membaca dari juzuk 1 pada hari pertama ramadhan (mudah nanti nak kira )
  • Tentukan target membaca berapa juz dalam sehari ( target mesti ditepati )
  • Bahagikan target harian kepada beberapa waktu yang kita mampu ( berapa kali lepas solat fardu atau lepas terawih ; ikut mampu )
  • Manfaatkan setiap waktu dengan efisien ( kurangkan bersembang, online,  fokus untuk beberapa minit sahaja )
  • Bawalah Al-Quran selalu ( supaya mudah bertilawah )
  • Tidak perlu bersuara kuat atau tinggi ( yang penting bukan kekuatan suara , tapi mata. Jika mengalami suara serak, perlahan-lahan Allah akan pulihkan - tetap terus )
  • Mendengar sambil menyemak Al-Quran ( jika mata penat , boleh semak dengan menggunakan teknologi seperti mp3 player . Gunakan ia untuk mentaddabur bukan untuk tidur )
  • Manfaatkan teknologi dengan bijak . (Lengkapkan smartphone dengan aplikasi Al-Quran yang lengkap, supaya ia berguna jika terlupa bawa Al-Quran )
  • Kita perlu menabung banyak tilawah di awal ramadhan. ( Jika target 1 juz, sesekali lebihkan, sebab ditakuti ada perkara tidak diingin nanti dan tak sempat baca nanti untuk capai target - wanita terutamanya )
  • Menghukum diri jika target tilawah tidak sampai . ( Baki target yang tidak sampai harus dipenuhi , jangan bertangguh atau terkumpul )
  • Boleh juga tilawah secara bergilir dengan kawan-kawan atau ahli keluarga ( Seronok dalam suasana yang indah itu selain dapat mengingatkan dan mengelak mengantuk )
  • Lawan rasa mengantuk seboleh mungkin ( ganti posisi dan tempat tilawah . Regangkan otot. Atau boleh ambil wuduk dan mandi , sambung semula  )
  • Cari tempat tilawah yang buat kita tenang . ( Yang mampu buat kita fokus tapi jangan terlalu selesa sampai buat mengantuk )
  • Manfaatkan waktu 10 hari terakhir ramadhan dengan baik . ( Iktikaf atau buat di masjid, kerana suasana masjid , surau dan 10 terakhir ramadhan selalunya mampu mempengaruhi semangat kita )
  • Banyakkan berdoa kepada Allah S.W.T ( Agar sentiasa dikuatkan azam untuk capai target )
- Sumber perkongsian ini melalui majalah Jom 

Sumber gambar di atas[ muzir ]
“Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
 “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dirosakkan oleh air. Seorang sahabat telah bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati itu bersinar kembali?” Maka jawab Rasulullah, “Banyakkan mengingati maut dan membaca Al Quran.”
(Riwayat Baihaqi dari Ibn Umar)

Sekian, jagalah pemakanan dan kesihatan , agar terus lagi bersemangat kita memanfaatkan bulan amalan, insyaallah. Selamat mengkhatam Al-Quran :)