Selasa, 15 Maret 2016

Fenomena cuaca panas, ekuinoks, jerebu dan strok haba

Tips kekal sihat di musim panas

Kebelakangan ini cuaca agak panas melanda Malaysia. Berikutan faktor kekurangan hujan dan cuaca kering. Semua diminta untuk terus menjaga diri dan melakukan pencegahan daripada berlaku sesuatu yang memudaratkan kesihatan. Baru selesai jerebu ekoran kebakaran hutan dan faktor angin yang lalu, sekali lagi kita didatangi dugaan cuaca yang penuh hikmah dari-Nya ini.

Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) menafikan dakwaan kononnya keadaan cuaca panas melampau ketika ini adalah disebabkan fenomena ekuinoks. Pegawai Sains ANGKASA, Mohd Zamri Shah Mastor, berkata fenomena berkenaan tidak akan membawa perubahan cuaca melampau dan ia berlaku dalam masa sehari sahaja pada 20 Mac ini. Namun apa yang berlaku di negara kita kebelakangan ini (panas berterusan) adalah kerana cuaca kering (yang menyebabkan kekurangan taburan hujan) dan berikutan kesan el nino. - (Sumber)

Jadi jika boleh elakkan aktiviti luar ketika panas. Jaga kesihatan baik-baik.


FENOMENA EKUINOKS


Gambar Ekuinoks daripada Berita Harian

Cuaca panas terik diramal berlaku pada 20 Mac berikutan fenomena ekuinoks (seluruh permukaan bumi menerima waktu siang dan malam yang sama panjang). Fenomena ini berlaku pada setiap bulan Mac dan September setiap tahun, yang mana pada saat tersebut, matahari berada tepat di atas garisan Khatulistiwa. Ekuinoks pada bulan Mac akan menandakan bermulanya musim bunga bagi negara-negara di hemisfera utara, manakala bagi negara di hemisfera selatan, ia menandakan bermulanya musim luruh.

Fenomena ini normal, setiap tahun pada bulan mac dan september. Dan waktu solat masih tidak berubah walaupun kelihatan sedikit perubahan pada keadaan langit yang mana kelihatan seakan masih cerah dan terang walaupun sudah maghrib dan sudah terang seakan siang walaupun masih subuh.

Ia dipanggil Ekuinoks kerana berasal dari perkataan Latin yang bermaksud 'equal night'. Semua tahu paksi Bumi condong sebanyak 23.5 darjah. Ketika ia mengelilingi matahari, ada ketikanya paksi Bumi akan berada tegak (relatif kepada kedudukan matahari). Maka pada ketika itu, berlakulah fenomena ekuinoks.

Oleh kerana matahari berada tepat di atas kepala pada waktu tengahari, ini menyebabkan kita tidak nampak bayang-bayang kita jika berdiri di tengah panas.

KENYATAAN AKHBAR 


Kenyataan akhbar mac 2016
 










Jerebu


Sementara itu, ramalan cuaca bagi tempoh Mac hingga Ogos tahun ini yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi di laman webnya menyatakan beberapa kawasan sedang merasai kesan El Nino yang menyebabkan cuaca panas dan kekurangan jumlah taburan hujan; dijangka kembali normal pada Mei hingga Ogos 2016 dengan jumlah hujan dijangka berada pada paras purata.

“Semasa cuaca panas, banyak zarah-zarah terampai berterbangan di udara di mana peredaran angin yang lemah, cuaca panas dan kekurangan hujan juga boleh menyumbang kepada berlakunya jerebu tempatan ini.

“Bagaimanapun kesan jerebu tempatan ini tidaklah teruk dan biasanya ia berlaku dalam tempoh sementara sahaja,” - Timbalan Ketua Pengarah (Cuaca dan Iklim) jabatan Jabatan Meteorologi, Alui Bahari.



STROK HABA

strok haba


Definisi strok haba adalah paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 darjah celcius. Suhu normal badan manusia kira-kira 37.0 darjah celcius.

"Antara tanda awal terkena strok haba ialah sakit kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas dan denyutan nadi yang pantas.

"Tanda-tanda lain ialah otot lemah dan kejang, muntah, kulit kering dan kemerahan, sawan serta pitam," - Kata Dr Noor Hisham ( Ketua Pengarah Kesihatan).

"Haba tinggi boleh dikurangkan jika individu itu ditempatkan di bawah kipas dan mengelap anggota badan menggunakan tuala basah.

"Pesakit juga mungkin boleh berendam di dalam kolam air untuk menurunkan tekanan haba dan menyejukkan badan," katanya lagi.

Beliau turut meminta orang ramai mengelakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas serta minum air dalam kuantiti banyak atau sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari

Tanda awal strok haba:


  • Sakit kepala berdenyut
  • Mual
  • Kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas
  • Denyutan nadi yang pantas
  • Otot lemah dan kejang
  • Muntah/rasa hendak muntah
  • Kulit kering dan kemerahan
  • Sawan
  • Pitam
  • Tangan dan kaki menjadi sejuk

Cara rawat mangsa strok haba:

  • Rawatan harus dilakukan dalam masa 45 minit selepas mengalami strok haba
  • Keutamaan rawatan ialah menurunkan suhu badan mangsa
  • Bawa mangsa ke tempat teduh, atau
  • Bawa mangsa ke bilik yang sejuk/berhawa dingin, atau
  • Mangsa ditempatkan di bawah kipas
  • Lap anggota badan mangsa menggunakan tuala basah, atau
  • Rendam mangsa di dalam kolam air
  • Mangsa tidak boleh diberi minuman langsung. Hanya melalui ‘intravenous drip.’
  • Bawa ke klinik atau hospital berdekatan

Cara pencegahan strok haba:
  • Elakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas
  • Minum air dalam kuantiti banyak atau minima 2.5 liter sehari
  • Pakai pakaian yang diperbuat dari 100% kapas kerana bahan itu membenarkan penyejatan peluh yang maksimum
  • Pakai topi dari bahan kapas kerana lebih 40% daripada kehilangan haba berlaku di bahagian kepala
  • Elakkan berjalan atau lakukan aktiviti di atas permukaan panas seperti simen dan bitumen


Untuk semua, jaga diri baik-baik dan ingatlah orang tersayang. Jangan berhenti berdoa. Teruskan usaha yang terbaik.  Semoga dilindungi semuanya, insya-Allah. :)


Senin, 14 Maret 2016

Lagu-lagu tema filem Boboiboy The Movie, terbaik!


Pertama sekali tahniah diucapkan kepada pihak animonsta di atas kejayaan filem Boboiboy The Movie yang mencipta sejarah sebagai filem animasi Melayu pertama mendapat kutipan pecah panggung RM 8 juta selepas 11 hari ditayangkan (di Malaysia). Dan semasa entri ini ditulis, dijangkakan akan terus meningkat. Sebelum tu, jika rasa nak membeli barangan boboiboy boleh ke laman web store.monsta.com. Dan untuk laman web rasmi filem ini boleh ke boboiboymovie.com.

Poster Boboiboy The Movie box office

Sinopsis Filem Boboiboy The Movie:

Filem pertama BoBoiBoy terbitan Animonsta ini membawa BoBoiBoy dan kawan-kawannya mengembara di sebuah pulau misteri yang menempatkan sebuah Sfera Kuasa purba daripada Ochobot dengan kuasa yang tidak terperi. BoBoiBoy akan menentang musuh yang paling sukar, pemburu harta karun asing (kumpulan yang diberi nama Tengkotak) yang sedang mencari untuk memanfaatkan kuasa daripada Sfera Kuasa ini untuk keperluan sendiri. Antara watak baru yang muncul adalah; Klamkabot, Bora Ra, Gaga naz, YoYo Oo, Kiki Ta dan Cici Ko.

Poster Boboiboy The Movie box office tengkotak

Tengkotak

BoBoiBoy The Movie telah mendapat banyak review yang POSITIF dari pihak di media massa dan juga sosial media! Oleh itu tunggu apa lagi, jom tonton BoBoiBoy The Movie di pawagam serata Malaysia SEKARANG! :D #boboiboy #boboiboymovie
Posted by BoBoiBoy on Saturday, March 12, 2016



Perbezaan grafik kartun Boboiboy versi siri TV & Movie.membandingkan grafik Boboiboy versi TV series & Movie ibarat...

Poster Boboiboy The Movie Wallpaper

 Sedikit pendapat (review tentang filem Boboiboy The Movie ni):
"Filem BoBoiBoy The Movie bagi saya sebuah filem animasi yang wajib ditonton. Ianya merupakan sebuah filem yang baik walaupun untuk tontonan golongan dewasa. Saya yakin peminat siri TV BoboiBoy akan cukup berpuas hati. Totonan di pawagam tidak akan merugikan. Berbaloi dengan harga tiket. BoboiBoy bagi saya berbaloi untuk di beli dalam dijadikan koleksi. Tahniah Nizam Razak kerana berjaya mengangkat martabat filem animasi Malaysia."- Fanatik filem
"Trailer takde langsung spoil part menarik dalam filem. Setiap bahagian dalam trailer jauh berbeza dengan plot filem. Bagi yang pertama kali menonton boboiboy tak perlu risau kalau tak menonton siri tv. Watak-watak dikembangkan dengan baik sekali. Fang, yaya, ying dan gopal semua ada part dan fighting scene penting dalam filem ini. Gopal dan papa zola memang comic relief." - Naze Naza Niza‎
"Watak Papa Zola, Gopal, Probe dan Adudu memang win gila bab lawak ni. Bukan kelakar sekejap-sekejap. Lepas diorang buat lawak, ada bersepah lagi punchlines lepas tu. Sampai la movie habis. Even tengah part credit pun korang boleh tengok gelagat diorang yg memang menghiburkan." - Amirul Hanafi Abdullah
*Ejaan asal dikekalkan.

Selain banyak aksi, dan buat orang ketawa, cerita ini juga ada adegan sedih. Paling penting ada pengajaran dan menghiburkan.

Boleh rujuk komentar dan pandangan menarik yang lain di:
Facebook : Boboiboy | Nizam Razak | NST 


adudu - boboiboy the movieprobe - boboiboy the movieochobot - boboiboy the movie

Sebelum ke lirik lagu tema filem, untuk lagu siri (tv series) boboiboy adalah lagu ciptaan Yuri Wong dan dinyanyikan oleh Burn (AF) - VIDEO.

LIRIK MASIH DI SINI - BUNKFACE
(OST BOBOIBOY THE MOVIE)



Jangan mudah menyerah
Bangkit semula
Terbang menuju awan
Kau dan aku

Pecut pantas jangan lemas
Pecut pantas jangan lemas

Bersama kita berjuang
Melangkah ke depan
Bersama kita tentukan
Masa hadapan

Dari mimpi hingga realiti
Oo Oo Oo..
Dari mimpi hingga realiti
Kita masih di sini
Masih di sini

Masa sudah pun tiba
Pancar kuasa
Engkau tetap lagenda
Api kita

Pecut pantas jangan lemas
Pecut pantas jangan lemas

Bersama kita berjuang
Melangkah ke depan
Bersama kita tentukan
Masa hadapan

Dari mimpi hingga realiti
Oo Oo Oo..
Dari mimpi hingga realiti
Kita masih di sini

Kita lalu bersama
Sejarah yang kan kita bina
Kau dan aku selamanya

Bersama kita berjuang
Bersama kita tentukan
Masa hadapan

Dari mimpi hingga realiti
Oo Oo Oo..
Dari mimpi hingga realiti
Kita masih di sini

Kita masih di sini
Kita masih di sini
Masih.. Masih di sini

Lagu & Lirik: Sam Bunkface



yaya - boboiboy the movieying - boboiboy the moviegopal - boboiboy the movie

fang - boboiboy the moviepapazola -boboiboy the movietokaba - boboiboy the movie


LIRIK DI BAWAH LANGIT YANG SAMA -D'MASIV 
(OST BOBOIBOY THE MOVIE)



Kita di sini bersama-sama
Melewati indah dunia
Dipayungi sinar mentari
Tak ada lagi yang kita takuti

Kita bersama seperti karang
Takkan ada yang mampu mengalahkan

Di bawah langit yang sama
Kita bergandengan, saling menjaga
Di atas bumi yang sama
Kita bergandengan, saling menjaga

Bersama teman aku gembira
Karena kita semua saudara

Di bawah langit yang sama
Kita bergandengan, saling menjaga
Di atas bumi yang sama
Kita bergandengan, saling menjaga

Kita bersama seperti karang
Takkan ada yang mampu mengalahkan

Di bawah langit yang sama
Kita bergandengan, saling menjaga
Di atas bumi yang sama
Kita bergandengan, saling menjaga

Di bawah langit yang sama
Kita bergandengan, saling menjaga
Di atas bumi yang sama
Kita bergandengan, saling menjaga

Boboiboy
Bersama Kita Berjuang! Saksikan BoBoiBoy The Movie bermula pada 3 Mac 2016 di Malaysia dan pada 13 April 2016 di Indonesia. Terbaik!

Teruja dengan pembukaan Movie Animation Park Studios yang terletak di Ipoh, Perak yang merupakan teman tema animasi yang pertama di Asia. Dijadualkan pada Julai 2016 ini! :)

Sumber lirik: printlyrics.net


Selasa, 08 Maret 2016

Cara Solat Sunat Gerhana Matahari / Gerhana Bulan


Gambar Bulan Penuh

Alhamdulillah. Diizin Tuhan kita menemui hari ini dan kejadian ini. Gerhana; adalah sebahagian daripada segenapnya kekuasaan Allah Yang Maha Kaya. Sebelum itu; untuk persoalan "boleh tak solat gerhana dibuat secara bersendirian?" jawapannya boleh. Cuma bezanya niat (tanpa perkataan makmum tapi dalam hati dan dalam bahasa yang difahami pun tak apa, asalkan niat nak solat tu) dan juga tidak perlu khutbah. Hukum solat gerhana adalah sunat muakkad ( مـؤكـدة ) (digalakkan).

Sembahyang sunat gerhana matahari, segala bacaannya dilakukan dengan suara perlahan ( سر) , manakala bagi sembahyang sunat gerhana bulan, segala bacaannya dilakukan dengan suara yang nyaring ( جـهر).

إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لاَ يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ وَلَكِنَّهُمَا آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهَا فَصَلُّوا
Maksudnya:
Sesungguhnya matahari dan bulan tidak mengalami gerhana kerana kematian seseorang dan tidak pula kerana kehidupannya (kelahirannya). Tetapi, kedua-duanya adalah dua tanda antara tanda-tanda (kebesaran) ALLAH. Apabila kamu semua melihat kedua-duanya (mengalami gerhana) maka dirikanlah solat.
(Riwayat al-Bukhari)

PANDUAN SOLAT SUNAT GERHANA BULAN /  GERHANA MATAHARI

CARA-CARA SOLAT
Dua (2) rakaat seperti sembahyang sunat yang lain. Cuma bezanya sebagaimana yang masyhur ia mempunyai 2 kali ruku’ dan 2 kali qiam di dalam satu rakaat. Ianya sunat ditunaikan secara berjemaah di Masjid / Surau dan boleh juga secara bersendirian / berseorangan.

CARA-CARA PELAKSANAANNYA
Bagi gerhana matahari, bacaan dalam solat dibaca dengan diperlahankan suara; adapun bagi gerhana bulan bacaan hendaklah dibaca dengan diangkat suara seperti mana-mana solat malam.




Solat gerhana matahari dan bulan ini boleh dilakukan dengan 3 cara (boleh buat di antara salah satunya) :

Cara Pertama: Cara yang paling ringkas. Iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua rakaat sepertimana solat sunat zohor atau mana-mana solat sunat.

***

Cara Kedua:  Disebut dengan “ الكمال أدنى ” iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua rakaat, dengan dua kali qiam dan dua ruku’ pada tiap-tiap satu rakaat, disertai dengan bacaan al-Fatihah dan surah dalam tiap-tiap qiam itu.

Bagi kita di Malaysia ini, cara yang kedua inilah yang paling mudah dilaksanakan. Selepas takbir, dibaca doa iftitah dan al-Fatihah. Selepas selesai al-Fatihah, dibaca surah (mana-mana surah yang mampu). Kemudian ruku’ dan bangkit semula (qiam kedua). Di dalam qiam kedua ini dibaca al-Fatihah dan juga surah. Kemudian ruku’ semula (dipanggil ruku’ kedua). Apabila bangkit I’tidal, terus sujud sebanyak dua kali. Apabila selesai sahaja dari sujud kedua dan bangkit barulah selesai rakaat yang pertama. Begitulah caranya bagi rakaat yang kedua.

***


Cara Ketiga: Cara yang paling sempurna. Caranya adalah seperti juga yang kedua akan tetapi dalam rakaat yang pertama dan qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Baqarah ataupun mana-mana surah yang sama panjang dengannya. Di dalam rakaat yang pertama juga tetapi qiam yang kedua dibaca surah ali-Imran. Dalam rakaat yang kedua qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Nisa’, dan dalam qiam yang kedua pada rakaat kedua dibaca surah al-Maaidah. Kemudian hendaklah bertasbih dalam ruku’ yang pertama dengan kadar bacaan 100 ayat, dalam ruku’ yang kedua 80 ayat, ruku’ ketiga 70 ayat dan ruku’ yang keempat 50 ayat.

***

Waktunya
Waktu bagi solat gerhana matahari dan bulan ialah bermula dari ketika berlakunya gerhana sehinggalah selesai.

Tempat Solat
Solat gerhana sunat dilakukan di masjid atau surau atau mana-mana tempat yang biasa dilakukan solat berjemaah.

ATURAN (CARA) SOLAT SUNAT GERHANA
1. Disunatkan mandi sebelum solat.
2. Bilal Menyeru : " الص ـلة جامـ عة "
3. Berdiri lurus mengadap kiblat.
4. Berniat mengerjakan solat gerhana.

(1) Lafaz niat untuk solat sunat gerhana matahari
ا صلى س ن ة ك س و ف الش م س رك ـعتي ن
مـأم وم ـا ل ل ه تعـالى
“ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat makmum kerana Allah Ta’ala”.

(2) Lafaz niat untuk solat sunat gerhana bulan
ا صلى س ن ة خ س و ف ا لقمر رك ـعتي ن مـأم وم ـا ل ل ه
تعـالى
“ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat makmum kerana Allah Ta’ala”.

5. Takbiratul Ihram. Doa Iftitah, Bacaan Al-Fatihah dan Surah.
6. Ruku’ serta tasbihnya dan qiam semula.
7. Baca al-Fatihah dan Surah.
8. Ruku’, I’tidal kemudian sujud 2 kali (seperti biasa).

9. Kemudian qiam semula untuk mengerjakan rakaat kedua.
10. Baca al-Fatihah dan Surah.
11. Ruku’ berserta tasbihnya dan qiam semula.
12. Baca al-Fatihah lagi dan Surah.
13. Kemudian ruku’ I’tidal dan sujud 2 kali, baca tasyahhud akhir dan salam.
14. Selepas itu dibacakan khutbah khas sempena gerhana. Dua kali khutbah (seperti khutbah Hari Raya).





INGATAN :

1. Makmum yang tertinggal ruku’ yang pertama samada dalam rakaat pertama atau rakaat kedua, adalah dikira tidak mendapat rakaat itu dan dia hendaklah menyempurnakan rakaat yang luput itu selepas Imam memberi salam.

2. Maklumat lanjut sila ruju’ kitab Sabilal Muhtadin, karangan Sheikh Mohd Arshad bin Abdullah Al-Banjari, (Juz. 2 Hal. 58-60).

*Jika dilakukan berseorangan atau jemaah hanya daripada kalangan wanita, maka tidak perlu khutbah (tetapi harus memberi tazkirah kepada jemaah wanita).


Boleh rujuk: 


Fenomena Gerhana Matahari Separa 9 Mac 2016 (Partial Solar Eclipse Live Video Webcasting)

http://news.nationalgeographic.com/content/dam/news/photos/000/307/30761.adapt.768.1.jpg

Kali terakhir penduduk Malaysia dapat melihat fenomena Gerhana Matahari Separa ialah pada bulan Januari 2010. Sekiranya terlepas menyaksikan fenomena kali ini, kita perlu menunggu sehingga 26 Disember 2019 untuk menyaksikan Gerhana Matahari Separa sekali lagi di Malaysia.

Gerhana Matahari Separa yang akan berlaku pada 9 Mac 2016 ini bermula sebaik sahaja matahari terbit di ufuk timur. Kemuncak Gerhana Matahari Separa ini berlaku sekitar jam 8.23 pagi. Namun, ia bergantung juga kepada kawasan dan lokasi. Selain itu peratusan matahari tertutup juga bergantung kepada lokasi. Semakin ke selatan, semakin banyak peratusan matahari akan tertutup.

Fenomena Gerhana Matahari umumnya boleh berlaku apabila 3 jasad besar di angkasa lepas, Bumi, Bulan dan Matahari berada di dalam kedudukan selari. Hasil daripada kedudukan yang unik ini, jasad Bulan akan berupaya menutupi jasad Matahari, lalu akan mengakibatkan bentuk matahari di langit menjadi tidak bulat seperti biasa, dan akan kelihatan seolah-olah hilang sebahagiannya.



Lintasan Gerhana Matahari Penuh pada 9 Mac 2016 Melalui Indonesia

Pada lokasi-lokasi tertentu, jasad matahari akan hilang keseluruhannya, lalu terjadilah fenomena Gerhana Matahari Penuh. Pada 9 Mac nanti, hanya negara Indonesia sahaja yang bernasib baik dapat melihat fenomena ini.

Klik sini untuk lihat lokasi keadaan Gerhana Matahari Separa di Malaysia: http://planetarium.angkasa.gov.my/

Bagi kita di Malaysia, kita akan dapat melihat sebahagian besar matahari tertutup(bukan sepenuhnya). Fenomena yang ini dikenali sebagai fenomena Gerhana Matahari Separa.


Gerhana Matahari Separa juga boleh ditonton secara LANGSUNG mulai 7:24 a.m. hingga 9:31 a.m. pada 9 Mac 2016. Bermula sebaik sahaja matahari terbit, seluruh Malaysia akan dapat menyaksikan Fenomena Gerhana Matahari Separa.


Live Video Webcasting dari Planetarium Negara, Kuala Lumpur

Gerhana Matahari Separa  (Partial Solar Eclipse)

Tarikh : 9 Mac 2016
Masa Mula : 7.30 pagi
Masa Akhir : 10.00 pagi





Gerhana Matahari Separa di Kuala Lumpur pada 9 Mac 2016


*Mereka yang ingin maklumat lanjut boleh hubungi Planetarium Negara di talian 0322734301/4303/5484 atau layari laman web www.angkasa.gov.my/planetarium.



Kamis, 03 Maret 2016

Tentang Cantik Hati, Didik Anak & Lewatkan Solat

Gambar: Muzir.wordpress

Masa adalah untuk dimanfaatkan. Dan sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat kepada yang lain. Ini sedikit catatan melalui beberapa topik dalam rancangan agama (antaranya adalah tanyalah ustaz / ustazah, al-hidayah, al-kuliyyah serta halaqah) yang ditonton dan didengar sepanjang bulan februari lalu. Jika ada sebarang penambahan atau kekurangan, sila nyatakan ya? Terima kasih.

Tanyalah Ustazah
  • Dunia ini medan ujian. Jika kita salah beri jawapan (respon) pada sesuatu keadaan, itu kita gagal. Tak apa, usaha lagi; baik-baik. Berakhlak dengan akhlak ahli syurga.
  • Orang baik-baik ni, seorang diri pun dia tetap buat baik.
  • Orang yang berkerja dengan memikirkan itu ladang pahala dia, dia akan bersungguh.
  • Jangan harap pujian dan manusia.
  • Stress nak buat sesuatu sebab harapkan orang senang (suka).
  • Kualiti hidup bergantung pada kualiti diri kita mengingat Allah.
  • Tahu tapi tak sedar. Tahu salah. Tapi belum ada kesedaran.
  • Cuba buat tiap hari. Salinkan beberapa perkara 'apa kita syukurkan pada hari ini.' Buat selalu akan buat kita lebih gembira.
  • Bersihkan hati. Kita maafkan dan minta maaf.
  • Cakap dan lihat yang baik-baik. Tambah energi.
  • Menangis kesyukuran.
  • Beri yang terbaik dari diri kita dan emosi perlu sihat untuk jadi juara.
  • Kenal pasti nilai diri kita, yang baik. Dan terima. Ada benda kita memang tak boleh ubah. Tingkat nilai diri kita dengan ilmu. Percaya diri kita. Jangan ragui. Tiada kuasa yang menyebabkan diri gagal. Melainkan Tuhan dan diri kita.
  • Jangan jadi pemusnah pada impian diri sendiri.

Formula.
Peristiwa (yang berlaku) +
Respon cara melihat sebab boleh kawal = hasil kehidupan dunia akhirat.
  • Suami adalah cermin isteri dan isteri cermin suami. Perbaiki diri. Lihat hati.
  • Syaitan tak pernah ambil MC. Dia tak suruh buat, dia bisik ja.
  • Dengki tak dapat redha Allah. Dua sikap perempuan yang buat masuk neraka. Kufur dengan suami. Mengumpat.
  • Bersihkan muka, bersihkan hati.
  • Sabar sebenar adalah pada waktu hentakan pertama ujian.
  • Redha pula memerlukan ilmu ikhlas dan ilmu yakin. Memang ambil masa. Tak apa. Terus.
  • Fikir pasal kita. Kalau kita hadapi macamana.
"Kalau kita dengki pada orang kaya, kita susah nak kaya. Kalau kita dengki orang yang berjaya, kita susah nak berjaya. Moga Tuhan jauhkan kita daripada sifat dengki."

"Syaitan suka manusia putus asa dan membisikkan was-was. Jadi kalau rasa 'down', 'up'kan Allah dalam hati kita."

Ciri orang baik dan redha
- Rendah diri. (Terima teguran.)
- Rasa orang lain baik. (Orang hebat buat orang rasa hebat.)
- Lemah lembut
- Sangat mudah berurusan
- Sangat disenangi. Tidak ditakuti.

Nak jadi lebih baik:
- Semakin memperbaiki diri.
- Ingat beri pada orang.
- Kualiti ilmu ditingkat.
- Banyakkan kemahiran.
- Jaga siraturrahim. Kalau boleh jangan sampai orang tak suka kita.
  • Orang pemalu direct saja cakap, tak gedik.
  • Kawan baik tegur bila kita buat jahat. Itu baru betul kawan baik.
  • Banyak doa. Ikut Nabi.
  • Jika sedih, baca Hasbunallah wani'mal wakeel. Ni'mal maula wa ni'man nasir.

Cantik
C - Cantik wajah. Cantik hati. Selalu berwuduk. Hati baik.
A- Akhlak mahmudah. Lembut
N- Nama baik-baik. Nama tu doa atau nasihat
T- Taqwa. Buat apa Allah suruh. Tinggal yang Dia larang.
I- Ilmu. Kena belajar.untuk dunia akhirat.
K- Keredhaan. Keredhaan Allah. Ibu bapa. Suami.
Barulah dapat kebahagian dunia akhirat.

"Yang paling Allah sayang ialah yang terbaik akhlaknya."

Al-Hidayah
  • Tawadhuk lawannya takkabur.
  • Rendah diri. Tinggi nilai.

Sifat takkabur (takbur)
- Menolak kebenaran
- sukar beri dan terima maaf
- Mudah melukakan dan mudah terluka *sakitkan hati tersayang
- Tak suka berdoa
- Dia potong cakap
- Harapkan pujian

Halaqah

"Kiamat itu pasti tapi mungkin lambat lagi. Kiamat kecil lebih pasti dan mungkin lebih cepat lagi. Iaitu mati." - Ustaz Daniel.

*Rahsia ngaji. Hayati makna. - Ustaz Tarmizi.

Al-Kuliyyah
  • Tiada kebetulan yang ada ketentuan.
  • Orang ahli isi. Berilmu dengan tak berilmu lain.
  • Orang yang cari peluang ke majlis ilmu akan mudah jalan ke syurga.
  • Orang beriman jiwanya aman.
  • Ayat 6; Al-Maidah. Cara tayamum dan wuduk.
  • Kita ucap salam ke orang. Doakan saudara mara. Hindarikan dari sakit. Azab neraka. Doakan sejahtera.

Penghuni syurga sebut:
Subhanallah.
Salam.
Alhamdulillah.
Sejahtera. Aman. Penghormatan.

Orang tamak buat baik dia takkan sambil lewa.

Tanyalah Ustaz
  • Inalillah ucap bila diduga..
  • Anggota tayammum muka dan tangan.
  • Daun bidara boleh buat halau jin. Airnya boleh buat lawas perut. Ramas jadi syampu mudahkan haid.
  • Air sembilan sunnah. Elok guna sabun cecair elak khurafat. Elok yang mahram mandikan.
  • Teknik hafaz berbeza setiap orang. Perlu baca dulu. Halal dan haram sumber makan kena jaga.
  • Memberi ketika kita ada itu biasa. Tapi memberi ketika tiada itu sangat luar biasa.

Rukun usrah. (Ikhwanul muslim)
- Taaruf. Berkenalan semua orang.
- Taffahum. Fahami mereka. Apa suka, tak dan sensitif. Apa yang buat mereka disanjung.
- Takaful. Supaya dapat tolong. Kenal pasti nilai dan upgrade diri.

"Jangan cari puas hati dulu. Cari ubat hati dulu." - Ustaz.
  • Kita bina suasana baik tu. Kita cipta.
  • Masing-masing ada cerita masing-masing.
  • Mulakan yang kanan.
  • Nazar yang kita mampu.
- Belajar ilmu agama. Kita kena ubah sendiri. Membina akidah.
- Kekeluargaan. Anak-anak dan ibubapa. Letakkan mereka cintakan Allah lebih daripada ibubapa.
- Persekolahan. Guru-guru. Semua izin Allah.
- Negara penting tekankan. Akidah kena tekankan. Jelaskan tentang perkara khurafat.
  • Lewatkan solat akan buat kita lalai dan leka dengan solat.
  • Jatuh, bangunlah. Kalah, bangkitlah.
  • Ali Imran; ayat 173. Untuk hilang rasa sedih.
  • Surah Qasas: ayat 24 untuk ditunaikan hajat
Boleh lewatkan solat jika:
- Program ilmu berkumandang
- Berada dalam keadaan zohor bersangatan panas
- Ketika makanan terhidang

Tak ada yang manis selain dapat solat.

2 perkara kita kena tamak;
- Ilmu
- Keampunan Allah.

Tips tak lewatkan solat:
-Ingat Allah hampir dengan kita, jadi hampirilah dia.
- Reminder
- Berkawan dengan orang soleh
"Pasrah adalah menerima dalam keadaan perit dan luka. Redha pula menerima dengan ikhlas hati." - Tanyalah Ustaz, 11 Februari.
  • Sabar dalam sesuatu pekerjaan untuk dapat natijah baik selepas itu.
  • Makan tenang. Sunnah makan perlahan. Baik untuk kesihatan.
  • Perkara sunnah ini tak buat semua. Jangan tinggal semua.
  • Sunnah makanan manis. Kurma dan tembikai.
  • Makanlah. Asalkan halal dan tidak membazir.
  • Jangan buat sifat syaitan. Gelojoh. Allah suka sifat tenang. Tenang perbuatan. Tenang jiwanya.
  • Sebelum solat istikharah. Puasa sunat dulu.
  • Kesabaran buat dakwah berjaya.
  • Tenang akan hadapi kejayaan.
Prosedur istikharah:
- Bertaubat (bersih)
- Gerak hati, mimpi
- Ulang proses 1 & 2
  • Jangan dilayan penyakit waswas.
  • Sabar bila susah. Syukur bila senang.
  • Sangka baik. Cakap yang baik-baik. Doalah baik-baik.'
  • Baik dengan insan.
  • Baik dengan Tuhan.
"Robohkan tembok dengan jiran. Mulakan dengan diri baru kita akan dapat bawa ke ummah." - Tanyalah ustaz, 12 Februari
  • Solat awal waktu tak sengaja tinggal atau lambatkan.
  • Menunggu waktu solat seperti seorang yang menunggu kekasihnya.
  • Khusyuk solat bukan masa solat dah tinggalkan terus dunia ni. Tapi di antaranya. Namun hati fokus dengan pemahaman bacaan dan niatnya.
-Sempurna wuduk-
Solat di awal waktu. Sakit pun solat. Dan mengharapkan solat diterima.
Minta syurga minta jannah firdaus.
Nak nasihat komen diri. Seolah-olah.
"Dua golongan yang buat baik tapi muflis. Apabila dia riak atau ungkit. Redha." - 20 Februari.
  • Jika buat baik dengan duit haram; dosa.
  • Kebersihan menutup keaiban.
  • Suami kena ada akhlak, agama dan kepimpinan nak bimbing isteri. Tak boleh lurus, tulang bengkok.
  • Bersenda dengan anak yatim. Bagi hadiah. Makanan sesuai. Pengasuh sekali. Pegang kepala. Ajak lumba lari.
"Kalau kecil jangan paksa sangat anak tutup aurat. Aurat belum dikira lagi waktu tu."

Ajar anak perempuan awal.
  • Apabila dah ada bentuk badan rupa, jaga jarak dengan keluarga dan kawan-kawan. Sebab keinginan kepada lelaki dah ada. Mak bapa kena jaga.
  • Mak ayah mana pernah pencen menjaga anak. Mak ayah power!
  • Jubah arab dia tebal. Malaysia nipis; ikut cuaca. Tudung labuh. Mak ayah tunjuk contoh dulu.
  • Jangan takut tegur anak. Jangan dayus.
Tegur anak perempuan dulu:
  • Jelaskan dulu kesalahan (ajar dulu benda betul. Sama-sama)
  • Ajar dengan lemah lembut
  • Tunjuk kesalahan
  • Jangan buat salah sama
  • Sampai satu tahap kena ancam
  • Rotan pilihan terakhir
  • Dah besar sikir ajar percakapan dan ilmu rumah tangga
  • Bagaimana kamu melayan ibu bapa kamu. Begitulah kamu dilayan anak-anak kamu.
  • Dah besar berubah. Asal saja kita pernah ajar.
  • Apa kita ajar anak. Kita dah tak ada. Anak buat ada pahala untuk kita.
"Tak apa jika permulaan buat baik tu sebab ikutan atau kerana orang, ada nilainya di sisi Tuhan kebaikan itu. Lama-lama ikhlas kerana tu Tuhan akan datang." - 24 Februari



Sumber gambar: Muzir


Lirik Kalah Dalam Menang - Mawi ft Syamsul Yusof (OST Filem Munafik)


Terlebih dahulu tahniah diucapkan kepada saudara Syamsul Yusof kerana filem terbaru arahannya; Munafik, mencatat kutipan memberangsangkan apabila memungut RM 3 juta walaupun baru lima hari ditayangkan. Dikhabarkan filem ini mendapat pujian ramai berdasarkan jalan ceritanya yang benar-benar seram, tidak klise dan lakonan para pelakonnya yang sangat menjadi. Malah juga dipuji kerana sangat menekankan nilai islamik yang tinggi (dari segi dialog; tentang kebesaran Tuhan, mengajak kembali untuk redha, memaafkan serta aspek adegan bersentuhan bukan mahram dan aurat yang sangat dijaga). Baiklah, di sini dikongsikan lirik lagu tema filem Munafik; kalah dalam menang.


LIRIK: MAWI ft SYAMSUL YUSOF - KALAH DALAM MENANG (OST MUNAFIK)



Yo!
Ya Allah, Ya Rahim
Siapa lebih berkuasa?
Ya Allah, Ya Rahim
Kau, aku atau Dia?
Renungkan

Adakah kau rasa dunia isinya hanya kau yang punya
Kau fikir kau siapa?
Adakah kau lupa ataupun kau buta kau dan aku hamba
Kau fikir kau raja?
Kuasa, harta, wanita mengaburi minda, mengotori jiwa dan bicara
Bila bicara, bicaranya semua besar
Mendabik dada besar egonya
Lupa diri, lupa Pencipta Yang Maha Besar
Hatinya hitam, kelam, terbungkam
Jiwa tak tenang, kalah dalam menang

Kemewahan diri bukanlah tanda kehebatan insan
Berteduh di bumi Tuhan
Fikirkan saat nyawa ditarik keluar badan
Tiada siapapun yang tahu rahsia Tuhan
Siapa dulu pergi dulu mungin aku, mungkin kamu
Kau katakan tunggu dulu, kau belum 50
Sedang kematian lagi mengejarmu
Kerasnya hati masih gagal mengerti
Bangunlah di malam sunyi
Bertanyakan pada Ilahi

Adakah kau rasa dunia isinya hanya kau yang punya
Kau fikir kau siapa?
Adakah kau lupa ataupun kau buta kau dan aku hamba
Kau fikir kau raja?
Kuasa, harta, wanita mengaburi minda, mengotori jiwa dan bicara
Bila bicara, bicaranya semua besar
Mendabik dada besar egonya
Lupa diri, lupa Pencipta Yang Maha Besar
Hatinya hitam, kelam, terbungkam
Jiwa tak tenang, kalah dalam menang

Kalah dalam menang, hatimu takkan senang
Aku bukan hipnotis bukan juga isis
Jauh sekali ekstrimis, aku hanya optimis
Hidup sarat protwist, sama macam sarkis
Dengan Tuhanmu jangan pernah prejudis
Dalam era penuh depresi
Sebenarnya apa yang kau cari
Kononnya nak inspirasi, huh inspirasi
Tak perlu kau tercari-cari
Bangun malam tanya Ilahi
Beribu kali kau diingati
Hidayah itu milik Ilahi

Adakah kau rasa dunia isinya hanya kau yang punya
Kau fikir kau siapa?
Adakah kau lupa ataupun kau buta kau dan aku hamba
Kau fikir kau raja?
Kuasa, harta, wanita mengaburi minda, mengotori jiwa dan bicara
Bila bicara, bicaranya semua besar
Mendabik dada besar egonya
Lupa diri, lupa Pencipta Yang Maha Besar
Hatinya hitam, kelam, terbungkam
Jiwa tak tenang, kalah dalam menang

Mari sini semua dengar ini cerita
Orang kita kata nak senang kena banyak simpan duit
Tapi Islam kata nak senang kena banyak keluarkan duit
Sedekah, amal jariah, senyumanmu itu juga satu dakwah
Orang kita kata sakit itu bala
Tapi Islam kata sakit itu penghapus dosa
Sabarlah walaupun kau sedang kecewa
Biarkan engkau miskin harta dan kuasa
Tapi jangan kau miskin jiwa

Adakah kau rasa dunia isinya hanya kau yang punya
Kau fikir kau siapa?
Adakah kau lupa ataupun kau buta kau dan aku hamba
Kau fikir kau raja?
Kuasa, harta, wanita mengaburi minda, mengotori jiwa dan bicara
Bila bicara, bicaranya semua besar
Mendabik dada besar egonya

Adakah kau rasa dunia isinya hanya kau yang punya
Kau fikir kau siapa?
Adakah kau lupa ataupun kau buta kau dan aku hamba
Kau fikir kau raja?
Kuasa, harta, wanita mengaburi minda, mengotori jiwa dan bicara
Bila bicara, bicaranya semua besar
Mendabik dada besar egonya
Lupa diri lupa Pencipta Yang Maha Besar
Hatinya hitam, kelam, terbungkam
Jiwa tak tenang, kalah dalam menang

Lagu: Syamsul Yusof
Lirik: Syamsul Yusof & Anwar Fazal




Lirik lagu ini berkaitan Al-Quran (Gambar: @SchaLengLen @syamsulyusof84)




***


Rabu, 02 Maret 2016

Ustaz Kazim; semakin sembuh daripada sakit


Gambar sumber astro oasis

Mula-mula (tempoh hari); dapat tahu (terbaca), kami sekeluarga agak terkejut. Dato' Ustaz Mohd Kazim Elias (Ustaz Kazim) dikhabarkan tiba-tiba mengadu sakit dada ketika baru sahaja memberi ceramah di Kelantan. Namun alhamdulillah, kini beliau semakin pulih. Perlu banyakkan rehat, tapi iyalah, jiwa pendakwah manalah pernah berehat. Dalam sakit-sakit pun masih rindu nak memberikan ceramah dan dia rasa bersalah pula kerana tidak dapat menghabiskan ceramahnya.

Alhamdulillah. Ramai yang sayangkan Ustaz. Pelbagai peringkat usia, Malahan yang bukan islam yang memang tertarik dengan cara beliau berceramah (kata mereka; ceramah Ustaz tidak sinis, malah menghiburkan dan menarik) juga turut mendoakan beliau. Di sini saya kongsikan rentetan atau kronologi perkembangan kesihatan Ustaz kesayangan ramai ini.

Mewakili ahli keluarga, Mohd Najmuddin (Abang Ustaz Kazim) mengucapkan terima kasih kepada semua kakitangan dan doktor HUSM serta KPJ yang memberikan rawatan terbaik.

"Tidak lupa juga atas doa serta sokongan semua pihak yang mahu melihat adik saya pulih," katanya lagi.

*****

19 Februari 2016, malam; Ustaz Kazim Elias bergegas dihantar ke hospital kerana dipercayai sakit dada akibat serangan sakit jantung ketika memberi ceramah.

Menurut Rafi Rahman, Pegawai Khasnya; “ketika dalam perjalanan ke hospital dia kata ‘ALLAH, ALLAH macam mana ni’, tetapi saya pujuk, kesihatan dia lebih penting buat masa ini. Dia dah janji nak datang tetapi hanya dapat berceramah selama tujuh minit. Memang dia terkilan sangat.”

Doktor kemudian mengesahkan terdapat otot di bahagian jantung beliau mengalami luka dan darah beku yang tersumbat dan itulah menjadi punca Ustaz Kazim sakit dada sebelum ini.

Beliau kemudiannya menerima rawatan coronary angiography sewaktu ditempatkan di wad CCU Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.


20 Februari; Ustaz dah mula dapat bercakap dengan lebih jelas.

Pada 21 Februari, Ustaz Mohd Kazim Elias dilaporkan stabil selepas menjalani rawatan prosedur angiogram di makmal kardiologi invasif Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Keesokannya, 22 Februari; Ustaz Kazim Elias selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di sini, kira-kira jam 3.20 petang. Beliau kemudiannya dibawa dengan ambulans Hospital KPJ Ipoh untuk dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.


*Status facebook (juga di Instagram) yang dikemaskini Dato' setelah sihat sedikit.


Dah banyak hari sy tidak update status.. Smlm sekitar jam 1ptg sy sgt tidak selesa, penat sgt2 dada pedih n berdebar dgn kuat. Smpi saat ini sy masih tidak boleh bercakap dgn baik, tersekat dan mudah penat bila bercakap. Masa kena serangan jantung hari tu sy rs inilah saat akhir sy didunia sy dah pasrah dan redha kalau Allah jemput sy. Syukur Allah mudahkan sy dgn sikit ujian. 3 saluran arteri sy tersumbat 99%, 90% n ketiga 50%. Ada dua lagi saluran arteri yg belum diletakkan stent. Angiogram akan dibuat selepas jantung sy stabil.Sy mengambil kesempatan disini memohon maaf zahir n batin dunia akhirat jika sy ada tersalah silap dgn saudara2 sahabat2 sekelian. Buat keluarga sy minta maaf,buat, ank2 ayah minta maaf sbb sgt kurang masa kita bersama.. Harap anak2 ayah faham kerja dakwah ayah.....Skrg sy kmbali di rawat di sebuah hospital di Ipoh, keadaan sy x brp baik.. Buat staf n pelajar Al Barakah teruskn usaha selama ini, jgn mengalah jgn lemah semangat dan kalau jd apa2 pd sy jgn ditutup sekolah Al Barakah. Al Barakah adalah jiwa sy.Doakn sy ye.Tq semua doktor, nurse dan yg membantu n menziarah sy. Kalau sy panjang umur kita jumpa lg... Sy rindu dgn anda semua. .. Sy insan dhoif maafkan sy.....
posted by Dato' Ustaz Kazim Elias (@ustazkazim) on

25 Februari; Keadaan Ustaz stabil. Kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi.

Alhamdulillah. Pagi Sabtu 27 Februari 2016, Ustaz telah dibenarkan keluar wad (discharge).

*****
Dato Ustaz Kazim dan seisi keluarga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan dan keselamatan beliau.
Kini (29 Februari), beliau sudah boleh bersenam dan berjalan perlahan-lahan. Oh ya, pihak Al-Barakah menerima terlalu banyak permintaan untuk menziarahi Ustaz Kazim. Pihak Ustaz telah bersetuju untuk menerima rombongan lawatan dan ziarah daripada orang ramai pada setiap hari Sabtu dan Ahad sepanjang bulan Mac dan April ini. Segala urusan lawatan rombongan boleh berhubung dengan Puan Zainab di talian 05-5260321 (waktu pejabat). Terima kasih. 

Jaga diri elok-elok, DUKE. Moga lekas sembuh dan akan terus dipermudahkan. Dan semoga kita yang lain juga akan sentiasa menjaga diri dan kesihatan. Insya-Allah.
"Ada harinya kita akan susah, meninggal dan sakit. Kita tak tahu bila hari itu akan tiba. Jadi berbaiklah dengan jiran dan semua." - DUKE


[ Gambar: Facebook Ustaz Kazim | Berita: Sinar Harian ]