Tampilkan postingan dengan label ramadhan. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label ramadhan. Tampilkan semua postingan

Selasa, 12 Juli 2016

Tentang Kaya, Solat, Syukur Dan Akhirat


Ini adalah koleksi nota daripada beberapa rancangan agama yang disiarkan di televisyen sepanjang Jun 2016. Jadi saya kongsikan di sini, jika ada penambahan atau pembetulan, boleh komen. Namun sangat disarankan untuk merujuk pada ustaz, ustazah serta mereka yang lebih pakar untuk penerangan penuh. Harap maklum. Terima kasih.


NIAT

Amalan tak lepas dari:
- Riak.
- Ikhlas.
- Ibadah campur riak. (Kerja tapi pengharapan).

Syarat:
- Pastikan tak langgar syariat
- Jangan menidakkan hak orang
- Niat
- Qanaah (rendah hati). Orang paling berguna pada manusia. Banyak beri daripada meminta.
Nabi sentiasa memuaskan hati orang.

Kita tak boleh paksa orang untuk selesa dengan kita / sayang kita. Tapi kita boleh berusaha dan berdoa untuk itu.

Kalau kita ikhlas buat kerana Allah. Allah akan buka hati manusia. :)

MAHRAM

Kalau seseorang anak sedara itu jadi anak sedara sebab wujudnya suami / isteri maka mereka bukan mahram. Boleh kahwin lepas pasangan takdak. Anak adik-beradik boleh salam. Tapi anak kepada ex-ipar tak boleh.

Kalau lama tak jumpa ayah berpisah. Cari di internet, polis dan media tak jumpa hari nak dekat nikah, tu baru boleh jatuh kepada adik beradik walinya dan baru kepada hakim.

USAHA, DAKWAH & AKHIRAT

Kita perlu usaha. Teruskan tanggungjawab kita ajar dan sebagai penyampai. Yang tentukan terima dan berjaya, buka hati ni bukan kita, tapi Tuhan.

* Tiada lagi pusingan U
  • Ingat Allah
  • Baca Quran
  • Ingat Mati
**
  • Dunia ini persinggahan, bukan tujuan..
  • Kita warga akhirat.
  • Mati dan hidup wujud sebab nak tunjuk semua ada permulaan dan akhir.
  • Hidup dua kali. Satu lagi di akhirat. Mati tu pemisah dunia dan akhirat.
  • Dunia tempat bercucuk tanam. Tuai hasil di akhirat.
  • Allah nak tengok siapa yang taat dengan Dia. Tuhan tak tengok siapa yang berceramah paling banyak. Bukan yang paling banyak ajar orang. Tak. Tuhan tengok siapa paling banyak beramal.
  • Yang buat, jangan hina orang tak buat maulid.
  • Kalau orang ikhlas, dia akan buat sesuatu kerana Allah. Kalau dia tak buat sesuatu pun kerana Allah.
  • Buat amal kerana orang, salah. Itu syirik. Tinggalkan amalan kerana orang salah, itu riak.

Mati mulia.
- Mati mengucap kalimah syahadah.
- Dahinya berpeluh. Pertama kerana dia malu kepada Allah. Kerana menanggung kepayahan nak mati.
- Sedang beramal soleh.
  • Elak menjerit jerit meratap bila orang meninggal.
  • Berkawan dengan orang baik-baik. Orang yang benar.
  • Rupa malaikat maut mencabut nyawa orang baik boleh lihat dia dalam keadaan baik. Jangan bimbang malaikat kata.
  • Doa- Minta berlindung daripada fitnah dajjal.
  • Amalkan zikir pagi dan petang (ada dalam maksurat).
  • Hadiah orang beriman adalah beriman. Sebab kekasih dia orang beriman.

KAYA HARTA, KAYA PAHALA.
  • Kita ni kadang sibuk sangat nak cakap bismillah pun kita lupa. Tak sempat.
  • Gunakan masa sebaik mungkin.
  • Kekayaan ni Tuhan bagi pinjam. Bila-bila dia boleh ambil.
  • Kejar akhirat, kejarlah. Tapi jangan sampai lupa nasib di dunia.
  • Tinggalkan dunia ni maksudnya tinggalkan mengejar benda yang menyesatkan dan melalaikan. Bukan tak fikir dunia langsung.
  • Pahala tak boleh kongsi. Tapi hasil perbuatan. Nak kongsi pahala, dengar ada orang susah; tolong sama-sama.
Jika mahu jadi jutawan pahala.:
- Melawat orang sakit.
- Buat orang gembira.

Sentiasa saling menegur. Agama itu nasihat. Menegur dengan kasih sayang.

Kaya juga ujian.

SOLAT
  • Gementar apabila menyebut nama Allah.Dia khusyuk.
  • Lalai. Masuk neraka jenis lalai. Sukahati nak solat tak solat.
  • Solat tapi mengata. Sewajarnya solat berjaya bentuk diri dia. Perkara lain mungkin dia ada buat. Solat itu ada masalah. Buat dia menjauh. Tidak menambah.
  • Baik macamana pun perangai, solat tetap perlu solat.
  • Dunia tempat menuai.
  • Sumber makanan. 
  • Atau riak.
Solat diterima:
  • Sendirian pun buat.
  • Solat sebab rasa rendah diri.
  • Dia tak sombong.
  • Tak ulang. Jangan buka balik pekung. Biarlah. Mana ada manusia yang tidak berdosa. Biarlah antara kita dengan Allah. Manusia tak boleh beri apa. Allah yang Maha Pengampun. Yang mengata dia dapat dosa dia.
  • Orang munafik selalu tinggal solat subuh dan isyak.
  • Solat terawih bermaksud rehat. Buat laju-laju bukan bermaksud rehat.
  • Solat yang baik akan dapatkan ketenangan. Jika laju di mana tenangnya.
  • Tuhan beri yang terbaik.
  • Tuhan beri sebelum kita minta.
  • Tuhan beri kemaafan.
  • Niat solat perlu bersama-sama dengan takbir. Mukoronah. Namun kalau lafaz lain, niat betul ikut niat.
  • Kalau takut elak was was niat pendek pun okay.
  • Tangan di dada mazhab berbeza.
  • Ada kain di tangan tak apa perempuan.
  • Beradab dengan Tuhan. Kurang pahala kalau tak kusyuk solat.
  • Tengok tempat sujud.
RAMADHAN
  • Orang bersyukur ni, dia menghargai apa dia ada.
  • Nak mandi, mandilah sebelum ramadhan pada maghrib. Cuma jangan membazir dan minum waktu mandi.
  • Menjaga nikmat Tuhan. Syukur dan hargai. Serta guna untuk ke arah baik-baik.
  • Allah beri kita ruang beribadah.
  • Tenang solat. Jangan tergesa-gesa. Biar lama dalam solat bersama Allah tu.
  • Allah berselawat : Dia beri rahmat. Malaikat pula dia minta didoakan kebaikan.
  • Jangan sunnah menjadi punah.
  • Jangan buat benda yang mudarat banyak berbanding kelebihan.
  • Jangan banyak tidur waktu ramadhan.
  • Agama suruh tidur awal.
  • Makan beramai-ramai sunnah Nabi. Bukan dalam talam ja sunnah nabi.
  • Jangan tanya berapa kita nak dapat, cuma berapa kita beri.
  • 2,4,6,8. Tak larat 2 pun boleh. (Terawih)
  • Dalam hadis Nabi baca apa yang Nabi nak baca.
  • Tv adalah pencuri waktu paling hebat.
  • Masa kita ada satu saat ja. Kejap lagi belum tentu.
  • Banyakkan istighfar.
  • Mukjizat pada Al-Quran.
  • Puasa membentuk kita ikhlas. Sebab orang tak tahu kita puasa ke dak.
  • Elak sum'ah. Jangan cerita benda baik kita buat.
  • Jangan cakap takdak masa untuk beribadah. Sebab masa Allah bagi sama rata.
  • Taqwa; Tuhan bagi rezeki dan rasa nak buat baik dalam diri dia.
  • "Jika rasa bersalah, mintalah maaf. Ni bulan ramadhan, minta ja maaf, tak perlu tunggu raya. Jangan dijamak dosa setahun." - Ustaz Syamsul Debat.
  • 107-110 al-kahfi baca sebelum tidur.
  • Pada sahur ada sunnah Nabi.

BERSYUKUR & SEDEKAH  (USTAZ IZHAR)

Niat kita syukur sebab orang islam berjaya.
  • Lafaz syukur
  • Doa
  • Menghargai dengan sedekah.
  • Sedekah Tuhan gandakan 10.
  • 1-1 = 10. Ramadhan dilipat ganda jadi 70.
  • 9 syarat untuk dapat rezeki Allah.
  • - Yakin. (8) Berusaha yang ke (9).
  • Ramai orang berdoa tak yakin.
  • Dia rasa yang daripada Allah semua baik saja.
  • Tuhan beri rezeki yang tak disangka-sangka.
  • Tuhan ganti dalam bentuk yang lain. Rezeki ni luas maknanya. Berbeza-beza.
  • Sedekah bukti keimanan.
  • Beri sedekah jangan ditanya apa yang akan dibalas. Allah janji akan balas. Ikhlaskanlah.
  • Beri terbaik, akan dapat baik-baik.
  • "Nasihatkan buat benda baik itu okay. Bagus. Tapi jangan duk sibuk amal orang. Orang buat / beri banyak mana ikutlah ikhlas dia." - Ustaz.
  • Sedekah yang terbaik:
*Sedekah besar dalam bulan ramadhan.

*Sedekah di kala sihat dan diwaktu sayang nak memberi.

*Sedekah dalam terang atau sembunyi. Digalakkan sembunyi.
  • Jangan tunggu kaya baru nak bagi.
  • Kau tak habis pun semua kalau nak kedekut sangat.
  • Sedekahlah sebelum Tuhan ambil nyawa kita.
  • Pahala sedekah boleh jadi rosak jika mengungkit dan sakitkan hati penerima.
  • Ikhlas. Jangan ungkit. Jangan hina dan herdik.

Sekian. Sampaikan walau satu ayat. Jika ada penambahan atau kesalahan, boleh komen di bawah. Terima kasih.



Rabu, 29 Juni 2016

Koleksi Resepi, Masakan, Kuih Raya & Juadah Berbuka / Ramadhan

Di sini saya senaraikan facebook resepi, blog masakan dan youtube channel serta instagram yang berkongsi dan mengandungi resepi. Jika ada penambahan boleh tambah di ruangan komen. Boleh merujuk link disediakan untuk tahu banyak resepi lain. Moga kita saling manfaatkan idea mereka yang baik-baik dan mahir memasak ini. Terima kasih.


    BLOG RESEPI DAN MASAKAN


    Antara yang menarik:
    YOUTUBE CHANNEL (RESEPI)


      • Koleksi Resepi Sheila Rusly: Ketuk-Ketuk Ramadhan 2016 --> (Video Playlist)

        INSTAGRAM RESEPI


          Antara resepinya: Resepi Biskut Makmur Bahan-bahan (80 biji): 🌸500g tepung gandum 🌸Minyak sapi (ikut lembut boleh kepal) 🌸80g gula halus Inti: 🌸300g kacang tanah 🌸70g gula halus 🌸Gula icing untuk hiasan (salut) Cara-cara: 1. Gaulkan semua bahan sehingga jadi Doh yang lembut dan boleh dibentuk. 2. Kacang tanah dibakar dalam oven selama 20 minit [sehingga kulit boleh tanggal bila di gosok kacang] @ goreng tanpa minyak di atas kuali. 3. Mesinkan kacang dan gaulkan dengan gula. 4. Ambil doh dan leperkan. 5. Masukkan inti ditengahnya & bentukkan bulat atau bujur. 6. Bakar dalam suhu 180'C selama 20 - 25 minit [sehingga nampak masak]. 7. Sejukkan baru golekkan dalam gula icing (Biskut makmur mungkin agak lembut bila disentuh ketika masih panas). 8. Siap. Simpan biskut dalam kedap udara.

        FACEBOOK RESEPI DAN MASAKAN


        LAIN-LAIN:

        BOLEH RUJUK JUGA: Senarai Blog Masakan Yang Best Untuk Diterjah

        Baiklah, selamat memasak! Masak dengan hati akan turun ke hati. :)

        Selasa, 21 Juni 2016

        Menuju Terawih Ala Perang


        Ini adalah kisah benar yang diadaptasi menjadi sebuah cerita pendek. Selamat membaca! :)

        "Cepat jom! Kita dah lewat bebeno dah ni." Mira segera memanggil Ain yang masih tercari-cari selipar. Ain kelam-kabut seperti biasa. Jelas jam menunjukkan waktu hampir sekali dengan isyak.

        “Weh! Tunggu aku!” Ain menjerit apabila melihat Mira berjalan laju ibarat orang Jepun. Kedengaran Mira tertawa kecil membelakangi sahabatnya itu.

        Hari ini mereka hanya melalui jalan singkat ke surau. Jalan tengah padang di antara dua bangunan. Padang itu dipenuhi rumput yang sudah sampai aras lutut. Mungkin hampir raya nanti baru akan dipotong dan dibersihkan. Tidak kiralah bagaimana, langkah mereka harus diteruskan segera untuk tidak ketinggalan berjemaah.

        Boom!
        Tiba-tiba kedengaran bunyi mengejutkan; sangat kuat entah dari mana. Ain sedikit melatah sambil memandang wajah Mira. Mereka saling kehairanan.

        Boom! Boom!
        Bunyi itu kedengaran bertalu-talu, yang nampak cuma asap. Ain dan Mira berlari-lari kecil menyelamatkan diri.

        “Kau rasa tu bunyi apa? Entah-entah..” Mira bertanya.
        “Kau jangan macam-macam. Aku rasa mercun tu, budak-budak main ni.” Ain menjawab sambil mengangkat sedikit telekong mengelak kotor.

        Boom!
        Berbunyi lagi kali ini seakan lebih dekat. Tergocoh-gocoh mereka berlari berdua merentasi padang yang agak panjang itu. Asap dan mercun yang tidak diketahui punca itu mendebarkan mereka. Akhirnya mereka tiba juga di surau.

        “Budak mana kenakan kita ni?” Pertanyaan Ain itu didiamkan Mira.
        “Kalau macam inilah rasa takut terkena mercun tu, apa lagi perjuangan anak-anak Palestin menuju masjid agaknya,” Ain menambah. Mira menggeleng-gelengkan kepala. Berdebar lagi agaknya. Penat pun masih berbaki. Sampai sudah mereka tidak tahu siapa punya angkara meletupkan mercun di balik semak tersebut. Namun apa yang mereka tahu, pengalaman dan ibrah kecil ini benar-benar sesuatu. Menetap kemas di sudut hati. Aturan Tuhan tiap satu itukan bersebabkan.


        Senin, 20 Juni 2016

        Doa-doa Di Bulan Puasa (Ramadhan)

        Tiada amalan doa khusus sempenan ramadhan yang diajar Nabi. Namun ramadhan itu sendiri adalah bulan khusus untuk berdoa. Jadi banyak-banyakkanlah berdoa, dengan beradab dan niat yang baik-baik. Semoga doa kita tidak sia-sia.

        Di bawah ini adalah doa-doa ramadhan yang diriwayatkan melalui beberapa hadis. Wallahua'lam.
        “Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka: Orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka, pemerintah yang adil dan doa orang yang dizalimi.” (Hadis riwayat Tirmidzi)


        DOA BERBUKA PUASA 

        ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتِ الْعُرُوقُ وَثَبَتَ الأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ

        “Telah hilang dahaga dan telah basah urat-urat dan telah ditetapkan pahala, Insya Allah.”

        Dari Ibnu Umar, adalah Rasulullah SAW, apabila berbuka (puasa) beliau mengucapkan :
        DZAHABAZH ZHAAMA-U WABTALLATIL 'URUQU WA TSABATAL AJRU INSYA ALLAH (maksudnya : Telah hilanglah dahaga, telah basahlah kerongkongan / urat-urat, dan telah tetap ganjaran / pahala, Insya-Allah). 

        (Riwayat Imam Abu Dawud)

        DOA UNTUK ORANG YANG MENJAMU KITA BERBUKA PUASA

        Daripada Anas RA bahawasanya Nabi SAW bertandang ke rumah Sa’ad bin Ubadah RA lalu Sa’ad menghidangkan roti dan minyak. Kemudian Baginda SAW pun makan. Setelah selesai Baginda SAW mengucapkan doa ini.


        Maksudnya: “Orang yang berpuasa telah berbuka di sisimu dan orang yang baik-baik telah makan makananmu dan para malaikat pun mendoakanmu.”

        (Riwayat Imam Abu Dawud)

        DOA LAILATUL QADAR

        Ummul Mukminin 'Aisyah Radhiyallahu 'Anha. Iaitu saat 'Aisyah bertanya, “Wahai Rasulullah, pada pandangan tuan sekiranya aku mengetahui malam sekian ialah malam Lailatul Qadar, apa yang harus aku baca?” kemudian Nabi pun mengajarkan doa ini.


        'اللَّهُمَّ إنَّك عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
        Allahumma Innaka 'Afuwwun, Tuhibbul 'Afwa, Fa'fu 'Anni.

         Maksudnya: Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkanlah aku.

        (Riwayat al-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad. Imam al-Tirmidzi dan al-Hakim menshahihkannya).

        Sekian.


        Sumber: Ezy-Dakwah, Majalah Solusi 27.
        Dan beberapa blog lain, 1 , 2, 3, 4.


        Rabu, 01 Juni 2016

        Puasa Jangan Tak Puasa



        Ewah! Bulan yang dinanti ramai telah tiba. Bulan pengampunan. Dah bersedia? Jadi jom kita sama-sama menghargai peluang dan ruang untuk berada hampir dan di dalam bulan ini. Hidup hanya seketika, mari kita. Untuk yang baru belajar berpuasa, teruskan usaha untuk buat baik-baik. Istiqamah! Insya-ALLAH Dia akan permudah.

        - Untuk ulangkaji tentang puasa / ramadhan: rujuk sini.

        ***

        Al-Kulliyyah



      • Rasa esok nak berpuasa dan bangun nak bersahur kira niat puasa dah. Tapi digalakkan lafazkan niat supaya kita terbiasa ingat.

        • Niat nak sahur dah okay. Tapi elok sahur untuk elak lapar.
        • Harus kumur dan membersihkan gigi.
        • Lepas sahur berkumur untuk elak perasa.
        • Hukum masukkan air dalam hidung atau berkumur masa berwuduk ketika berpuasa tetap sunat. Berlebihan yang makruh.
        • Ada beberapa pendapat. Secara asas, ikut mazhab syafie jika ketika sahur azan subuh berkumandang, keluarkan makanan. Bukan telan. Nanti batal.
        • Hemodialisis tidak batalkan puasa. Sebab ia bukan bersifat makan, minum / mengenyangkan. Ia untuk menyucikan. Sekiranya tidak memudaratkan, maka puasalah.
        • Solat sunat terawih boleh buat dua rakaat kemudian rehat. Dan sambung balik. Tak apa, jika tak buat terus habis. Sebab ia sunat.
        • Ramadhan bulan pengampunan. 1000 kali zikir sama dengan sekali zikir dalam bulan ramadhan.
        • Malaikat jibrail tugasnya menangkap syaitan jahat masa bulan ramadhan.
        • Hutang ni wajib bayar. Usahakan sikit-sikit. Jangan niat tak nak bayar, sebab tu hak orang.
        • Jauhi sifat hasad dengki. Ia bukan saja memusnahkan hubungan, tapi menggusarkan hati.
        • Jangan terima ja berita terus sebar, awak. Saya yakin awak orang yang teliti dan berfikir.
        • Bertadarus elok ada guru (bertalaqi). Namun untuk permulaan boleh belajar guna Al-Quran digital.
        • Rumah tak ada kurma akan lapar.
        • 3 biji. 1 tamar masa sahur / subuh. 3 jam kedua. Selepas zohor/ asar. Sebiji lagi masa petang.

        NOTA TAMBAHAN:

        • Setiap hari apabila bangun pagi fikirkan bagaimana cara nak gembirakan diri dan orang sekeliling.
        • Kita memang ada kekurangan. Tapi tak beerti kita tak boleh jadi manusia yang lebih baik. Tuhan maaf pengampun. Dan kita mampu berubah, insyaAllah.
        • Ikhlaskan niat buat sesuatu kerana Tuhan. Bukan semata kerana insan.
        • Kita tak boleh kawal apa orang fikir tentang kita. Namun cara menerima dan emosi kita tu kita boleh kawal.
        • Rezeki dan peluang buat baik ni tak selalu ada. Jika dapat, elak bertangguh. Buatlah yang terbaik
        • Boleh gabung niat qada' dan sunat syawal. Niat qada' ja pun tak apa. Tetap dikira sunat sebab dalam syawal. Namun jika mampu, buat asing lagi baik.

        ***

        *Tahniah untuk mereka yang sabar dan tenang di jalan raya dan di mana sahaja. Anda hebat!

        Buatlah apa pun, asalkan Allah redha. :)


        Kamis, 24 Juli 2014

        Roh di sebalik ibadah ramadhan


        sumber Pembinaukm.blogspot

        Ramadhan jika dihayati , akan membuat kita menjadi lebih baik dan seterusnya. Jom kita hayati antara ibadah yang boleh diulangkaji dalam sebulan ini . Kita ambil roh ramadhan ini.

        Seperti kata Hassan Al-Basri, " Bulan Ramadhan adalah bulan persaingan, ada orang yang sejak dari hari pertama berada di barisan hadapan melakukan berbagai macam ibadah dan mengumpulkan banyak pahala, dan banyak orang-orang yang mengejar untuk menyusulnya, namun sungguh rugi orang yang diberi kesempatan hidup pada bulan Ramadhan masih sempat bermain-main dan tertawa terbahak-bahak."

        -- At-tazawwud bis-shaum (membekali diri dengan puasa )
        “Jika kamu dalam keadaan berpuasa maka jangan berkata kotor, jangan berbuat fasik dan jangan bertindak bodoh, dan jika ada yang mengajak bertengkar , mencaci, memakimu , maka katakanlah kepada dirinya sesungguhnya aku sedang berpuasa”. (Ahmad)

        -- At-tazawwud bil qiyam (membekali diri dengan qiamulail )

        Maksudnya: "Sesiapa yang beribadah pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan kepada Allah s.w.t. dan mengharapkan pahalanya, nescaya akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) { Dengan penuh keimanan maksudnya yakin dengan janji-janji Allah s.w.t. dan melaksanakan perintah-perintah Allah s.w.t. Dengan penuh pengharapan ialah semata-mata mencari pahala daripada sisi Allah s.w.t. dan bukan bertujuan untuk mendapatkan dunia}

        -- At-tazawwud bil Quran (membekali diri dengan Quran )
        “...Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan menjadi pembeza (di antara yang hak dengan yang bathil).” (Surah al-Baqarah, 2: 185)

        -- At-tazawwud binnawafil (membekali diri dengan ibadah-ibadah sunnah )
        Allah berfirman:وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلاةِ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلا عَلَى الْخَاشِعِينَ ,الَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُمْ مُلاقُو رَبِّهِمْ وَأَنَّهُمْ إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

        "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Dan sesungguhya hal itu sangat berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’ , (iaitu) orang-orang yang menyakini, bahawa mereka akan menemui Rabb mereka dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya" (Al-Baqarah 2:45-46)


        -- At-tazawwud bit-taubah wal istighfar (membekali diri dengan taubat dan istighfar )

        [15]Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya.
        [16](Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan.
        [17]Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur.
        [18]Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun).


        -- At-tazawwud bil ad’iyah wal adzkar (membekali diri dengan doa dan zikir )

        "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah-Ku) dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran"
        [Al Baqarah:186]

        -- At-tazawwud bil iktikaf  (membekali diri dengan iktikaf )

        Diriwayatkan dari Aisyah ra. Sesungguhnya Nabi saw. apabila memasuki sepuluh hari terakhir ( bulan Ramadhan ) beliau benar-benar menghidupkan malam ( untuk beribadah ) dan membangunkan istrinya ( agar beribadah ) dengan mengencangkan ikatan sarungnya (tidak 'bersama' isteri ). ( H.R : Al-Bukhary dan Muslim )

        Malang dan rugi besar bagi orang yang diberi kesempatan hidup pada bulan Ramadhan, dan Ramadhan berlalu sementara dosa-dosanya belum diampuni. (HR Bukhari)

        Gambar : pembinaukm.blogspot


        Rabu, 23 Juli 2014

        Mitos-mitos di bulan puasa ( perkara yang diada-adakan )




        Mesti ada yang pernah dengar seperti mengorek telinga atau hidung batal puasa kan? Tak batal sebenarnya. Itu salah satu mitos popular. Mitos lain bulan puasa jom saya kongsikan di bawah.

        • Ada doa spesifik pada setiap hari ramadhan ( tak ada sebenarnya )
        • Solat terawih hanya boleh dimasjid ( di rumah dan berseorangan pun boleh )
        • Puasa akan terbatal akibat menelan air liur ( islam bukan agama yang membebankan )
        • Tidak boleh berus gigi pada waktu subuh ( boleh asal tidaklah sengaja menelan air kumur )
        • Puasa akan terbatal dengan mengorek telinga / hidung (tidak , jika ia tidak menzahirkan rasa kenyang/ sedap)
        • Apa yang disangkut ditelinga (plug-in earphone ) lebih membatalkan puasa berbanding apa yang didengar oleh telinga ( Boleh guna, tiada masalah )
        • Waktu imsak ( Pendapatnya banyak, imsak boleh lagi makan. Cuma ia waktu hati-hati )
        • 30 keutamaan terawih ( ini memang tak ada dalil )
        Daripada Ummu al-Mukminin Ummu Abdullah Aisyah r.a beliau berkata :Rasulullah S.A.W telah bersabda :"Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu perkara dalam urusan ( agama ) kami ini, yang tiada daripadanya, maka ( yang diada-adakan ) itu tertolak ."( H.R Al- Bukhari dan Muslim )


        - perkongsian dari majalah JOM


        Jika ada pembaikan atau penambahan boleh tambah di ruangan komen :)


        Kamis, 17 Juli 2014

        Lailatul Qadar: Sejarah lailatul qadar & mencari malam seribu bulan


        10 Malam terakhir ramadhan dah tiba. Sesuatu yang ramai tak tahu , adalah asal usul malam lailatul qadar, dari mana datangnya permulaan semuanya ini . Sejarah Malam Lailatul Qadar ini bermula  apabila Rasulullah berdoa kepada Allah setelah melihat kehebatan seorang lelaki Bani Israil yang sentiasa menghunuskan pedang (berperang) membela agama Allah selama 1000 bulan (lebih kurang 83 tahun).

        Disebabkan terpegun akan kehebatan lelaki itu lalu baginda berdoa :

        "Ya Tuhanku, Engkau jadikanlah umatku lebih pendek umurnya dan lebih sedikit amalnya (amal yang sedikit, tetapi ganjarannya besar."

        Kemudian Allah memakbulkan doa baginda dengan memberikan Lailatul Qadar kepada umat Nabi Muhammad S.A.W yang mana jika seseorang menghidupkan satu malam itu sahaja, ganjarannya lebih baik dari lelaki Bani Israil yang berjihad selama 1000 bulan itu.

        Di antara  bacaan do’a atau dzikir yang paling afdhal untuk dibaca pada malam
         (yang  diperkirakan sebagai Lailatul Qadr) adalah sebagaimana yang ditanyakan  
        Ummul Mukminin ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha kepada Rasulullah shallallahu  ‘alaihi wa sallam :

         “Wahai Rasulullah jika aku mendapati Lailatul Qadr, do’a apakah yang aku baca pada malam tersebut?
         Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab:

         “Bacalah: اللهم إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي“
        “Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu anni”. 
        Ya Allah sesungguhnya Engkau adalah Dzat Yang Maha Pemberi Maaf, 
        Engkau suka pemberian maaf, maka maafkanlah aku”.(HR At-Tirmidzi dan Ibnu Majah) 



        _____________________ 


        Dan sewajarnya pada 10 malam terakhir ini ,  ia digunakan dengan diisi amalan berzikir, bertadarus Quran, beriktikaf , berishtigfar dan melakukan qiamulail. Apa yang kita tahu malam itu adalah malam yang lebih baik daripada seribu bulan dan merupakan malam pengampunan. Tidaklah bermaksud 20 malam sebelum kita mensia-siakannya kerana sesungguhnya Ramadhan sememangnya bulan penuh keberkatan .

        Namun harus diingat bukanlah pada malam dan hari tersebut harus dipenuhi dengan ibadah demikian sahaja, namun akan turut diberkati dan dilimpahi kurniaan apabila kita melakukan amalan kebaikan dan mahmudah seperi menghormati orang lain, bersedekah, membantu insan lain dan lain-lain lagi amalan kebajikan. Insyaallah dengan keikhlasan akan diberi ganjaran.

        Rasullullah saw bersabda bermaksud : Sesiapa yang beibadah pada malam al-Qadr dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan ALLAH , mudah-mudahan akan diampuni dosanya terdahulu . (Riwayat Muslim)

        Malam al-Qadr sesungguhnya memang rahsia ALLAH , dia tidak menerangkan secara terperinci kerana mahu manusia beramal tanpa mengira masa dan ketika. Yang menariknya bila terjadinya malam lailatulqadar iaitu pada malam ganjil sepuluh ramadhan terakhir.

        Rasullullah saw bersabda yang bermaksud : (Iaitu) ada pada ramadan , oleh itu hendaklah kamu mencarinya pada 10 hari terakhir. Disebabkan ia terdapat pada hari-hari ganjil, iaitu , pada malam 21, atau malam 23, atau malam 25, atau malam 27 , atau malam 29 serta malam terakhirnya . (Riwayat Ahmad )

        Kelebihan malam lailatulqadar adalah di mana , pada malam itu Allah memberi kesejahteraan kepada hambaNYA sampai terbit fajar , kemuliaan , keampunan, rahmat , serta mendapat syurga daripada ALLAH s.w.t. Disebabkan itu ramai umat islam tidak mahu melepaskan malam tersebut .

        Malahan pada malam ini juga Al-Quran diturunkan secara sekaligus dari Luh Mahfuz ke Bai al-'Izzah iaitu terletak dilangit dunia. Namun diturunkan secara beransur-ansur dan berperingkat-ringkat dari Bait al-'Izzah kepada Rasulullah saw selama 23 tahun.

        [ Sekilas : Walaupun malam al-qadr ini lebih wajar DIHAYATI berbanding DICARI , namun jika ada yang berminat boleh baca di sini : tanda- tanda malam lailatul qadar ]




        P/S : Malam lailatulqadar - Susah nak jumpa, jika berpeluang, itu nikmat.
        رَبَّنَا إِنَّكَ تَعْلَمُ مَا نُخْفِي وَمَا نُعْلِنُ ۗ وَمَا يَخْفَىٰ عَلَى اللَّـهِ مِن شَيْءٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ
        Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau mengetahui akan apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami zahirkan; dan tiada sesuatupun di langit dan di bumi, yang tersembunyi kepada Allah! (Surah Ibrahim 14: Ayat ke 38)



        Minggu, 06 Juli 2014

        Sunnah di Bulan Ramadhan yang semakin dilupakan


        Puasa adalah bulan keampunan dan memperbanyakkan amalan. Banyak perkara baik yang kita buat akan diberi ganjaran yang berlipat kali ganda.  Ada beberapa amalan sunnah di bulan puasa yang semakin dilupakan. Ok jom kita semak semula melalui perkongsian yang Anem perolehi dari sebuah buku ini. Jika ada penambahan, boleh kongsikan di ruang komen.
        • Melambatkan sahur
        "Perbezaan diantara puasa umat Islam dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) itu ialah dengan makan sahur."
        (Riwayat Muslim)

        Daripada Abu Sa'id al-Khudri, Rasulullah s.a.w bersabda: "Makan sahur itu berkat, oleh sebab itu jangan kamu meninggalkannya walaupun salah seorang daripada kamu kemudiannya meneguk seteguk air. Maka sesungguhnya Allah s.w.t berselawat ke atas orang-orang yang bersahur."

        • Menyegerakan berbuka

        Disunnahkan juga kita menyegerakan berbuka puasa. Waktu paling afdal ialah ketika matahari mula terbenam atau dilaungkan azan Maghrib. Utamakan berbuka dari sibuk berzikir, membaca al-Quran atau ibadah lain kerana perintah Nabi s.a.w. Rasulullah SAW bersabda:

        “Manusia akan sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka sentiasa menyegerakan berbuka puasa.” – Hadis riwayat al-Bukhari

        • Berbuka dengan rutab atau kurma atau air

        Rutab adalah buah kurma yang masak dan tidak dikeringkan. Ia lembut dan manis. Tamar pula adalah buah kurma yang telah dikeringkan sebagaimana yang banyak terjual di pasaran. Berbuka puasa dengan buah rutab, tamar atau air merupakan sunnah Nabi SAW Anas bin Malik r.a berkata:

        “Rasulullah s.a.w berbuka puasa sebelum solat (Maghrib) dengan rutab. Jika tiada rutab, baginda akan berbuka dengan tamar dan jika tiada tamar, baginda akan meneguk beberapa teguk air.” – Hadis riwayat Imam al-Tirmizi

        • Berdoa ketika berbuka

        Ibn ‘Umar r.a berkata:
        “Apabila berbuka puasa, Nabi SAW akan membaca :
        ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتْ الْعُرُوقُ وَثَبَتَ الأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ
        (Dzahabaz zhoma u wabtallatil ‘uruuqu wa thabatal ajru insyaallah)

        Hilanglah segala kehausan, segala urat-urat telah basah dan semoga tetaplah beroleh pahala.

        – Hadis riwayat Abu Dawud
        *tha = sa

        Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. telah bersabda,
        “Tiga orang yang tidak ditolak doa-doa mereka.
        -Seorang yang berpuasa sehingga dia berbuka
        -Seorang imam (pemerintah) yang adil.
        -Doa daripada seorang yang dizalimi.


        ( HR at-Tirmidzi & Ibnu Hibban )

        • Memberi makan pada orang yang berbuka
        “Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang yang berpuasa, iaitu pahala orang yang berpuasa yang tidak dikurangkan walau sedikit.” – Hadis riwayat al-Tirmizi.'


        • Lebih banyak menderma dan beribadah bulan ramadhan
        Hal ini diceritakan oleh Ibnu Abbas: 
        “Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan. Dan beliau lebih dermawan lagi pada bulan Ramadan saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan al-Quran. Dan sifat dermawan Rasulullah SAW melebihi angin yang berhembus.” (Riwayat Bukhari)

        Sekian, jika ada pembaikan boleh tambah. Sama-sama kita kongsi yang baik-baik dan buat yang baik-baik . Insyaallah :)


        Sabtu, 21 Juni 2014

        Checklist Persiapan Menjelang Ramadhan

        Kena siap cecantik dan segak-segak nak jumpa kekasih tersayang ni. Ramadhan namanya. Harap-harap pertemuan ini kita dapat manfaatkan dan tak sia-sia. Sebelum jumpa tu mari kita buat checklist dulu sebelum jumpa dia. Moh ler kita. Artikel seumpamanya sebelum ini [ menghadapi ramadhan ].



        • Doa 
        • Berdoa supaya Allah sampaikan kita ke bulan Ramadhan. 
          Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. (Hadith Riwayat Ahmad & At-Tabrani) 
          Apabila kelihatan anak bulan Ramadhan Para Salafussoleh bergegas berdoa dengan berkata: “Allah Maha Besar, Ya Allah anugerahilah kami keamanan, keimanan, keselamatan dan Islam. Limpahkanlah kami taufik seperti yang Engkau sukai dan redhai, Tuhanku dan TuhanMu adalah Allah”. (Termizi, Darimi dan disahihkan oleh Ibn Hibban) 
          Dulu para sahabat, selama enam bulan sebelum datang Ramadhan, mereka berdoa agar Allah mempertemukan mereka dengan bulan Ramadhan. Kemudian, selama enam bulan sesudah ramadhan, mereka berdoa agar Allah menerima amal mereka selama bulan Ramadhan. - Ibnu Rajab menyebutkan keterangan Mu’alla bin Al-Fadhl – ulama tabi’ tabiin dalam Lathaif Al-Ma’arif, hlm. 264 [rujuk ]
           
           
           
        • Merasa bersyukur dan memuji Allah 
        • Puji dan syukur dapat dipertemukan dengan bulan ramadhan . Tidak semua masih berpeluang. Malah lebih bersyukur jika dikurniakan kesihatan yang baik, boleh terus fokus beribadah. Menurut Imam Nawawi Rahimahullah di dalam Kitab Al-Azkar: “Ketahuilah bahawa Allah sangat menyukai orang yang apabila memperolehi nikmat yang zahir dan mengelakkan daripada terkena sesuatu kecelakaan yang zahir dia akan bersujud dan memuji-muji Allah kerana syukur kepadaNya”. 
        • Berazam dan merancang
        • Kita kena mengambil peluang untuk menulis agenda akhirat dan merancang apa yang mahu kita capai dalam bulan Ramadhan nanti. Insya-Allah kesibukan kita dengan ibadah akan menyebabkan kita lupa terhadap godaan dunia. Qowiy!
        • Menambah ilmu tentang ramadhan
        • Masyarakat islam perlu ada pengetahuan tentang apa yang bakal dibuat . Jadi untuk meraikan bulan Ramadhan perlu ada pengetahuan tentangnya. Hukum hakam dan hikmah misalnya . [ Rujuk : Ulangkaji tentang Ramadhan ]
        • Bertaubat dan cuba berubah jadi lebih baik
        • Kita tidak tahu umur kita panjang lagi atau tidak untuk ramadhan yang akan datang. Ditakdirkan bertemu dengan bulan penuh keampunan dan keberkatan ini, adalah baik kita mengambil peluang untuk bertaubat nasuha dan bertekad untuk tidak mengulangi dosa-dosa lalu. Insyaallah kita akan dapat kekuatan dan dipermudahkan .
          Firman Allah: “Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman agar kamu beruntung”. (An-Nur: 31) 
        • Bergembira
        • Seronok, rindu dan suka dengan kedatangan Ramadhan. Satu riwayat yang sahih dari Rasulullah saw, bahawa baginda akan menggembirakan para sahabat dengan kedatangan bulan Ramadhan sambil bersabda: “Telah datang bulan Ramadhan, bulan yang pernah keberkatan yang Allah wajibkan puasa di dalamnya, di bulan ini dibuka pintu syurga dan ditutup pintu neraka”. (Ahmad) 
        • Amal dakwah diperhebat
        • Mulakan kempen dengan countdown atau praktis serta bersiap-sedia dengan jadual aktiviti masjid atau kejiranan sempena ramadhan. Jika terlibat dengan usaha amal atau sebarang perniagaan, bersedialah dengan seikhlas dan bersungguh keranaNya. 
        • Mulakan dari sekarang
        • Apalagi selain seronok countdown dan berpuasa ganti serta praktis bangun awal ini, kita latih diri untuk solat sunat ( untuk senang nak terawih nanti) , latih kurang makan banyak supaya elak senak dan mula baca Al-Quran sedikit-sedikit supaya mudah nanti nak bertadarus sesama kawan. Yeah! 
           
          JADUAL [ KLIK UNTUK TUMBESARAN ]
        Insyaallah semoga bertemu di ramadhan-ramadhan berikut. Yang baik kita sama kongsi, yang tak ok kita sama-sama tegur. Semoga ibadah kita semua di terima . Insyaallah .Ameen .
        Sabda nabi saw: “Sebaik-baik manusia ialah yang paling berguna kepada manusia lain (masyarakat)”.



        Rujukan : 
        Majalah Jom isu 04