Tampilkan postingan dengan label al-quran. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label al-quran. Tampilkan semua postingan

Rabu, 27 Januari 2016

Tak Tahu Baca Al-Quran?


Jika tak tahu baca Al-Quran;

Pandang atau peluk sahaja Al-Quran pun dah dapat pahala. (Jika berterjemahan tidak perlu mengambil wuduk terlebuh dahulu, namun seeloknya ambil sebagai adab), namun perlu berwuduk jika baca kitab Al-Quran yang tanpa terjemahan.)

Boleh dimulakan dengan mendengar bacaan (pun sunnah dan berpahala), boleh baca makna dan seterusnya belajar baca sikit-sikit. Kemudian banyak pula. Jika dah tahu nanti boleh cuba hafal pula pada masa akan datang. Mulakan surah yang pendek, kemudian yang panjang. Tak apa, cuba sedaya kita, asalkan kita cuba. Allah menilai setiap usaha kita walaubagaimanapun. Benda baik, mesti Allah bantu. Insya-Allah.
"Adapun orang yang membaca Al-Quran dalam keadaan gagap, tersangkut & merasa sukar ketika membacanya, baginya dua pahala.- (Hadith Riwayat Muslim)

Seronokkan? Bukan sahaja Tuhan tidak marah, tapi dia hargai usaha kita dengan beri ganjaran lagi. Masya-Allah. Jom, mulakan membaca! Masih belum lagi terlewat.

Ini artikel dan video dari laman web lain :  Cara lancar baca Al-Quran,  7 Tips mudah hafal surah al-kahfi,  Video asas belajar Al-Quran (Iqra),  Video teknik al-baghdadi, 

Semangat, anda boleh!

Jom! Semoga dipermudahkan semuanya, insya-Allah.

*Ada tips lain boleh tambah di ruangan komen. Terima kasih.




Merdu suara dia macam Mishary Al Afasy
Merdu suara dia macam Mishary Al Afasy
Posted by Sukan Star TV on Saturday, January 2, 2016





Selasa, 07 Juli 2015

Al-Quran, kita & kesibukan (2)


Ini adalah sambungan penulisan artikel : Al-Quran, kita & kesibukan bahagian satu.

Membaca Al-Quran ganjarannya banyak. Di sini sambungan sebahagian nota sebelum ini.

Adab sebelum baca Al-Quran
- Niat ikhlas
- Berwuduk
- Tutup aurat
- Guna tangan kanan

Al-Quran kalam Allah tu benar.

8 cara untuk mendekati Al-quran dengan niat yang ikhlas.

- Baca quran untuk terima petunjuk , supaya dekat dengan Allah. Supaya Allah redha.
- Lihat mesej sebenar. Banyak maksud dan aspek intelek dalam setiap ayat
- Tidak wajar membaca alquran untuk memenangkan pendapat sendiri
- Sia-sia nikmat baca alquran jika kita guna untuk kepentingan duniawi semata
- Jangan baca Quran sebab nak sihat atau nak hati tenang, tapi bacalah kerana Allah yang maha penyayang
- Ganjarannya besar baca quran. Boleh jadi motivasi dan masuk syurga
- Dapat mendekat denganNya
- Niat fokus , supaya benar mendapat redhaNya

Niat lari boleh menyebabkan futur ( lemah dan hilang semangat ). Mungkin ada buat perkara lagho masa dalam proses.

5 CARA BERINTERAKSI DENGAN AL-QURAN

- Merasai al-Quran diturunkan untuk diri kita
- Memahami bahasa arab
- Menghayati Al-Quran dengan hati
- Memahami sebab dan latar belakang turun ayat
- Menyedari siapa kita

Teruskan membaca kitab ALLAH ini, moga istiqamah  ! InsyaAllah.


Kamis, 12 Maret 2015

Al-Quran, kita & kesibukan



Hari ini kebanyakan orang sibuk. Sibuk sampai tak sempat baca Al-Quran. Nak cari motivasi untuk baca kitab Allah dan istiqamah pun satu perjuangan. Terus saja. Apa pun siapa membaca Al-Quran ganjarannya banyak.

  • Satu huruf satu pahala
“ Sesiapa yang membaca satu huruf kitabullah, maka dia mendapat satu kebaikan. Sedangkan satu kebaikan akan dibalas dengan 10 kali ganda.

Aku tidak maksudkan bahawa ‘alif lam mim’ itu satu huruf, alif satu huruf, lam satu huruf, dan mim juga satu huruf.”
- [ Riwayat al-Tirmizi ]

  • Al-Quran pemberi syafaat di akhirat
“ Bacalah Al-Quran, kerana Al-Quran akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada tuannya.”
- [ Riwayat Muslim ]

Kiranya Al-Quran adalah kabel atau istilah di dunia ni 'orang dalam', yang akan membantu atau membela kita di akhirat,

  • Baca tergagap pun dapat dua kali ganda pahala
“ Orang yang membaca Al-Quran dan mahir dengan bacaannya, maka dia akan bersama para malaikat. Dan orang yang membaca Al-Quran dengan tersangkut-sangkut, dia berasa susah sekali untuk membacanya, maka dia memperoleh dua pahala.”
- [ Riwayat al-Bukhari ]

Maha pemurahnya Allah. Sedikit pun dia tidak sia-siakan perkara baik kita buat. Dia menilai kesungguhan walaupun hasilnya biasa saja.

  • Lamakah untuk khatam Al-Quran?
Dengan sekian ganjaran , masih tak sempatkah kita baca Al-Quran ? Selalunya baca Al-Quran mengambil masa selama 5 minit untuk satu muka surat. Lima minit saja. Apalah sangat. Dan sedarkah kita , jika baca 5 muka surat setiap hari secara konsisten, kita akan dapat khatam Al-Quran 4 bulan. Jadi dalam setahun boleh khatam 3 kali.


Cubalah, ambil masa. Ganjarannya besar. Tak apa jika tak tahu, boleh belajar, perlahan-lahan; sama-sama.

Sambungan nota : di sini .

Disesuaikan melalui sumber : EzyDakwah 9, Solusi


Senin, 30 Juni 2014

Tips Khatam Al-Quran ( di bulan ramadhan khususnya )

Khatam Quran ini boleh sendiri atau beramai. Selalu adalah lebih digalakkan. Tak kira masa. Di Malaysia, ia (tilawah) juga dirai di majlis akad nikah , kesyukuran dan juga doa selamat selain itu pastinya ia tertumpu di bulan Ramadhan. Adalah seronok jika kita bersemangat untuk memenuhi madrasah ramadhan dan mencabar dan menguatkan diri untuk membaca dan mengkhatam Al-Quran.


Mengapa perlu khatam Al-Quran dalam bulan ramadhan ?

Nabi Muhammad S.A.W menceritakan Jibrail A.S membacakan Al-Quran kepadanya sekali setiap tahun pada bulan Ramadhan dan pada tahun kewafatan Baginda sebanyak dua kali ( HR Bukhari dan Muslim ).

Pada bulan Ramadhan, Nabi Muhammad S.A.W dan Jibrail akan mengulangkaji ayat-ayat Al-Quran yang telah diturunkan kepada Baginda S.A.W. Jibrail akan menerangkan asbab, maksud dan berbincang dengan Rasullullah. Kerana itu kita digalakkan khatam sekurang-kurang sekali atau lebih dalam bulan Ramadhan.

Antara tips untuk khatam Al-Quran :
  • Tentukan target untuk berapa kali khatam Al-Quran ( sesuaikan dengan kemampuan kita )
  • Seeloknya mula membaca dari juzuk 1 pada hari pertama ramadhan (mudah nanti nak kira )
  • Tentukan target membaca berapa juz dalam sehari ( target mesti ditepati )
  • Bahagikan target harian kepada beberapa waktu yang kita mampu ( berapa kali lepas solat fardu atau lepas terawih ; ikut mampu )
  • Manfaatkan setiap waktu dengan efisien ( kurangkan bersembang, online,  fokus untuk beberapa minit sahaja )
  • Bawalah Al-Quran selalu ( supaya mudah bertilawah )
  • Tidak perlu bersuara kuat atau tinggi ( yang penting bukan kekuatan suara , tapi mata. Jika mengalami suara serak, perlahan-lahan Allah akan pulihkan - tetap terus )
  • Mendengar sambil menyemak Al-Quran ( jika mata penat , boleh semak dengan menggunakan teknologi seperti mp3 player . Gunakan ia untuk mentaddabur bukan untuk tidur )
  • Manfaatkan teknologi dengan bijak . (Lengkapkan smartphone dengan aplikasi Al-Quran yang lengkap, supaya ia berguna jika terlupa bawa Al-Quran )
  • Kita perlu menabung banyak tilawah di awal ramadhan. ( Jika target 1 juz, sesekali lebihkan, sebab ditakuti ada perkara tidak diingin nanti dan tak sempat baca nanti untuk capai target - wanita terutamanya )
  • Menghukum diri jika target tilawah tidak sampai . ( Baki target yang tidak sampai harus dipenuhi , jangan bertangguh atau terkumpul )
  • Boleh juga tilawah secara bergilir dengan kawan-kawan atau ahli keluarga ( Seronok dalam suasana yang indah itu selain dapat mengingatkan dan mengelak mengantuk )
  • Lawan rasa mengantuk seboleh mungkin ( ganti posisi dan tempat tilawah . Regangkan otot. Atau boleh ambil wuduk dan mandi , sambung semula  )
  • Cari tempat tilawah yang buat kita tenang . ( Yang mampu buat kita fokus tapi jangan terlalu selesa sampai buat mengantuk )
  • Manfaatkan waktu 10 hari terakhir ramadhan dengan baik . ( Iktikaf atau buat di masjid, kerana suasana masjid , surau dan 10 terakhir ramadhan selalunya mampu mempengaruhi semangat kita )
  • Banyakkan berdoa kepada Allah S.W.T ( Agar sentiasa dikuatkan azam untuk capai target )
- Sumber perkongsian ini melalui majalah Jom 

Sumber gambar di atas[ muzir ]
“Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
 “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dirosakkan oleh air. Seorang sahabat telah bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati itu bersinar kembali?” Maka jawab Rasulullah, “Banyakkan mengingati maut dan membaca Al Quran.”
(Riwayat Baihaqi dari Ibn Umar)

Sekian, jagalah pemakanan dan kesihatan , agar terus lagi bersemangat kita memanfaatkan bulan amalan, insyaallah. Selamat mengkhatam Al-Quran :)


Sabtu, 21 Juni 2014

Keputusan Penuh Majlis Tilawah Al-Quran dan Hafazan Peringkat Antarabangsa Kali Ke-56 2014


Majlis Tilawah Al-Quran dan Hafazan Peringkat Antarabangsa 2014 yang bermula dari 16 hingga 21 Jun 2014 telah pun melabuhkan tirainya . Seramai 38 orang peserta (23 orang qari dan 15 qariah) telah mengambil bahagian. Manakala Hafazan pula disertai seramai 30 orang peserta.

Alhamdulillah . Tahniah untuk semua wakil Malaysia yang memenangi semua kategori. 


Keputusan penuh Hafazan Peringkat Antarabangsa 2014
Kategori Hafiz 30 Juzuk
  1. Mohd Ersyad bin Abdullah – 95.75% (Malaysia)
  2. Abdullah Mohammed Al Khairy – 94% ( Arab Saudi)
  3. Abdullah Hamad Salim Hamad Abu Sheraidah – 92% (Qatar)
Kategori Hafizah 30 Juzuk
  1. Nurhafizah bt Mohd Shafie – 95% (Malaysia)
  2. Soumaya Cheikh Ali – 85.75% (Tunisia)
  3. Ndombor Sene – 78.50% (Senegal)
    Keputusan penuh Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa 2014
    Kategori Qari
    1. Ahmad Tarmizi b. Haji Ali – 95.30% (Malaysia)
    2. Muhamed Bilir – 89.21% (Turkey)
    3. Ihsan Nuzula Zamri – 88.72% (Indonesia)
    Kategori Qariah
    1. Hanimzah bt. Jalaluddin – 90.67% (Malaysia)
    2. Rahimah Pandiodangan – 88.75% (Filipina)
    3. Siti Huzaimah Vadey Haji Rosli – 85.92% (Brunei)



    Sehingga bertemu lagi dengan majlis penuh barakah ini di lain kali, insyaAllah :)