Sabtu, 27 Juni 2015

Tips & kesalahan berniaga

Ramai kita sebenarnya suka berniaga. Sebab boleh kerja sendiri , dan kebanyakan kita pun ada bakat dan ruang, cuma cara dan kadangkala nak istiqamah dalam perniagaan itu yang bermasalah. Tapi, hidup adalah tentang mencuba dan ada jatuh bangun, jadi teruskan usaha.

9 TIPS DALAM BISNES

•    Mesra  (Senyuman , kalau tekanan elak layan pelanggan, kawal perasaan )
•     Jangan memandang rendah (kepada pelanggan)
•     Pelanggan sentiasa benar (Cakap lemah lembut )
•    Jangan menipu
•    Cuba produk tu dulu ( ada pengesahan )
•    Menjual diri (penampilan diri)
•    Wajah segar (rehat cukup)
•    Penekanan kepada produk syarikat
•    Kerapkan penggunaan perkataan KERANA. Yakinkan mereka , beri tahu kelebihan dan kebaikan produk anda.

Selamat Berjaya 5 b : berdikari, berusaha , berjuang, belajar, beburu

5 KESALAHAN DALAM BISNES


•    Bisnes sebagai percubaan ( Kena ada persediaan, matlamat dan tujuan yang lengkap dan betul.  – perlu serius dan teliti dalam perancangan)

•    Kerap Tukar Bisnes ( Jangan menukar-nukar perniagaan , akan membawa kerugian besar , ia ibarat mengejar bayang-bayang . Jangan dikendong berciciran , dikejar tak dapat )

•    Sekejap Ada, Sekejap Tiada (Bisnes bukan ikut mood, sambil lewa sahaja ). Ahli perniagaan perlu berdisplin dan ada peraturan .Peniaga perlu ada reputasi untuk mengekalkan pelanggan .

•    Bodoh Sombong (Mereka perlu belajar dari pengalaman orang lain supaya tidak jatuh dan diperbodohkan )

•    Jalan singkat ( jangan ambil jalan mudah, tiada kejayaan yang datang bergolek. Bila memulakan perniagaan kena sedar banyak halangan, perjalanan jauh , dan akan jatuh . ) – Menggunakan jalan singkat sebenarnya lebih sukar dan berbahaya berbanding dengan jalan jauh yang sebenarnya lebih selamat .

Panduan berniaga dalam islam :
-    Berniaga akad ijab dan qabul yang sah
-    Barang yang halal
-    Elakkan riba
-    Jangan menipu, mengkhianati pembeli, jangan memutar belit dan jangan mengelirukan.
-    Jangan memonopoli barangan dengan niat untuk jual lebih mahal. Haram
-    Elakkan bersumpah , walaupun benar apatah lagi menipu. Sumpah dengan nama ALLAH ketika berjual beli adalah tidak berkat.
-    Jangan ambil kesempatan diatas kekurangan dari pembeli kita
-    Baik perilaku, jangan terlalu lokek dan berkira dalam berniaga
-    Sentiasa menanamkan niat untuk mendapat reda ALLAH dan jangan lupa berzakat

10 Faktor Boleh jadi jutawan.


Pertama sekali, kena sabar. 
Nak indah, tak mudah. Jatuh, jangan mengalah.

1- Jujur dengan semua orang .  Ini adalah faktor utama untuk berjaya.
2- Berdisplin. Walaupun anda bos,  anda tidak boleh terlalu bersantai. Kena berusaha keras dan bertanggungjawab terhadap apa yang anda buat !
3- Mudah mesra , ini akan memperluaskan network kita , sebab faktor kejayaan seseorang usahawan itu ditentukan orang lain sebanyak 84%.
4- Mempunyai pasangan atau keluarga yang memahami dan menyokong kita . Sokongan perlu bagi membina keyakinan.
5- Bekerja lebih keras berbanding orang lain.  Ini dipanggil passion.
6- Mencintai karier dan perniagaan .
7- Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi .
8- mempunyai semangat persaingan yang tinggi .
9 - Cekap dalam pengurusan .

Tips untuk mendapat berkat
- Banyakkan istighfar dan bertaubat
- Bayar zakat
- Belanja harta pad ajalan Allah
- Berzakat harta jika sudah nisab
- Jika boleh sedekah
- Bersyukur
Entri ini tidaklah dapat membantu anda untuk mendapatkan modal dan tempat terbaik dalam perniagaan. Namun dengan perancangan dan niat yang betul, apa pun tidak mustahil, InsyaAllah.

Selamat berjaya. 


Jumat, 26 Juni 2015

Cara & Bagaimana Mencintai Allah


Allah Maha Penyayang. Beri segala dan sentiasa ada untuk kita. Semua daripada kita ingin berhijrah dan menjadi lebih baik. Kita mahu berusaha untuk terus mencintai Dia dan dicintai. Tapi bagaimana ? Pertama sekali cuba mengenalnya. Dekat dengan Al-Quran dan semua yang membawa kepada-Nya. Cari ilmu. Buka hati, cuba cinta. Sesungguhnya.

Antara cara mencintai Yang Maha Cinta :

•    Amalkan segala suruhan Allah dengan bersungguh –sungguh dan tanpa banyak soal dan alasan.
•    Jauhi larangan ALLAH dan jangan sekali cuba mendekati perkara yang dilarang . Wujudkan rasa tidak sedap hati bila membuat sesuatu kemungkaran .
•    Letakkan ALLAH sebagai keutamaan mendahulukan yang lain .
•    Sentiasa berdoa dan mengingati ALLAH .
•    Reda atas musibah , dugaan dan kedukaan .
•    Kerahkan semua mentaati ALLAH , bukan solat dan mengaji sahaja . Pastikan lidah, mata, hati semua turut menjadi baik dan mengingati ALLAH .
•    Anggap dunia sebagai penjara dan hanya sementara .
•    Memperbaharui cinta kepada ALLAH .
•    Beribadah kepada ALLAH tanpa tawar menawar .
•    Ikhlas untuk mendapat reda kepadanya .
•    Pinta hanya kepada ALLAH .
•    Cintailah apa yang disuka dan dicinta ALLAH

Bukti kita mencintai ALLAH :

-    Segera menyahut Call daripada-Nya (Contoh antara azan untuk solat dengan drama tv, mana kita dulukan ? Tapi bila sedang study untuk final exam, ada call, adakah kita biarkan atau angkat? )

-    Memberi perhatian pada mesej atau emel daripada ALLAH (Jadikan kerinduan menatap Al-quran lebih hebat daripada menatap facebook, emel dan WHATSAPP )

-    Memandang MMS-Nya selalu .(Melihat kebesaran ALLAH , dengan memuhasabah diri dan melihat apa yang terjadi pada kita dan orang lain sebagai tanda ALLAH mengasihi kita)

-    Malu-malu saat dating dengan ALLAH ( Anda pernah bertemu dengan orang yang anda kagumi atau minati ? Pasti anda malu-malu bukan ? Jadi , jadikan rasa malu juga bila bertemu ALLAH, bila bersolat, siapkan diri secantiknya, dan sedarlah ALLAH melihat kita setiap saat)

-    Sentiasa Rindu dan Ingat padaNYA ( Sepatutnya Dialah yang paling kita rindu. Bila kita rindu ALLAH, pastinya kita akan merindui Rasul, beribadah, Al-Quran , orang soleh dan kebenaran)

-    Banyak menyebut nama-NYA (Mengetahui dan menyedari ALLAH sentiasa menemani kita susah dan senang, berzikirlah dan yakinlah semua perkara ada hikmahnya, dan DIA sayang kita )

-    Bersabar dengan Ujian ALLAH (ALLAH mahu kita sentiasa bertemu, merayu dan memerlukan kita, Dia mahu kita tahu betapa Dia menyayangi kita dan akan ada untuk kita, Dia mahu kita lebih kuat, kerana itu kita sering diduga ,untuk menjadikan kita manusia lebih baik )

-    Mencintai sesuatu yang berkait dengan ALLAH ( asyik mahu ke masjid atau ke tanah suci misalnya – ke arah kebaikan saja dimahunya)

-    Luapan Perasaan Luar Biasa – Saat berhubungan dengan ALLAH (Khusyuk) – ia jadi gementar mendengar ayat ALLAH dan meningkat keimanannya.

-    Cemburu – cemburu dengan mereka yang lebih alim, ulama , yang lebih berilmu yang kita rasa dekat dengan ALLAH .

-    Berusaha keras meraih reda ALLAH - -ada tiga peringkat cinta – berat hati mencintai, namun paksa diri, cinta makin kuat dan jadi patuh, dan terakhir cinta tetap di hati dan akan korban apa sahaja.

Jom, kita terus mencintai-Nya. Mulakan dengan rasa kerana Dia yang memberi segala dan kita milik Dia.

[ Majalah Solusi ]


Kamis, 25 Juni 2015

Tips sedekah tanpa wang


Jika kita memberi kita akan menerima. Bukan sahaja perkara baik di masa akan datang, tapi kita akan tenang dan berpahala, insyaAllah. Sedekahlah walaupun satu ringgit. Jika kekurangan daripada segi kewangan, ini antara alternatif yang ada.

•    Sedekah dengan hati – Niat dengan ikhlas dalam hati jika ada rezeki mahu membantu orang , jika kaya dengan ilmu atau duit di masa akan datang seperti si polan , anda akan bersedekah demikian juga . – Dengan ini anda akan mendapat pahala juga.

•    Sedekah dengan lisan – Berzikir , seperti tasbih , tahmid, tahlil dan takbir. Ucapan yang baik (alhadis) – memberi salam, mengajak kearah kebaikan , berlemah lembut . Itu juga sedekah.

•    Sedekah dengan perbuatan -  Senyuman . Solat (sedekah untuk diri sendiri ) . Puasa sunat . Solat Dhuha. Buang halangan yang ada di jalanan . Membersihkan masjid. Mendamaikan mereka yang bergaduh . Menunjukkan jalan orang buta . Memberi minuman kepada orang memerlukan. Mmeberi pinjam wang . Mengajarkan ilmu . Menanam pokok. Dan pelbagai lagi.


Cara mudah dapat pahala beterusan :
- Mewakafkan Al-Quran
- Menyumbang sesuatu yang beri manfaat
- Melibatkan diri dalam pembinaan islam
- Membina untuk kegunaan awam
- Tanam pokok
- Berkongsi ilmu


Sekian, itu antaranya jika mahu bersedekah. Sebenarnya sedekah ini jika memberi apa saja perkara baik kepada orang lain juga dikira sedekah. Semoga amalan kita semua diterima, insyaAllah.

Jom bersedekah! :)



Tempah rumah di syurga


Ramai kita di dunia ini bekerja kerana mahu membeli rumah idaman. Dan bagaimana pula jika mahu memperolehi rumah idaman di syurga ? Banyak juga caranya, apa yang penting, kita ikhlas, dan yakin berusaha.

- Bina masjid. 

Ada riwayat juga menyatakan binalah walau sekecil burung atau lebih kecil tetap akan Allah bina rumahnya di syurga.

“ Sesiapa yang membina masjid maka Allah ajkan membina untuknya sebuah rumah di syurga. - [ Riwayat al-Bukhari ]

- Memperbaiki perangai , elakkan lawan cakap dan melawak kosong.
“ Aku manjamin sebuah rumah di pinggiran syurga untuk orang yang meninggalkan lawan cakap sekalipun dia di pihak yang benar , dan sebuah rumah di tengah-tengah syurga bagi yang meninggalkan dusta walaupun bergurau dan sebuah rumah di kawasan tinggi syurga bagi barangsiapa yang memperbaiki akhlaknya. - [ Riwayat Abu Dawud. ]

- Reda dengan kematian anak

“ Apabila anak seorang hamba meninggal dunia, Allah berkata kepada malaikat ; kamu mencabut nyawa anak hambaku ?

Malaikat menjawab: “Ya.”

“ Kamu mencabut nyawa buah hatinya.”

“Ya.”

‘Lalu apa kata hamba-Ku itu?’

‘ Dia tetap memujimu dan mengucapka  inalillahi wa ina ilaihi rojiun  “

‘ Bina untuk hamba-Ku itu sebuah rumah di syurga dan namakan rumah itu baitulhamd (rumah pujian)

[ Riwayat al-Tirmizi dan Ahmad ]


- 12 rakaat solat sunat

“ Sesiapa yang solat sunat sehari semalam 12 rakaat , dibina untutknya sebuah rumah di syurga,” - [ Riwayat Muslim ]

Dalam hadis , Aisyah riwayat al Tirmizi ada perincian berkenaan 12 rakaat tersebut :

4 rakaat sebelum Zohor.
2 rakaat selepas zohor
2 rakaat selepas maghrib
2 rakaat selepas isyak
2 rakaan sebelum subuh

Jadi, jom kita berusaha untuk memiliki rumah di sana. Susah -susah di sini, senang-senang di sana. InsyaAllah.

[ Ezy Dakwah, Solusi ]


Kejang otot kaki [ simpul mengkarung ]


Ramai mungkin pernah alami rasa kejang atau orang panggil simpul mengkarung, kira macam kebas susah nak gerakkan kaki. Tak berasa apa. Kadangkala waktu kena itulah rasa nak bergerak, tapi sakit. Kalau mengalaminya secara berlebihan dan terlalu kerap, elok jumpa doktor untuk mengetahui alternatif yang lebih baik. Moga semua sihat-sihat saja, insyaAllah.

Pencegahan : lebihkan minum air masak , cecair lain seperti isotonic, makan makanan berkabohidrat seperti nasi, roti. Makan pisang juga boleh mencegah – sebarang makanan yang ada kalsium ,zink, magenesium, potassium .

Cara mengatasi ;
Meregang :
Luruskan kaki  tumit dahulu
Hati-hati lenturkan buku lali dan jari anda.

Mula-mula sakit lama-lama akan hilang , urut-urut otot yang kejang,  mandi air suam, atau letak botol air panas pada kawasan kejang, berjalan, mundar mandir beberapa minit.

Mencuba untuk mengelak dengan :

  •  Buat senaman regangan kaki sebelum tidur,
  • Jangan berdiri lama dan jangan duduk kaki bersilang
  •  Putarkan buku lali
  • Jarakkan jari kaki ketika dudu
  • Berehat, menonto
  • Makan makanan berkalsium
  • Elak yang bergas.
Moga semuanya akan lebih baik, selagi boleh, ikhtiarkan yang terbaik.


*Ada tambahan atau pembetulan, amat dialukan. Terima kasih.

Rabu, 24 Juni 2015

Adab makan yang sering dilupa



Ada perkara remeh yang kita lupa tak apa. Tapi ada perkara yang kelihatan macam remeh, namun biasa lupakan akan membuatkan kita kerugian.

Empat perkara ketika makan yang sering kita lupa

- Lupa bismillah
Pesan Baginda: ‘Apabila kamu hendak makan, maka hendaklah ucapkan bismillah.” - [ Riwayat Abu Dawud ]
Bismillah bermaksud dengan nama Allah. Amalkan selalu bismillah. Sabda Nabi riwayat muslim ada menyatakan : “ Sesungguhnya syaitan mencari halalnya makanan yang tidak disebut nama Allah.” Syaitan adalah musuh kita , jangan mudah belanja syaitan dengan memberinya makanan percuma.

Bagaimana jika terlupa juga ? Maka ucapkanlah , “ Bismillahi awallahu wa akhirahu. ‘, yang bermaksud dengan nama Allah pada awal dan pada akhirnya.

Pernah diceritakan , ada seorang sahabat Nabi terlupa baca doa. Tiba-tiba teringat dan dia pun segera sebut Bismillahi awallahu wa akhirahu. Melihat keadaan itu Rasul ketawa kerana tadi syaitan makan bersamanya, dia sebut saja, syaitan memuntahkan semula makanan itu. [ Riwayat Abu Dawud ]

- Guna tangan kiri
Tegas Nabi : “ Jangan sesekali kamu makan dengan tangan kiri. Jangan sesekali minum dengannya. Sesungguhnya syaitan makan dan minum dengan tangan kiri.’ - [ Riwayat Ahmad ]
Takpa kotor gelas, sedangkan sunnahkan berpahala.

-Menghina makanan

Rasulullah tidak pernah menghina makanan. Jika suka Baginda makan. Jika tidak suka, Baginda tidak makan. Tanpa mencelanya.

- Lupa alhamdulillah
Sabda Nabi : “ Sesungguhnya Allah reda seorang hamba yang makan lalu memuji Allah dengan makan itu. Dia minum lalu memuji Allah atas minuman itu.” - [ Riwayat Muslim ]
Jangan takbur atau sombong dengan Allah. Jika tak biasa sebelum ni, cuba biasakan memuji Allah atas setiap kurniaan rezeki. Jom betulkan yang biasa, biasakan yang betul.

Dan selamat makan dengan berpahala! :)

[ Ezy Dakwah, Solusi ]


Selasa, 23 Juni 2015

Seronoknya solat!


Semua orang nak jadi hebat jika boleh di dunia juga di akhirat. Dan antara syarat nak jadi hebat adalah menunaikan sembahyang (solat). Yang merupakan antara lima rukun islam. Kenapa solat ?

Kita perlu solat sebagai tanda tunduk dan patuh kepada Tuhan yang menjadikan kita. Malah kita tak minta pun, Dia beri nikmat yang banyak pada kita. Dia maha berkuasa, Dia tak beri pun tak apa. Tapi Dia maha penyayang, jadi Dia beri juga walaupun kita tak selalu ingat Dia. Subhanallah. Selain itu solat juga merehatkan kita seharian, buat hati tenang dan banyak hikmahnya dari segi kesihatan.

Paling istimewa

Istimewanya ibadah lain disampaikan melalui jalan wahyu perantaraan Jibrail. Namun solat, Nabi terima sendiri secara langsung daripada Allah.

Anas bin Malik menceritakan :
“ Difardukan solat ke atas Nabi S.A.W, ketika israk sebanyak 50 rakaat. “

“ Kemudiannya dikurangkan sehinggalah menjadi lima rakaat. Kemudiannya diseru: “Wahai Muhammad, sesungguhnya tidak berubah ketetapan di sisi-kU. Maka bagimu yang lima ini sebagaimana yang 50 itu ( nilai pahalanya).” - [ Riwayat al-nasa’i]

Yang pertama.

Solat juga adalah amalan pertama yang dihisab kelak.

“ Perkara pertama yang dihisab atas seorang hamba itu pada hari kiamat ialah solat. Sekiranya elok solatnya, eloklah seluruh amalannya.”- [ Riwayat al-Tabrani ]

Yang terakhir.

Yang terakhir juga biasanya istimewa. Solat adalah wasiat terakhir Nabi kepada kita. Ummu Salamah, isteri baginda menceritakan: “Nabi berpesan semasa sakitnya sebelum Baginda wafat: “Solat, Solat. Dan hamba-hamba kamu”. Tidak henti-henti Nabi berpesan sehingga Baginda sendiri tidak mampu berkata-kata lagi.- [ Riwayat Ibn Majah ]

Pemurahnya Allah mewajibkan sesuatu kepada hamba-Nya dengan sesuatu perkara melainkan diberi-nya juga ganjaran. Cukup lumayan sekiranya kita menjaga solat.

Syurga menanti di firdaus.

Allah berfirman: “ Dan mereka yang menjaga solatnya. Merekalah para pewaris. Yang mewarisi syurga firdaus, mereka hidup kekal di dalamnya.” - [ Al-Mukminum 9-11 ]

Dalam satu hadis qudsi Allah berfirman:
“ Aku telah fardukan atas umatmu lima solat. Aku berjanji dengan diri-Ku, bahawa siapa yang sungguh-sunggu menjaganya pada waktunya, akan Aku masukkan ke syurga. Dan sesiapa yang tidak menjaganya, tiadalah untuknya janji-Ku itu.” - [ Riwayat Ibn Majah ]

Berbicara dengan Allah.

Semasa solat sebenarnya kita sedang berbicara dengan Allah. Allah berfirman, “ Aku bahagikan solat kepada dua; antara Aku dan hamba-Ku, dan untuk hamba-Ku apa yang dia minta.”

Tatkala hamba-Ku berkata: ‘Alhamdu lillahi rabbil ‘alamin.”
Allah membalas: “ Hamba-Ku memuji-Ku.”
Apabila dia berkata: “Arrahmanirrahim.”
Allah menjawab: ‘Hamba-Ku memuja-Ku.”
“ Maliki yaumiddin”
Allah menjawab: “Hamba-Ku ini mengagung-agungkan-Ku.”
“Iyyaka na’budu wa iyyakan nasta’in.”
Allah membalas: “ Inilah antara-Ku dengan hamba-Ku, dan bagi hambaKu apa yang dia pohon.”
Maka apabila dia berkata : “( baki surah al-fatihah).”
Allah membalas: “ Inilah untuk hamba-ku, dan bagi hamba-Ku apa yang dia pohon.’
[Riwayat Muslim ]

Subhanallah. Indahnya sekurang-kurangnya 5 kali sehari kita berbual dengan Allah.
“ Saat paling hampir antara hamba dan Tuhannya adalah ketika dia sedang sujud. Maka perbanyakkanlah doa kala itu.”[ Riwayat Muslim ]

Entri berkaitan :
-Solat bukan susah pun, sayang
-Tips khusyuk dalam solat

Jadi, selagi hidup tak terlewat memulakan apa pun perkara baik, jadi jom kita solat! 


[ Ezy Dakwah, Solusi ]

Senin, 22 Juni 2015

Hapuskan dosa-dosa lalu

Semua manusia tak dapat lari daripada melakukan kesalahan. Kecil atau besar.

Berdoalah kebaikan untuk semua yang masih hidup atau yang telah pergi. Dia Maha Mendengar. InsyaAllah , dengan niat yang baik pasti Dia kabulkan.

- Berdoa untuk orang lain.
“ Doa muslim buat saudaranya yang dari kejauhan itu mustajab. Di atas kepalanya menanti malaikat yang telah ditugaskan. Setiap kali dia berdoa buat saudaranya untuk sesuatu kebaikan, malaikat itu akan berkata : ‘Amin. Semoga engkau mendapat yang serupa.’” - [ Riwayat Muslim ]
- Bersyukur dengan musibah.

Siapa yang suka dapat musibah ? Namun perlu tidak lama untuk merasa negatif, sedih atau marah tapi bergantilah segera dengan rasa redha dan syukur. Kerana ada sesuatu di sebalik musibah.

Mengikut hadis Riwayat Al-Bukhari , setiap keletihan , penyakit , kebimbangan , sedih, sakit hati dan pilu, sekalipun duri yang mencucuk ; semua itu tak lain tak bukan adalah untuk menghapus segala kesalahan-kesalahan kita.

- Berwuduk sempurna.

Aban mawla Sayidina Uthman bercerita; “ Saiyidina Uthman mengarah aku membawakan air untuk berwuduk pada malam yang sejuk kerana beliau ingin keluar bersolat. Aku bawakannya. Aku lihat beliau banyak sekali mengenakan air pada muka dan tangannya sampai aku berkata:
‘Cukuplah tuan. Tuan sudah sempurnakan wuduk sesempurnanya. Lagi pun malam ini sangat sejuk.’
Beliau membalas: ‘ Curahkan! Kerana aku pernah mendengar Nabi bersabda: ‘Tidaklah seorang hamba menyempurnakan wuduknya melainkan dosa-dosanya yang lalu dan terkemudian diampunkan.’” - [ Riwayat al-Bazzar ]
Selepas itu berwuduklah dengan sempurna.

- Ganti kejahatan dengan kebaikan.

Setiap kali terlanjur berbuat salah, segeralah menebusnya dengan berbuat kebaikan.
Seperti Nabi berpesan, “ Takutlah kepada Allah di mana sahaja kamu berada. Susuli kejahatan dengan kebaikan yang menggantikannya. Bergaullah dengan manusia dengan perangai yang baik.” - [ Riwayat al-Tirmizi]
Buktikan kesungguhan kita dengan firman Allah.
“ Sesungguhnya amal-amal kebaikan menghapuskan perbuatan buruk. Demikianlah peringatan buat orang yang ingin beringat.” - [ Hud 11: 114 ]
- Istqamah Beribadah.

Pada acara ibadah harian, mingguan, tahunan bukan sekadar tawaran pahala, bahkan menawarkan diskaun dosa.

“ Solat lima waktu, Jumaat ke jumaat berikutnya, ramadan ke ramadan berikutnya, merupakan penghapus dosa yang dilakukan antara tempoh masa tersebut jika dosa besar tidak dilakukan.” - [ Riwayat Muslim ]

Allah sentiasa melupakan kesalahan-kesalahan biasa tanpa kita merayu kepada-Nya. Subhanallah. Ambillah peluang selagi hidup untuk terus memperbaiki diri. Dan memohon ampun kepada-Nya. Tidak terlewat untuk memulakan apa pun perkara baik. Jom!

[ Ezy Dakwah, 3 ]

Minggu, 21 Juni 2015

Pentingnya ucap terima kasih


Terima kasih adalah perkataan yang sangat diperlukan namun amat sukar diperolehi zaman ini. Nampak macam remeh, sebenarnya dalam Islam, sekecil-kecil kebaikan itu juga dinilai. Begitu juga sebuah ucapan terima kasih.

Antara kelebihan berterima kasih: terima kasih dapat menyuntik semangat. Dapat membuatkan seseorang lebih bersemangat pada hari tersebut dan untuk terus berbuat baik.

- Orang barat menyebutnya state of gratitude. Kita menyebutnya sebagai rasa bersyukur. Banyak kajian mendapati rasa bersyukur dan menghargai ini dapat membuatkan seseorang bahagia. Dapat kurangkan stress dan membuatkan seseorang lebih bertenaga.

- Perasan atau tidak, sekian banyak doa Nabi ajar dimulakan dengan “Alhamdulillah.”. Bahkan sekurang-kurangnya 17 kali sehari kita meluahkan rasa syukur dalam solat.
Aisyah menceritakan: ‘Kebiasaan Nabi apabila datang sesuatu yang mengembirakannya, Baginda akan berkata: ‘Alhamdulillah dengan nikmat-Nya sempurna segala kebaikan.” Apabila datang sesuatu yang tidak disukainya, Baginda akan berkata; ‘ Alhamdulillah atas setiap keadaan.” - [ Riwayat al-Hakim ]
- Kajian juga mendapati orang yang memperolehi terima kasih daripada orang lain akan cenderung berterima kasih kepada orang, serta membuatkan orang lain berterima kasih pada yang lain juga.
Rasa berterima kasih mesti diluahkan,. “ Orang yang paling bersyukur dengan Allah ialah orang yang paling berterima kasih dengan manusia.” - [ Riwayat Ahmad ]
- Jazakallahu khairan.
Rasulullah berpesan: “ Sesiapa yang mendatangkan kebaikan untuk kamu, maka balaslah dia dengan semisal. Jika kamu tiada apa-apa untuk dibalas, maka berdoalah untuknya.” - [ Riwayat al-Tabarani ]
Pesan Nabi lagi:
‘ Sesiapa yang dibuat sesuatu kebaikan kepadanya lalu dia mengucapkan: Jazakallahu khairan. Maka dia telah cukup membalasnya - [ Riwayat al-Tirmizi ]
Maksudnya : “Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan.”

Saidina Umar pernah berkata: ‘Kalaulah kamu tahu ganjaran yang dia dapat daripada ucapan kepada saudaranya, ‘jazakallahu khaira’ , pasti kamu akan saling kerap mengucapkan antara satu sama lain.” - [ Riwayat Ibn Abi Syaibah ]

Nampak macam kecilkan terima kasih ni? Sebenarnya ia sangat besar nilainya di sisi Tuhan. Jadi biasakanlah ucap terima kasih. Cuba! Moga kita saling dapat manfaat, insyaAllah. Terima kasih.


[ Antara sumber : Ezy Dakwah, Solusi ]


Kamis, 18 Juni 2015

Amalannya kecil, ganjarannya besar


Sungguhlah Allah itu Maha Penyayang. Dia menilai daripada sekecil-kecilnya amalan. Yang terlihat atau tidak dan perkara baik juga mula dinilai dengan niat.
  • Tidak buat pun dapat pahala. Apakah itu ? Iaitu orang yang ajak orang lain ke arah kebaikan.
“ Sesiapa yang menunjuk ke arah kebaikan, maka baginya pahala sebagaimana orang yang melakukannya.” - [ Riwayat Muslim ]
Tapi tak bermaksud suruh sahaja, tetapi juga turut melakukannya, sama-sama. Kita cuba. Tuhan menilai semuanya.
  • Tahu tak sebarang musibah yang datang kepada kita adalah penghapus dosa? 
Mengikut hadis riwayat Al-bukhari , setiap keletihan , penyakit , kebimbangan , sedih, sakit hati dan pilu, sekalipun duri yang mencucuk ; semua itu tak lain tak bukan adalah untuk menghapus segala kesalahan-kesalahan kita.

Jadi , kalau ada resah dan perkara yang kita sedihkan atau tak kena, maksudnya Tuhan sedang mahu ampunkan dosa kita dan angkat darjat kitalah tu. Mohon ampun dan kekuatan daripada-Nya, insyaAllah Dia bantu. Senyumlah.
  • Tahu tak para nabi dan syuhada juga cemburu pada kita ? 
Ya. Rasulullah ditanya siapakah mereka itu, lantas Baginda menjawab; “Mereka ialah orang yang saling mencintai kerana Allah bukan kerana pertalian darah dan tidak ada harta diberikan. Demi Allah wajah mereka laksana cahaya. Mereka berada di atas cahaya. Mereka tidak berasa takut saat manusia lain takut. Dan tak merasa sedih pada saat manusia bersedih.”
Lalu Baginda membacakan ayat:
‘ Ingatlah , sesungguhnya wali-wali Allah itu, tiada rasa khuatir dan tidak pula bersedih hati.’ - Surah Yunus 10: 62 [ Riwayat al-Bukhari ]
  • Tahukah anda apa perkara yang paling banyak memasukkan manusia ke dalam syurga?
Rasullullah ketika ditanya menjawab; “ Takwa kepada Allah dan akhlak yang baik.”
Nabi juga pernah bersabda; “ Tidak ada sesuatu pun yang lebih berat pada timbangan amal seorang mukmin pada hari kiamat selain akhlak yang baik. Allah murka pada orang yang berperangai keji.” - [ Riwayat Al-Tirmizi ]
Maksudnya akhlak mulia ni bukan saja-saja. Jadi, jom terus berusaha jadi baik. Jangan mengalah ! 
  • Tahukah anda Rasulullah memberi salam kepada kanak-kanak ?
Anas bin Malik melintasi sekumpulan kanak-kanak lalu memberi salam kepada mereka. Anas berkata ; “ Rasulullah selalu berbuat demikian.” [ Riwayat Bukhari & Muslim ]
Tahu tak sebab apa , yang banyak mana pun amalan , tetapi tak maksud syurga?
“ Tidak masuk syurga sesiapa yang menyimpan sekelumit takkabbur dalam hatinya. Seorang bertanya, “Bagaimana dengan seorang yang suka bajunya. Cantik-cantik, begitu juga kasutnya?” Rasulullah menjawab, ‘Sesungguhnya Allah itu indah dan sukakan kecantikan. Takabbur itu, menyanggah kebenaran dan merendah-rendahkan orang lain. - [ Riwayat Muslim ]
Itulah antara amalan-amalan kecil, yang bagi kita kecil, namun sangat mampu memberatkan timbangan kita di mahsyar kelak, dan sungguh tinggi nilainya di sisi Allah. Selain itu: - tersenyum, berkata baik kepada yang lain dan sedekahlah dengan apa sahaja yang baik juga sangat besar juga kesannya kepada kita di dunia dan akhirat. Jadi terus saja buat baik. Mulakan dengan yang kecil. Jom!


[ Sumber: Ezy Dakwah , Majalah Solusi ]


Selasa, 16 Juni 2015

NOTA : Seronoknya ramadhan


Kali ini nota diperolehi melalui rancangan Tanyalah Ustazah: (Seronoknya ramadhan) dan rancangan al-kulliyyah : (ramadhan pertamaku). Jika ada nota tambahan boleh tambah di ruangan komen.


  • Kenapa kena seronok bila datang ramadan?
Seronok tak tetamu datang bertujuankan mahu membayar hutang ?
Mestilah seronok.

Hutang ibarat dosa kita.
Ramadhan adalah tetamu kita.

Waktu inikah dosa kita akan banyak terhapus.
Dan kita akan kembali bersih setelah ramadhan.
  • Tak kenal maka tak cinta. 
*Nak cinta ramadhan ,kena kenal dulu Ramadhan.
Nak kenal kena ada ilmu.

- Ramadhan akan hapuskan dosa.
- Ada lailatulqadar
- Amalan kita digandakan
- Rahmat melimpahruah
- Kemanusian terbina
  • Anak akan rasa terpanggil jika :
-sentuhan ibubapa * tak salah cium tangan anak . Bagi dia seronok.
-hadiah *untuk puasa atau solat
-meluangkan masa dengan anak
-membantu anak-anak *dudukkkan anak
-pujian dan penghargaan
  • Jangan melampaui batas. Juadah beri pada ramai untuk sedekah , dibolehkan.
  • Ramadhan pesta ibadah bukan pesta juadah.
*Ibadah memang penat. Benda maksiat memang tak penat.
Allah saja letak perasaan tu , sekadar bagi peluang untuk kita letakkan keluhan di belakang dan maju ke depan, itu adalah pengorbanan.
Insan yang baik mampu mengatasi nafsunya.
Kedudukannya lebih baik dari malaikat.
*Ubah cara kita lihat ramadhan. Ibadah ni memang letih.Tapi perlu semangat melawannya.

*Para imam, ulama, mereka banyak puasa. Sebab mereka tidak mahu letih. Banyak makan letih sebab lemak buat banyak kerja.

*Lepas ramadhan akan sihat. Sebab lemak kita akan di makan oleh puasa kita.

*Waktu sahur bangun lepas tu jangan tidur. Sebelum zohor baru tidur. Dalam setengah jam. Itu namanya Qailulah. Untuk terus tak mengantuk sampai malam nanti untuk terawih.

*Tak boleh buat sunat , tapi lewatkan solat fardu atau tak solat.
Sunat hanya pelengkap. Yang wajib itu tiang.

*Al-Quran diturunkan dalam bulan puasa. Nanti akan turun dalam bentuk syafaat di akhirat.

*Al-Quran turun untuk jadikan kita insan bertaqwa.

*Taqwa ibarat berjalan atas jalan penuh duri. Duri itu ibarat kemurkaan Allah.
Kita perlukan Al-Quran tahu apa kemurkaan Allah. Dan jalan mana tiada duri.
Tu pentingnya faham maksud Al-Quran.

*Puasa itu satu perisai. Perisai yang boleh menyelamatkan kita dari kemurkaan Allah.

*Bergunanya Al-Quran ni sebab ia dapat melindungkan kita dari kegelapan. Dan menghalang kita dari duri-duri sepanjang kehidupan.

*Kembali kepada matlamat asal nak baca Quran. Kembali lihat niat.

*Ramadhan boleh scan sikap sebenar kita. Dan akan terlihat tabiat kita ni bagaimana sebenarnya.

*Matlamat ramadhan :
- mengejar taqwa.

*Kajian barat , kita perlu 30 hari untuk memesrakan diri kita sesuatu dengan tabiat yang baik untuk terbiasa dengan tabiat tu. Jadi gunakan ramadhan untuk buat terus buat baik :)

**

*Punca mengapa ramadhan tidak berkesan kepada seseorang:
- Berpuasa dalam keadaan tak ikut sunnah.
Awalkan buka, lewatkan sahur. Malaikat doakan
Lihat lauk buka, dapat rasa bersyukur.
Baca Quran. Merangkak dapat dapat 2 kebaikan.
Tadarus- belajar. Semak. Tunggu

*Rasa esok nak berpuasa dan bangun nak bersahur kira niat puasa dah. Tapi digalakkan lafazkan niat supaya kita terbiasa ingat.

*Ada beberapa pendapat. Secara asas, ikut mazhab syafie jika ketika sahur azan subuh berkumandang, keluarkan makanan. Bukan telan. Nanti batal.

Hemodialisis tidak batalkan puasa. Sebab ia bukan bersifat makan, minum / mengenyangkan. Ia untuk menyucikan. Sekiranya tidak memudaratkan, maka puasalah.

*Solat sunat terawih boleh buat dua rakaat kemudian rehat. Dan sambung balik. Tak apa, jika tak buat terus habis. Sebab ia sunat.

*Bertadarus elok ada guru (bertalaqi). Namun untuk permulaan boleh belajar guna Al-Quran digital.

*Niat nak sahur dah okay. Tapi elok sahur untuk elak lapar.

*Harus kumur dan membersihkan gigi.

*Lepas sahur berkumur untuk elak perasa.

*Ramadhan bulan pengampunan. 1000 kali zikir sama dengan sekali zikir dalam bulan ramadhan.

*Malaikat jibrail tugasnya menangkap syaitan jahat masa bulan ramadhan.

*Hutang ni wajib bayar. Usahakan sikit-sikit. Jangan niat tak nak bayar, sebab tu hak orang.

*Jauhi sifat hasad dengki. Ia bukan saja memusnahkan hubungan, tapi menggusarkan hati.


Ada sebarang penambahan atau pembetulan , beritahu ya ? 
Terima kasih.


Twitter : arnamee



Minggu, 14 Juni 2015

Buku kegemaran, penulis dan inspirasi.


Semua orang yang suka membaca (bibliophile) akan ada favoritism sendiri. Ada penulis kesayangan. Penerbit kegemaran. Siri dan koleksi simpanan. Malah kalau jumpa dengan yang mempunyai minat sama, ia sangat mengujakan.

Ada minat bacaan dalam Bahasa Melayu, ada minat dalam Bahasa Inggeris, Jepun dan sebagainya. Ada minat novel, komik. Belum lagi masuk bab genre. Ada romantis, sedih, ngeri, lucu, dan sebagainya. Pelbagai.

Saya secara peribadinya tidak pula mempunyai penulis khusus yang digemarkan. Buku pun tak ada spesifik siri yang diminati. Cuma saya selesa dengan penulisan Zabrina, Dyan Sheldon, Aan Mansyur, Ramlee Awang Murshid, Pahrol Juoi , Hvolate, Nadia Khan, Fazleena, Riduan A.Dullah, Dr.Robiah, Cheryna, Muharikah dan ada beberapa nama lagi.

Genre yang saya suka selain berunsur kemanusiaan, inspirasi dan islamik, saya terima juga pembacaan yang kritis dan mungkin puisi atau antologi cerpen untuk bacaan tambahan. Walaupun novel cinta mungkin pilihan terakhir saya, tapi boleh dikatakan banyak juga plot novel yang telah masuk dalam koleksi ingatan.

Dan kepada yang tidak suka membaca, boleh memilih dengan tidak memilih. Mulakan membaca bacaan popular atau paling tidak, sesuatu yang sederhana. Mana tahu, selepas itu mungkin berminat menulis pula. Perancangan Dia semua di luar jangkaan kita. Tak terlambat nak memulakan apa pun.

Eh! Dulu saya tidaklah sebegini gila, namun semenjak rapat dengan orang yang memiliki akaun Goodreads dan ditemukan dengan sahabat-sahabat yang minat membaca juga (Ehem), hobi 'mengumpul’ buku telah benar-benar menjadi hobi ‘membaca’ buku. :)

Jadi, terima kasih kawan-kawan dan buat semua, teruskan membaca!

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّ‌حْمَـٰنِ الرَّ‌حِيمِ
اقْرَ‌أْ بِاسْمِ رَ‌بِّكَ الَّذِي خَلَقَ ﴿١﴾ خَلَقَ الْإِنسَانَ مِنْ عَلَقٍ ﴿٢﴾ اقْرَ‌أْ وَرَ‌بُّكَ الْأَكْرَ‌مُ ﴿٣﴾ الَّذِي عَلَّمَ بِالْقَلَمِ ﴿٤﴾ عَلَّمَ الْإِنسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ ﴿٥
“Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang Menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.”- (Surah Al-Alaq, Ayat 1-5)

Kamis, 11 Juni 2015

Reunion di syurga

Sahabat ini tidak pernah lelah mengulang ayatnya.

“Nanti kita jumpa di syurga.” Itulah ayat yang sangat akrab dengannya setiap kali berbual. Sebagai seorang yang realistik dan masih berharap, pastinya saya mahu perjumpaan atau apa saja usaha dilakukan dulu ketika masih hidup. Masih di dunia. Ah! Mungkin juga saya pesimis.

Lagi pun tempat perjumpaan dia sebut itu; “syurga” seakan terlalu malu untuk saya menyebutnya, Jauh benar amalan saya. Rasa tidak layak. Walaupun rasa ngeri ke neraka terlalu kuat.

Namun tidak dia. Dia terlalu yakin. Yakin dengan janji-Nya itu pasti. Namun yakin akan berjumpa di syurga itu terlalu jelas pada bibir dan wajahnya.

Sebagai seorang sahabat yang baik, bagi saya dia selayaknya dapat juga yang terbaik, insyaAllah. Namun ayat dia tetap dan akan terus jadi motivasi buat saya. Sampai bila-bila. Dengan izin-Nya.

Ukhwahfillah itu: setiap yang buruk tak mengurang sayang dan setiap pujian tak menambah sayang, kerana perhubungan itu kerana Tuhan. Jadi, jom terus berukhwahfillah.

Untuk sahabat semua, maaf untuk semua kekurangan. Dan jika ternampak saya di jatuh di belakang, segera tarik ya ?

“ Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepada Nya . Maka berlumba- lumbalah kamu dalam berbuat kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian ( pada hari kiamat ). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu “ . - Al Baqarah ayat 148

Fastabiqul khairat (berlumba-lumba buat kebaikan) adalah usaha kita ketika masih bernyawa. Jadi marilah terus buat baik. Jom, kita usahakan untuk sama-sama reunion di syurga! Perbaiki hubungan dengan Tuhan dan dengan manusia semuanya. InsyaAllah. Amin.


Nota : Buat sahabat tersebut,
terima kasih kerana buat saya selalu rasa nak perbaiki diri.
Maaf kerana tidak mampu menjadi kawan yang baik.
Namun doa selalu ada. InsyaAllah, 

Kita jumpa di sana nanti!