Rabu, 11 Desember 2013

Cara menjadi lebih baik ( ke jalan lurus)

“Those who struggle in Allah’s way, the doors of Allah will open in their way” - Mereka yang berjuang untuk ke jalan Allah, akan dibukakan pintu ke arah-Nya” .

Beginilah, nak berubah jadi lebih baik, semua orang nak. Tapi jalannya tak mudah, kalau kita tak betul-betul kuat. Memang susah. Tapi Tuhan dah cakap setiap perkara susah, akan ada mudah. Apatah lagi kalau niat kita baik dan ingin kembali kepadaNya. Memandang kita hidup tak tahu sampai bila , adalah lebih baik kita jangan bertangguh. Mulakan dengan perlahan-lahan. Yang penting apa kata Tuhan, bukan apa kata orang. Istiqamah (terus) dan bersabar , insyaallah . Baik, Nah Anem kongsikan tip kekal di jalan yang lurus yang Anem dapat dari sebuah buku tempoh hari. Nak menambah atau kongsi pengalaman, dipersilakan.

Artikel berkaitan: 



1. Jangan bimbang dengan pandangan orang lain .

Abu Talib begitu bimbang mengenai tanggapan pembesar Quraisy setelah beliau meninggal dunia sekiranya memeluk islam. Kerisauan ini menyebabkan Abu Talib tidak mengucap kalimah syahadah .

2. Fokus kepada diri sendiri.

Istiqamah mengekalkan hidayah tidak akan berlaku sekiranya kita lebih banyak menilai orang lain . Sibukkan dengan muhasabah dan memperbaiki diri terlebih dahulu.

3. Istighfar dan taubat .

Memohon selalu keampunan tuhan dengan menghadapkan hati dan diri kepadanya

4. Amalan yang berterusan .

Kekal dan tambahkan amalan . Caranya : ikhlaskan hati dan mengikut contoh Rasulullah SAW.

5. Sampaikan kebaikan

Hidayah akan kekal dan berterusan jika kita menjadi agen penyampai amar maaruf nahi mungkar kepada orang lain. Ya , marilah kita sebarkan kebaikan dan kasih sayang , bukannya kebencian atau keburukan dan kejahatan .

6. Cari kawan yang soleh (yang baik)

Pilih sahabat yang jujur dan akan membantu dan mengingatkan kita saat kita tergelincir.

7. Rajin mencari ilmu .

Kita perlukan ilmu untuk terus berada di jalan yang benar . Terus menggali ilmu daripada sumber sahih tanpa henti. Lebih banyak kita menimba ilmu, lebih banyak kita sedar yang sebenarnya selama ni banyak benda yang kita tak tahu .

8. Menjaga mata

Tundukkan pandangan , kerana khuatir pandangan itu daripada pandangan syaitan . Dengan cara ini kita secara tak langsung akan menjaga bicara dan hati kita juga dari mengata sesuatu yang tak kena pada jiwa kita.


Hadis Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, bahawasanya Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ

“Ada tiga perkara, barangsiapa yang ketiganya ada pada dirinya maka dia akan mendapatkan manisnya iman. (Tiga perkara tersebut adalah) menjadikan Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya, mencintai seseorang -tidak mencintainya melainkan- kerana Allah, dan membenci kembali kepada kekafiran sebagaimana dia membenci untuk dilemparkan ke dalam neraka.”
[HR Al Bukhari (16) dan Muslim (43)]

Teruskan istiqamah, sesungguhnya Allah sentiasa memerhatikan kita . Walaupun setiap kali kita salah, kita sedar bertaubat dia terima, kita buat lagi, dia tetap terima walau berapa kali, tapi kita seharusnya mempunyai sifat malu sendiri atas sikap kasihNya dia. Tetapkan niat, yang penting adalah pandangan Tuhan lebih dari pandangan sesiapapun.  Bi Hifzillah !

Perkongsian diambil dari Wardina Saffiyah Fadlullah , Gen-Q 17.


p/s: lagu ni best :)


Minggu, 24 November 2013

Tudung kita dan penilaian orang


Pengalaman ini adalah pada tahun 2009 , sebab masih relevan , jadi Anem ke depankan .Kami berbual tentang remaja atau lebih kepada perempuan masa kini. Kawan Anem pada waktu tu, dia seorang yang sungguh bergaya. Pakai baju trendy tapi tetap tutup aurat . Kadangkala saja agak sedikit ketat, mungkin kerana badannya yang kecil. Nampak molek je.

Anem pula biasa-biasa saja. Tapi taklah bertudung labuh. Masa pergi temuduga hari tu, pelbagai insan kami lihat. Secara spontan Anem cakap,
"Kagum dengan perempuan remaja yang sanggup bertudung labuh, tak terfikir nak bergaya sangat, dan berani membawa imej agama di usia muda"

Dia jawab dalam separa ketawa:
"Hah, yelah. Anem tak tahu yang bertudung labuh ni lagilah.Nampak je macam tu, kadang-kadang tu, ada yang lagi teruk dari kita. Kadang-kadang dalam panggung wayang, buat macam- macam , malah ada kalangan diorang call saya, minta tolong sebab dah ..bla, bla..saya pun nasihat-nasihatlah mereka yang call saya tu, jangan nilai dari pakaian lah !"

Rasullullah s.a.w bersabda:
" Jangan terjebak dalam perbezaan pendapat yang membawa kepada penjauhan pada hati" - (Al-Bukharee )

Anem jawab:
 "Tak juga. Tak semua macam tu. Ramai kawan Anem tudung labuh memang baik- baik"
- Bersangka baik itu penting, lagipun memakai pakaian yang longgar, dan tudung dipakai sehingga menutup dada adalah dituntut.

Dia kembali jawab:
"Kadang-kadang orang pandang kita begini, sebab kita tak tudung labuh, selalu berdua dengan pakwe, pakai macam ni, tapi kita bukan tak belajar agama, selagi dapat jaga nama baik, kita jaga.. Haritu, saya buktikan saya boleh berzanji. Kawan memang pergh ! Tak sangka. Tapi itulah."

Kawan Anem memang tersangat defensif. Anem dah bertahun tak jumpa dia, Anem pun tidak mampu menjawab lebih, sedangkan dia dah lama kenal anem, dah ada persepsi sendiri terhadap Anem .Walaupun kawan Anem takde mengiakan satu pun pendapat Anem.Anem berharap benar dia tahu pendapat Anem adalah bertentangan .Mungkin ada benarnya. Dalam 1001 pengalaman dia, itulah insan-insan yang dia jumpa. Itulah yang dia alami.Jadi - itulah membentuk pemikiran dia hari ni.

Anem? Sebaliknya pula.

Kawan Anem tersebut, selalu kena perli bab agama oleh kawannya yang bertudung labuh (pendekatan yang sememangnya salah dalam berdakwah ). Kerana ego ,dia pula memilih mengutuk kembali mereka, dengan mengatakan, 'mereka pun lebih kurang juga'.

Anem tiba2 mencelah ,:
"Apa bezanya orang solat tapi tak tutup aurat, dengan orang tutup aurat tapi tak solat?"
"Soalan tu , tiada kena mengena dengan topik" Katanya marah. Pulak.

Bagi Anem , beliau BUKAN anti dengan bertudung labuh, atau orang yang 'nampak alim', CUMA pengalaman yang menjadikan beliau berfikiran demikian dan Anem akui, Anem gagal mengubah pendirian beliau- berikan kami sedikit nasihat, semoga ia mampu menjadi pedoman kita bersama, insyaallah.  Maaf jika ada intipati entri ini yang mengguris rasa:(

Sesungguhnya berhijrah itu tidak sukar, namun nak istiqamah itu adalah sangat payah. Wallahualam.


Rabu, 20 November 2013

#EKSOTIKATA 2013 : Pesta puisi dan seni di Rumah Pena - 23 November



Minat puisi ? Beminat tak dengan akustik, jualan buku, zine dan pelbagai lagi perkara yang cool dan best dalam sehari ? Julung kali secara besar-besaran - pihak @PakatanParadoks, @sindiketsoljah, @SangFreudPress , @selutpress, @studioanaianai, & @projekrabak menganjurkan sebuah pesta puisi dan seni diberi nama EKSOTIKATA .

Melalui twitter rasmi EKSOTIKATA : @eksotikata  & blog rasmi - EKSOTIKATA :

EKSOTIKATA ini adalah sebuah penganjuran untuk meraikan puisi, ia bakal diadakan pada 23 nov ini di Perkarangan RUMAH PENA. Acara akan bermula jam 10.00 pagi hingga 11.00 malam dan melibatkan lebih kurang seramai 60 orang/kumpulan yang bakal membuat persembahan. Antara pengisiannya ialah PLORE ataupun marathon puisi, sessi jamming akustik, installation art/performance art. Pelancaran Buku  / bida buku dan seterusnya MASKARA edisi khas Eksotikata akan menghangatkan suasanan di malam hari.

Rumah Pena mana rumah pena ? Baik, ini map (peta ke rumah pena) yang diberi  - dari stesen monorel / hentian LRT Hang Tuah ke Rumah Pena:

( Klik gambar untuk lebih jelas )


Untuk menyokong dan memeriahkan lagi acara ini, penerbit-penerbit buku dan zine alternatif juga mengambil bahagian selaku peniaga dan begitu juga dengan gerai-gerai yang menjual makanan.


Jadi apanya ? PLORE atau marathon puisi tu bagaimana ? - Boleh rujuk gambar yang sangat awesome melalui : blog aloyparadoks


Untuk gambaran ringkas tentang acara penuh EKSOTIKATA, boleh lihat video yang dihasilkan saudara Razaisyam Rashid ni :


Kelainannya, ia adalah pengisiannya, persepakatan - dan ia adalah julung kali diadakan dan dirai besar-besaran . Apa lagi , apa lagi ? Kalau rasa taknak rugi , datang sendiri, saksikan dan alami ! Dan pada yang tidak bekesempatan pergi, jangan cuba menangis, belajarlah memujuk hati sendiri .


Jadual :

SEKIAN.

Rabu, 23 Oktober 2013

Awatnya kita susah nak terima takdir tuhan ?


Nak bersangka baik ni satu je kena mula dulu - PERCAYA pada kuasa tuhan dulu.

Kalau kita yakin tuhan buat bersebab - yang kita duk pertikai gak kenapa ?
Kalau kita yakin tuhan akan balas lagi baik - yang duk kalut tak sabaq pasaipa ?
Kalau kita yakin tuhan memang sengaja mahu kita sedaq - yang kita duk bantah lagi kenapa ?
Kalau kita yakin sesuatu dengan IZIN DIA , maka jadi - kenapa kita nak sibuk duk ungkit sana, mengamuk sini.

Yah, susah nak terima. REDHA - lima huruf saja, tapi nak rasa redha tu, nak betui betui terima semua qada' , qadar Tuhan - amatlah payah ibaratnya macam konon tak rasa apa, sabaq , tuhan ganti balik punya - nak tunggu sat ja mengamuk kemain, ni nak redha sepanjang usia ?

Memang tak . Ketegaq baq ang.

Hati kita ni memang Tuhan pegang, kalau hari ni kita sayang orang, esok lusa terus tak rasa apa. Boleh ja, sat ja Tuhan buat, no hal. Tapi kenapa tuhan duga kita satu satu, sebab nya dia nak dengaq suara kita ni pi doa, minta tolong dia. Dia nak kita ni sedaq sikit asai usui kita.Dia taknak tengok kita tinggi sangat, jatuh sakit susah .

Ya, dia nak dengaq. Dia sayang kita, dia rindu kita. Dia nak ajaq kita.

Tapi kita ada ego - ketegaq memang duk usah kata kat sapa-sapa.
Saya juga ada.

Tapi nak tanya lah sampai bila nak usung rasa TAK PERCAYA TUHAN yang tentukan sesuatu, duk membebel  lagi macamlah keadaan boleh jadi asai balik, padahai kadangkala memang salah kita.

CUKUPLAH. BERHENTI PERSOAL BALIK DEKAT SIAPA -SIAPA. Ni, yang duq baca ni selam diri dulu dan kaji . Sampai bila hang mau lagu ni ? NAK sedih, marah , kecewa, murung, pasaipa , habaq mai sini .Ada ubah apa-apa kah ? Takdaq, jadi bangkitlah. Duk sesendu seseorang, habis nanti masa muda persia begitu saja,rugi .

CUBALAH . BELAJAR terima kenyataan . Perlahan-lahan kayuh . Sama-sama ya ? Insyaallah boleh punya, sebelum boleh, memang tak boleh, tapi kalau cuba, insyaallah lebih dari boleh. Amin.


P/S : Kak Fynn, pinjam gambaq sat .


- Bukan oghang utara, belajaq ja kat sana dulu - sat ja pun . Maaf naa andai ada silap kata bicara mengguris rasa percaya .

Selasa, 08 Oktober 2013

Tips Ambil Gambar Kahwin (teknik untuk jurufoto perkahwinan / new wedding photographer)

 

Ini Cara atau Tips Ambil Gambar Kahwin / Teknik Mengambil Gambar Pengantin / Perkahwinan untuk Newbie yang Anem Arnamee boleh kongsikan sedikit. Jika sebelum ni, Anem pernah menulis tentang :

- Buat duit dengan Fotografi / Ambil gambar ( mahu jadikan professional photographer / jurugambar profesional sebagai kerjaya ) 

-Tips ambil gambar guna apapun (teknik ambil gambar guna Handphone, Kamera digital atau DSLR).

Jadi sekarang Anem menulis sedikit panduan atau cara mengambil gambar perkahwinan untuk rujukan, sila tambah atau tegur jika ada kesilapan mahupun penambahan, terima kasih :)

1 . Bersedia , sampai awal. Lihat persiapan pengantin, berkenalan dengan ahli keluarga pengantin. Capture dengan kreatif, sedang makeup, sedang bersiap atau sedang berbual, merenung, bercakap dalam telefon. Guna over expose pun boleh.

[ oleh : hitoMi Ng ]

2. Extra shot : Fokus secara manual atau guna mid-range aperture such as f/6.3 - f/8. Ambil gambar kasut, cincin, bunga, gelas, pakaian , atau apa saja yang berkaitan yang rasanya ia menceritakan sesuatu.



3. Setelah sampai ke masjid / dewan / rumah : Gunakan flash jika perlu . Jangan buang masa, ambil sahaja gambar keadaan manusia yang terlibat dalam majlis itu, props dan aksi pengantin atau pengapit. Jangan ambil dari dalam kereta atau jarak jauh. Ambil dalam keadaan yang paling unik. Dan bersedialah kerana waktu inilah keadaan dan moment serta aksi tak terjangka akan wujud.

[ oleh :  The Kliker ]

4. Ketika majlis :
Nikah : Ambil wajah ibubapa pengantin, reaksi pengantin sebelum dan selepas . Tok kadi dan pengapit. Sertarekaan  mas / mas kahwin  jika ada .



Sanding dan beradap : ambil gambar aturcara , ambil gambar di penyambut tetamu, ambil gambar laluan pengantin, ambil gambar menepung tawar , ambil gambar prop dan elemen yang menangkap.

5. Berakhirnya majlis .
Dari jauh, dari belakang, long -shot juga sesuai untuk shot 'akhir' begini.

[ oleh :  The Kliker ]

6. Pengantin .
Ini kena kreatif. Biar ada konsep . Sekarang ada pra-wed (vid atau gambar) juga. Gunakan teknik , mula-mula guna jarak paling jauh , diikuti separuh dan last sekali ambil close-up. Ambil dari pelbagai angle dan posisi.


Antara wedding concept / tema perkahwinan popular kini (post-wedding)  / trend :

- Trash The Dress ( TTD ) - Urban style , Comot, kotor
- Theme Fantasy Love / cinta fantasi ( contoh : - Di taman bunga .Ketika matahari terbit atau terbenam)
- Theme Romance Moments / Detik-Detik Romantik (Aksi romantis , comel-comel.  )
- Theme Casual (Santai) - Sekolah , imbas kenangan.
- Theme Casual/ Romantik (Aksi bermain dengan pelepah dan pokok.)
- Theme Casual /  Cute / Sweet : Aksi di sawah , atau berbasikal.
- Theme Picnic  (air terjun, pantai)
- Stylo Theme , Gothic theme, sport theme . (creative kan ? )
-  Di rumah / bangunan lama atau di mercu tanda popular
- Di tempat peranginan , atau perkelahan. (Casual / Romantic)
- Theme Classic (tradisional )

- tak taulah jika ada yang nak buat konsep perkahwinan yang thrill (seram kejam ) yang menjadi trend popular sekarang terutama di California.

7. Jangan lupa.
Ambil gambar berkumpulan hadirin serta detail , hidangan atau perhiasan yang ada disekeliling majlis. Ambil gambar orang-orang penting dalam majlis. Acara sampingan (jika ada , selalunya mengaji sebelum nikah, atau menyanyi menari selepas sanding ,atau ucapan, perlu diambil untuk memberi great moment atau nilai tambah dalam koleksi gambar perkahwinan mereka )

[ oleh :  Pretty Peektures ]


List perlu disenarai :
-Tahu lokasi
-nama pengantin
- bateri chargepenuh /spare
- Bersihkan camera sensor.
- Memory card kosong ?
- Aturcara majlis .
- Flash / lensa tambahan .  

Shot wajib ambil : Nikah  (doa , salam aqad , reaksi sebelum selepas pengantin dan keluarga, sujud syukur ) ,Sanding ( duduk berdua , tepung tawar, doa, senyum , saling berpandangan , berjalan sama , potong kek  , acara tambahan dan orang penting yang terlibat )

Sekian, jika ada tambahan atau kesilapan, sila tegur ya ? Mahu bertanya boleh terus ke facebook Anem Arnamee :) 

[ UPDATE : semua gambar di atas telah mendapat persetujuan penyiaran oleh pihak berkenaaan, terima kasih ]