Sabtu, 30 Januari 2016

Istiqamah Dalam Hijrah



Semua kita boleh berubah dan berhijrah. Tapi nak kekal dengan perubahan tersebut (istiqamah atau konsisten) itu yang sukar. Namun dengan usaha dan doa-doa, insya-Allah kita boleh melaluinya. Tiada apa yang mustahil dengan kehendak Allah. Cuma perlu masa sedikit. Di sini saya kongsikan analogi saya sendiri berkaitan istiqamah.

------ Situasinya begini;

Suatu hari kita mahu berpindah ke tempat yang kita rasa lebih baik, kita pun bertukar dari bas lama ke bas baru.

Masuk-masuk saja, orang dalam bas pandang kita semacam; sebab tak pernah nampak. Ada yang tahu kita dari kawasan mana, dia berbisik-bisik sambil melihat-lihat kita. Ada juga yang baik sudi menghulurkan senyum tapi kita pula yang berasa malu hendak menegur. Dan sebahagian yang lain buat hal sendiri sahaja.

Tak kisahlah apa pun. Kita pun duduk; kembali buat kerja kita, sementara tiba di destinasi. Adalah beberapa dugaan, bas kena tukar tayar. Jalan tak rata. Terpaksa brek mengejut. Hujan lebat; perlu perlahankan kenderaan. Kita bertahan saja dengan doa-doa, sebab kita dalam bas dengan sebahagian manusia yang kita percaya.

Tapi sebahagian manusia lain dalam bas itu masih tidak reti diam, tidak jemu untuk terus kacau emosi kita melalui pandangan dan kata-kata.

Sampai satu keadaan, kita jadi terlalu emosi. Jika kita tidak mampu terus bertahan dalam bas tersebut, terpaksalah suruh bas itu berhenti dan turunkan kita di mana-mana; kemudian kenalah jalan kaki ke destinasi. Mungkin perlu ihsan orang yang entah siapa-siapa untuk menumpang atau silap cara, terpaksa patah balik ke belakang sebab tak larat nak terus berjalan. Mungkin ada bas yang tidak tiba pada hari itu, tapi perlu dimulakan semula. Demikianlah sebuah perjalanan.

Tapi kalau kita cuba bertahan sikit lagi; usahakan cara terbaik untuk diri kita, insyaAllah pasti tiba juga ke depan. 

Itulah ibaratnya istiqamah ni. Jarak destinasi kita dekat; cuma dugaan tu buat kita rasa jauh dan berat. InsyaAllah akhirnya 'bas' kita itu akan sampai juga. Apa-apa usaha dan sabar dulu ya? Terus!



Nabi s.a.w. bersabda:
"Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 SEMOGA BERJAYA, INSYA-ALLAH! :)



 Sumber gambar : pinterest & animatedimages


Rabu, 27 Januari 2016

Tak Tahu Baca Al-Quran?


Jika tak tahu baca Al-Quran;

Pandang atau peluk sahaja Al-Quran pun dah dapat pahala. (Jika berterjemahan tidak perlu mengambil wuduk terlebuh dahulu, namun seeloknya ambil sebagai adab), namun perlu berwuduk jika baca kitab Al-Quran yang tanpa terjemahan.)

Boleh dimulakan dengan mendengar bacaan (pun sunnah dan berpahala), boleh baca makna dan seterusnya belajar baca sikit-sikit. Kemudian banyak pula. Jika dah tahu nanti boleh cuba hafal pula pada masa akan datang. Mulakan surah yang pendek, kemudian yang panjang. Tak apa, cuba sedaya kita, asalkan kita cuba. Allah menilai setiap usaha kita walaubagaimanapun. Benda baik, mesti Allah bantu. Insya-Allah.
"Adapun orang yang membaca Al-Quran dalam keadaan gagap, tersangkut & merasa sukar ketika membacanya, baginya dua pahala.- (Hadith Riwayat Muslim)

Seronokkan? Bukan sahaja Tuhan tidak marah, tapi dia hargai usaha kita dengan beri ganjaran lagi. Masya-Allah. Jom, mulakan membaca! Masih belum lagi terlewat.

Ini artikel dan video dari laman web lain :  Cara lancar baca Al-Quran,  7 Tips mudah hafal surah al-kahfi,  Video asas belajar Al-Quran (Iqra),  Video teknik al-baghdadi, 

Semangat, anda boleh!

Jom! Semoga dipermudahkan semuanya, insya-Allah.

*Ada tips lain boleh tambah di ruangan komen. Terima kasih.




Merdu suara dia macam Mishary Al Afasy
Merdu suara dia macam Mishary Al Afasy
Posted by Sukan Star TV on Saturday, January 2, 2016





Senin, 25 Januari 2016

Persembahan Faizal Tahir & Caliph Buskers di AJL 30


Sebaik-baik manusia adalah manusia yang beri manfaat kepada manusia lain. Dan menjadi tanggungjawab kita semua untuk berdakwah dan menyampaikan sesuatu yang baik. Antara kebaikan apabila dikenali, kita lebih mudah menyampaikan pengaruh yang baik-baik. Yang pasti kesannya bukan sedikit, insya-Allah.

Di bawah ini saya sertakan video (daripada facebook) persembahan Faizal Tahir dengan lagu Assalamualaikum dalam Anugerah Juara Lagu ke 30, serta lagu Caliph Buskers dengan lagu Hanya Nama-Mu. Namun jika kekurangan dari segi kelancarannya, boleh lihat video mereka di AJL menerusi youtube: Faizal (klik sini) dan Caliph Buskers di (sini). Terima kasih.




Faizal Tahir AJL30
Faizal Tahir AJL30Video lain http://goo.gl/ofp7aIHulurkan bantuan dan sumbangan bagi meringankan beban rakyat Syria melalui platform Malaysia Life Line for Syria:https://www.facebook.com/MLL4S/?fref=ts====================Sumbangan atas talian :====================Sila klik : https://billplz.com/form/donateforsyriaATAU===============================Sumbangan/deposit ke akaun berikut :===============================SALAM SURIAH RESOURCESMaybank : 5645-5733-8496CIMB : 8602041215Bank Islam : 12-113-01-005343-3=====================Maklumat Perhubungan :=====================Email : donation.mllfs@gmail.comWebsite :www.malaysia4syria.orgNo. Tel : +603-41416732Demi Syria, Untuk Ummah.#WinterMissionSyria #MisiMusimSejukSyria #SavetheChildrenofSyria #SaveSyria #SebarkanSalam #dontbombsyria
Posted by Kepala Bergetar on Sunday, January 24, 2016

Lirik Lagu Assalamualaikum – Faizal Tahir

Nana nanananana, nana nanananana
Nana nanananana

Nana nanananana, nana nanananana
Nana nanananana

Apa yang ku lihat ini
Mengapa hanya video bunuh sana sini
Di kaca TV, dalam internet, di FB
Hanya darah dan air mata
Ramai yang hina agamaku
Terasa bakar di jiwaku
Can’t believe there are people like this
Can’t believe we are living like this

Apa kita hanya terima sahaja?

Assalamualaikum dunia, bangunlah semua
Lihatlah pada diri kita, semua serupa
Damailah manusia, kita bersaudara
Assalamualaikum dunia
Assalamualaikum dunia

Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum

Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum

Warna kulit, kaum, asal usul
Jangan menilai hanya pada rupa
Adakah matamu mengatasi akalmu?
Satu untuk semua (satu untuk semua)
Semua untuk satu (semua untuk satu)
I believe we are better than this
We could all be better than this

Apa kita hanya berdiam sahaja?

Assalamualaikum dunia, bangunlah semua
Lihatlah pada diri kita, semua serupa
Damailah manusia, kita bersaudara
Assalamualaikum dunia
Assalamualaikum

Dengar aku, dengarku selalu bersalah
Selalu terleka dan ku sedari semua
Ampuniku, ampuniku yang berdosa
Ku berubah hari ini untuk kamu

Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum

Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum

Ooo… Assalamualaikum dunia
Bangunlah semua
Damailah, damailah manusia
Kita bersaudara
Assalamualaikum dunia
Assalamualaikum dunia

Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum
(Damailah manusia, kita bersaudara)

Assalamualaikum, damai pada dunia
Assalamualaikum dunia
Damailah pada kamu semua




Caliph Buskers AJL30
Caliph Buskers AJL30Video lain http://goo.gl/ofp7aI
Posted by Kepala Bergetar on Sunday, January 24, 2016

Lirik Lagu Hanya NamaMu – Caliph Buskers

Bismillahirrahmanirrahim

Hanya namaMu ku puji ku sanjung
Di lafaz pertama suara azan fajar
Langkah kananku seperti dilindung
Andainya tersandung rebahku bersujud
Dan hanya namaMu ku puji ku sanjung

Adakalanya linang air mata
Tertumpah ke pipi menerima takdir
Namun imanku tidak akan runtuh
Ku ambil ikhtiar berdiri semula
Dan hanya namaMu ku puji ku sanjung

Di akhir perjalanan ini
Yang mencari petunjukmu
Ku doa agar kehadiran disambut
Semoga namaku terdiri
Di antara yang terpilih
Menjadi tetamu di tamanMu nanti

Setiap masa tak pernah ku lupa
Sinar yang kau beri dalam hidup ini
Bila tibanya nyawaku di dunia
Kau panggil kembali dengan nafas akhir
Hanyalah namaMu ku puji ku sanjung

Di akhir perjalanan ini
Yang mencari petunjukmu
Ku doa agar kehadiran disambut
Semoga namaku terdiri
Di antara yang terpilih
Menjadi tetamu di tamanMu nanti
Menjadi tetamu di tamanMu nanti

***

SEKIAN.

Sumber:
Gambar:
Asyraf Hamzah, Berita Harian Online 
Lirik :

 iliriklagu.com


Minggu, 24 Januari 2016

Tentang Cinta Nabi, Masa & Menjadi Solehah


Ini sedikit catatan melalui beberapa rancangan agama yang ditonton dan didengar sepanjang bulan ini. Jadi saya telah mengumpulkannya untuk diletak di dalam penulisan ini. Jika ada penambahan atau kekurangan, sila nyatakan ya? Terima kasih.
“Hikmah itu adalah barang yang hilang milik orang yang beriman. Di mana saja ia menemukannya, maka ambillah.”

Sahabat yang baik itu:
- Dia menutup aib sahabatnya.
- Dekat belakang / depan pun puji.
- Cari peluang untuk membantu.
- Saling mendoakan

Jangan kedekut doa. Doakan juga untuk orang lain; selalu.

Cara Kawal Marah:
- Wuduk
- Ubah posisi
- Diam diri
- Positif
- Senyum
- Istighfar (Tenang)

Dosa anak-anak
"Dosa anak-anak tidak akan ditanggung ibubapa jika ibubapa dah beri didikan agama, dah nasihat dan tak tau pun anak itu buat salah atau maksiat tersebut (di belakang mereka). Jadi anak itu menanggung dosanya sendiri.

Melainkan jika ibubapa tahu tapi buat tak tahu, tak nasihat langsung, atau tak berusaha beri didikan agama, baru ibubapa pun juga menanggung dosanya.

Masa diisi dengan:
- Iman (walau sebesar zarah boleh keluarkan kita dari neraka; sedar dosa kita.)
- Amal
- Berpesan-pesan
- Sabar & syukur

Positif:
-Tahu ilmu / kelebihan kita. Terus belajar.
- Berlatih & amalkan. Betulkan yang biasa, biasakan yang betul
-Terus tambah nilai diri

Ciri wanita solehah:
- Beriman. Taat pada Allah.
(Jangan bagi nafsu menang. Tahan dulu kehendak lain, utamakan solat. Terima kasih dengan nikmat Tuhan.)
- Jika ada suami, tidak derhaka pada suami.
- Jaga aurat.
- Memelihara diri. Jaga diri.

Tiga yang kena ada nak dapat ciri wanita solehah:
- ILMU (Perlu selalu menambah ilmu; belajar)
- INGIN (kuat keinginan) Sebab nafsu dan iman sentiasa berperang, jika keinginan kuat iman menang. Kita ingin sebab nak jadi ahli akhirat yang tempatnya di syurga.
- INGAT (Recall. Beringat dan muhasabah selalu.)

Kalau kita cinta Nabi; kita ikut Nabi.

Tanda cinta Nabi:
- Jadikan diri al-amin (benar, dipercayai dan amanah)
- Mengasihi makhluk Allah yang lain. (Nabi jenis menjaga hati.)
- Selawat kepada Nabi.

Kelebihan berselawat:
- Ganjaran 10 kali ganda
- Ingatkan apa kita lupa
- Jaminan syafaat Nabi
- Dapat ketenangan & sebagai penawar.
"Allahumma solli 'ala sayyidina muhammad wa'ala ali sayyidina muhammad."


2 S kalau lupa sesuatu dan kita buat, perkara ni akan buat kita teringat balik adalah;

- SOLAT dan SELAWAT.

Insya-Allah. Jika lupa sesuatu, solat dan selawatlah.


Semoga semua mendapat manfaatnya, insya-Allah! :)


*Sumber rancangan: 
Tanyalah Ustaz, Tanyalah ustazah & Al-Kuliyyah 2016
Gambar: WeHeartIt.com



Senin, 18 Januari 2016

Lirik Lagu-lagu OST Drama Nyanyian Ippo Hafiz



Lagu-lagu penyanyi dan pencipta lagu baru, Ippo Hafiz begitu dikenali bermula semenjak ia menjadi lagu tema (OST) drama Teman lelaki Upahan (Rahsia dan Hujan Sepi) satu ketika dulu. Kemudian dikuti dengan lagu tema Hidayah-Mu Ramadhan (turut dikongsikan melalui blog ini.) Dan terkini selain beberapa lagunya menjadi lagu tema drama bersiri popular di televisyen, dikhabarkan beliau akan keluarkan album penuh tidak lama lagi! Dan antara lagu barunya bertajuk 'Yang Terindah' (dalam drama CSWP) yang dikongsikannya baru-baru ini melalui akaun instagramnya.

A video posted by IPPO HAFIZ (@ippohafiz) on


Baik, di sini saya sertakan lirik lagu yang sedang popular daripada artis yang berbakat besar ini.

 LIRIK LAGU KEKAL BAHAGIA - IPPO HAFIZ
(OST : Drama Cinta Si Wedding Planner)



Ku telah melupakan dirinya
Ku telah benar-benar melepaskan
Kini aku hanya ada kamu
Mengertilah cintaku

Kuatkanlah untuk bersamaku
Teguhkan hatimu menemani aku
Menjalani waktu-waktu hidupmu
Aku kan selalu ada denganmu

Memang benar aku mencintaimu
Memang benar rasa menyayangimu
Setulusnya rasa hati ini
Hanyalah padamu

Ku harapkan engkau
Yang terakhir
Dalam hidup ini
Setia bersamamu
Hingga hujung waktu ku
Kekal bahagia selamanya

Memang benar aku mencintaimu
Memang benar rasa menyayangimu
Setulusnya rasa hati ini
Hanyalah padamu

Ku harapkan engkau
Yang terakhir
Dalam hidup ini
Setia bersamamu
Hingga hujung waktu ku [2x]
Kekal bahagia selamanya [2x]
Bahagia

--

LIRIK LAGU KASIH DALAM HATI - IPPO HAFIZ
(OST : Drama Aku Pilih Kamu)

Dengan rasa hati ini
Mengharapkan kasih yang dicintai
Jiwa yang penuh terluka
Merapuhkan penuh derita

Setitis cahaya yang menyinarkan hati
Setitik hatimu yang bisa menerangkan
Hatimu pasti ia kan milikmu
Jiwa harus kau pertahankannya

Kesedihan yang dirasa
Tiada yang bisa untuk mengerti
Sepi yang selalu terlihat
Agar tidak bisa berulang

Setitis cahaya yang menyinarkan hati
Setitik hatimu yang bisa menerangkan
Hatimu pasti ia kan milikmu
Jiwa harus kau pertahankannya

Ku berharap cinta yang masih ada
Bisa menguatkan diri ini
Ku berharap cinta yang masih ada
Hanya tulus darimu

Setitis cahaya yang menyinarkan hati
Setitik hatimu yang bisa menerangkan
Hatimu pasti ia kan milikmu
Jiwa harus kau pertahankannya

Setitis cahaya yang menyinarkan hati
Setitik hatimu yang bisa menerangkan
Hatimu pasti ia kan milikmu
Jiwa harus kau pertahankannya

Kau pertahankan darinya

Dengan rasa cinta ini
Kau datang dan bawa ku pergi

----


LIRIK LAGU IRAMA KITA - IPPO HAFIZ
(OST : Drama Cik Cinderella dan Encik Tengku)



Ku cari alunan rancak irama
Melayan suara kisah kita dulu
Kau beri tanda-tanda cintamu
Membuatkan diriku sungguh terharu

Saat kita dalam perasaan dilema
Merasakan jiwa ini tak tentu arah
Biarkanlah kisah kita terus pergi
Bersama kita hadapi melodi ini
Oh biarkan kisah kita berlalu pergi
Bersama kita hadapi melodi ini

Kini perasaan cintaku datang semula
Kau berikan khayalan baru padaku ini
Jangan kau gusar akan hakikat kita
Takdir bisa mengubah segalanya

Saat kita dalam perasaan dilema
Merasakan jiwa ini tak tentu arah
Biarkanlah kisah kita terus pergi
Bersama kita hadapi melodi ini
Bersama kita hadapi melodi ini

Melodi ini
Melodi ini
Melodi ini

--


LIRIK LAGU BICARA MALAM - IPPO HAFIZ
(OST : Mencintaimu)

Tidurlah sayangku
Bukakan pintu hatimu
Untuk diriku
Menemani kamu
Dalam waktu waktu
Yang kau inginkan
Aku dan kamu
Terus menunggu

Bicara malam
Terus kepadamu
Aku kan coba
Membahagiakanmu nanti
Bersama kita
Berdoa sentiasa
Moga hidup kita
Terus bermakna

Aaaaaa aaaaaa aaaaaa
Tdaa daa daa
Spaaa laaa laaa

Aku menjagamu
Dengan keizinan
Yang Maha Esa
Menentukan

Bicara malam
Terus kepadamu
Aku kan coba
Membahagiakanmu nanti
Bersama kita
Berdoa sentiasa
Moga hidup kita terus bermakna
Moga hidup kita terus bermakna
Moga hidup kita terus bermakna

==

Moga terus berjaya untuk beliau.
Boleh juga ikuti Ippo Hafiz di Facebook.

Sekian perkongsian.

Jika ada kelemahan, jadikan ia cabaran dan carilah kelebihan diri. Semua kita ada kelebihan, dan gunakanlah untuk kebaikan.

Sumber lirik: sini dan sini.
Terima Kasih.


Kamis, 14 Januari 2016

Allah Penerima Taubat



Orang memohon maaf dan dimaafkan ni orang yang kuat. Salah dengan manusia, mohon maaf dengan manusia, salah buat dosa dengan Tuhan, mohon maaf dengan Tuhan.

Allah Maha Pengampun. Nabi pun sangat pemaaf. Nak jadi mulia, kita ikut sikap yang mulia. Tak rugi jadi pemaaf dan minta maaf.

Waktu sesuai mohon maaf dengan Tuhan: tengah malam. Sunyi dan lebih tenang. Rasa dekat.

Tanda Allah maafkan kita:
- Sedih kerana dosa pada Allah; tanda dirahmati
- Kita rasa dosa kita besar
- Kita rasa nak beramal dan menjauhi yang mungkar

Cara mohon maaf dengan Allah:

- Istighfar
Astaghfirullahal a'zim
- Penyesalan
- Doa
- Dan tidak mahu buat salah tu lagi.

Apa pun, jaga diri dan jaga hati. Banyakkan istighfar.

Maaf sifat mulia, tak rugi jika kita juga memaafkan. Dan tak perlu tunggu orang minta maaf. Buatlah kerana ia mulia; dan kerana Allah suka.

Jangan sesekali putus asa dengan (rahmat) Allah. Terus sangka baik dengan (takdir) Allah. Dia duga bukan saja-saja. Ada hikmah & sebabnya. Insya-Allah. 💪




Doa menyentuh hati dari Ustaz Syed Mohd Norhisyam al-Idrus .. hmmm panas pipi ini.
Posted by OhMuslim.com on Saturday, January 9, 2016



Sumber: 
Rancangan Hadistv9 
Gambar : InviteToIslam