Senin, 24 Oktober 2016

Kawan Baik Sejak Tadika


Saya menulis entri ini dengan rasa rindu yang dalam pada beliau ini. Seorang yang mempunyai senyuman manis, suara merdu dan gelak yang manja. Belum lagi perangai gila-gila yang masuk dengan saya. Persamaan jelas antara kami selain daripada sama-sama bertubuh kecil, adalah kalau orang tak tahu mesti ingat kami ini pendiam. Tapi sebenarnya kami sama-sama kecoh.

Perjalanan persahabatan kami sama seperti kebanyakan yang lain. Ada suka dan duka. Ada gelak dan tangis. Ada jarak jauh dan dekat. Kami mula kenal pada usia kami 6 tahun. Sama-sama kecil comel loteh dulu (sampai sekarang masih comel). Kemudian terbawa ke sekolah rendah, sehinggalah di awal sekolah menengah. Kami rapat sehinggakan masing-masing kenal dan pernah bertemu keluarga masing-masing. Dia yang kerap menghadiri majlis harijadi saya (kebetulan rumah kami pun tidak jauh). Malahan dia juga pernah bermalam di rumah saya. Dia sememangnya menceriakan zaman kanak-kanak saya.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ

"Tidak sempurna iman salah seorang dari kalian sampai dia mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya sendiri."
Sebelum perpisahan mendewasakan pada sekolah menengah, saya mula merasakan kesedihan yang jarang saya rasakan semasa kecil iaitu ketika saya (waktu itu ada peperiksaan langkau kelas; PTS), syukurnya (alhamdulillah) saya berjaya melepasinya dan layak melompat dari darjah tiga ke lima. Ketika itu di sekolah rendah agama Jeram Batu 20;

  “Betulkan ustaz dia kena pergi? Boleh tak kalau dia tak pergi?” Ya, soalan sahabat saya yang baru memasuki darjah empat itu mengoyakkan hati saya. Sehingga saya terlupa saya perlu gembira kerana kejayaan dalam peperiksaan itu. Saya bukan pergi sekolah lain pun, cuma perlu menukar darjah. Waku itu Tuhan sahaja tahu rasa takut tidak dapat tangkap atau mengikuti kelas baharu kerana tertinggal satu darjah (bagi saya) atau sedih teramat kerana berjauhan dari sahabat baik yang amat saya sayangi. Namun kami masih seronok kerana masih dapat melihat wajah. Malahan adakalanya kami melambai-lambai satu sama lain dari kejauhan. Manis bukan? Hehe. Ya saya tahu itu.

Hari berganti hari. Akhirnya saya perlu pergi ke sekolah menengah. Hati sedih juga perlu meninggalkan sekolah awal. Tidak terlihat lagi sahabat saya di mata nanti. Saya akan jadi senior! Namun walaupun ditakdirkan kami tidak bersekolah menengah yang sama, malah dia nun jauh di Kuala Selangor, kami masih kekal berhubung dan saling menyinggah rumah. Hari raya kadangkala jumpa juga. Dan waktu itu ada juga saling berhubung menggunakan telefon rumah. Kiranya ada sahaja cerita kami dan ia tidakkan habis. Percaya masih kekal di hati.


Tahu tak apa paling seronok? Kami saling berbalas surat ketika saya ditakdirkan berpindah ke Rawang, kemudian ke Selayang; bersama keluarga (emak dan adik) mengikut abah yang bertukar tempat kerja. Dia menjadi sahabat pena yang sangat setia. Dia mengirimkan gambar, kata-kata dan perkembangan. Setiap kali surat beliau sampai, saya sangat teruja! Ya, saya masih menyimpan surat-surat perempuan manis ini.

Kemudian adalah kami berjumpa di Kuala Lumpur dan hal-hal besangkutan lain (ada juga temuduga terbuka kami pergi bersama-sama), dan saya tak akan lupa betapa waktu itu kami masing-masing sudah dewasa. Saling berpunya namun belum berpelaminan. Sahabat saya sudah besar! Siapa sangka cepat benar masa berlalu. Zaman kecil nakal saling kejar, kini saling malu-malu alah cerita tentang pasangan di sisi.

"Friendship is the hardest thing in the world to explain. It's not something you learn in school. But if you haven't learned the meaning of friendship, you really haven't learned anything."

― Muhammad Ali

Masa berlalu, dipendekkan cerita, saya dan emak menghadiri majlis perkahwinannya. Melihat sahabat saya melangkah ke alam perkahwinan adalah satu kebahagiaan yang tidak terperi. Lama kemudian mendengar dia bakal melahirkan, Tuhan sahaja tahu rasa syukur saya.

Kemudian ada juga kami datang ke rumahnya (di kampung kami). Kemudian abah saya meninggal dunia, dua tahun kemudian abah beliau pula). Keduanya pergi tanpa sakit serius, dan tiba-tiba. Kami saling berkongsi duka dan kekuatan.

Untuk Roszana Binti Kasim yang saya sayang; jika awak baca ini saya nak awak tahu, saya rindu saat kita naik basikal waktu kecil pergi beraya sama-sama. Saat kita berbual deep deep waktu malam dekat KL dulu dan saat kita saling berutus surat macam baru berkenalan; saya sayang awak sangat sahabat. Terima kasih kerana menjadi sahabat baik yang selalu bertahan dan mendoakan. Maaf jika saya ada kurang di mana-mana. Semoga awak terus bahagia di samping keluarga tersayang. Kuatlah seperti selalunya, manislah seperti apa adanya.

Yang selalu sayang awak — Anem.



p/s: Semasa sekolah dulu, dia ada tukar-tukar nama, saya pun dah tak berapa ingat (Izah dia, Isya saya macam tu rasanya). Malahan kami juga berkongsi sahabat pena yang sama. Tapi sebelum ada nama comel begitu, masa darjah dua kami ada kawan yang sangat comel, Ira (tak silap nama dia), pergi dahulu meninggalkan kami buat selamanya. Sejak itulah saya semakin sayang dekat Roszana; Ros atau Nana saya panggil ini. Sekali sahabat, sampai bila-bila sahabat! Insya-Allah.

Ada jodoh, kita jumpa nanti tau! Insya-Allah.

Minggu, 23 Oktober 2016

Tentang Qada' Solat, Menjaga Hati, Ikhlas & Ukhwahfillah


Ini adalah koleksi nota daripada beberapa rancangan agama yang disiarkan di televisyen sepanjang September 2016. Jadi saya kongsikan di sini, jika ada penambahan atau pembetulan, boleh komen. Namun sangat disarankan untuk merujuk pada ustaz, ustazah serta mereka yang lebih pakar untuk penerangan penuh. Harap maklum. Terima kasih.
  • Rahsia nak sihat kena selalu bersedekah.
Klinik hijrah:
  • Dosa besar sengaja niat nak qada solat. Tak boleh sengaja tinggal.
  • Solat ganti dengan ulang solat beza, sebab solat ganti luar waktu. Solat ulang kalau dah jemaah datang lain tercari-cari, solatlah balik sebagai sedekah. Atau dah solat tempat kamu solat lagi jemaah tempat orang. Hormat. Begitu.
  • Solat bagi si mati tak dapat ganti. Tapi doa dan sedekah anak soleh itu kita harap sampailah ke yang dah tak dak tu.
  • "Niat orang mukmin lebih baik daripada amalannya." -- Bukan maksud niat saja dalam amalan dah cukup. Ayat ini untuk orang yang bertaubat tapi tak mampu ganti balik banyak ibadah yang tertinggal. Cuma nak tunjuk Allah Maha Pengampun. Banyaknya dosa kita Dia tak peduli, sebab kita dah bertaubat.
  • Nak beritahulah Allah itu Maha Pengampun. Kemaafan Dia tak macam kita. Jadilah jaga perintah Allah. Allah akan jaga kita. Insya-Allah. Moga terus. 💪
Tafsiran mimpi:
  • Mimpi basah / takut kebanyakan daripada syaitan..
  • Jadilah jemaah terbaik.
Tanyalah Ustaz.

Memberi itu sifat Allah. Berilah. Wa ma yanfa'u. Siapa yang memberi ada ganjarannya.

Labbaikallah.
  • Mintalah dekat Allah. Positif dengan doa pada Allah. Yakin Dia nak bagi. Dia sangat baik, tak kisahlah kita bagaimana Dia akan tetap baik.
  • Syaitan saja yang bisikkan pada kita yang kita ini kotor dan hina. Kita takdak harga. Tapi Tuhan tetap sayang dan tunggu kita datang, doa pada Dia.
  • Jadi, kembalilah, mendekat denganNya.
  • Jangan rasa hina nak minta pada Allah.
  • Hari Arafah, hari yang Tuhan tunggu kita mai dekat dia.
  • Kalau terasa beritahu terus.
  • Siraturrahim ni ikut budaya.
  • Kalau jauh bukan putus hubungan.
Qarin.
  • Rasa nak buat tak elok baca auzubillahi minzalik. Jadi amalan, boleh baru jadi ubat.
  • Qarin tak kacau suami dengan isteri.
  • Mulut mohon pertolongan.
Tanyalah Ustaz (Ustaz Izhar)
  • Ikhlas yang ikhlas
  • Nafsu suka buat kita rasa tidak ikhlas. Kalau kita berjaya lawan, kita power. Kita ikhlas kita dapat ganjaran.
  • Taqwa itu takut buat Allah marah.
  • Orang yang infak apa dia sayang tu syurga tempat dia.
  • Orang dulu buat ibadah kerana Allah. Mana ada tunjuk. Tunjuk akan kurangkan ikhlas.
  • Amalan mudah ke syurga, zikir.
  • Buat kerana Tuhan bukan insan. Bukan sebab nak balasan.
  • Kita hanya hamba.
  • Apa dosa saya?
  • Rasa tak berdosa itu juga satu dosa.
Tanyalah Ustaz (7/9)
  • Jangan riak. Banyakan istighfar. Buat sesuatu itu ikhlas.
Tanyalah Ustaz (Ustaz Elyas)
  • Jadilah manusia bermata lebah bukan bermata lalat.
  • Jiwa. Percakapan. Perbuatan. Orang membaca terkawal.
  • Cerita dari Quran. - Supaya berfikir - Motivasi.
Tips berubah 5 H:
- Hati kena kuat. Istiqamah. Berdoa.
- Hampiri orang positif. Majlis ilmu.
- Hindari majlis mengumpat sedunia.
- Hajat
- Hijrah

Quran:
  • Baca
  • Hafal
  • Faham
  • Amal
  • Sampaikan
Alkuliyyah. (23 september)
  • Kita asyik nak take ja. Jadilah give. Pemberi.
  • Orang mula menyintai dalam persaudaraan yang lebih mulia.
  • Jumpa beri salam dulu. Ganjaran lebih.
  • Nak dikasihi kena mengasihi dulu.
  • 7 golongan salah satu dapat naungan Allah. Tidak ada naungan lain melainkan satu naugan itu. Dua orang yang menyintai, berkumpul dan berpisah kerana Allah.
  • Fillah. Buat kerana nafsu membawa kebinasaan.
  • Aku tak akan melakukan maksiat dengan kau. Jangan simpan. Apa sahaja hajat beritahu.
  • Kekerasan adalah sifat keji. Keji duk nya dalam neraka.
Kesimpulan.
- Berusaha sampai macam jadi adik-beradik.
- Kita jaga dia dengan harap redha Allah. Orang beri lebih dahsyat pahalanya.
- Ganjarannya banyak.
  • Kena koreksi kalau ada benda tak kena. Biar Allah redha.
Tanyalah Ustaz.
  • Ibadah buat sempurna baru mencegah daripada mungkar.
Klinik Dhijrah (27/9)
  • Kuatkan hati kita daripada segi psikologi. Jangan mudah terasa tak semua teguran umum unuk kita.
  • Banyakkan mengkaji surah hujurat. Komunikasi.
- Elak sindir. Mungkin yang kamu sindir orangnya lebih baik.
- Jangan cakap keaiban orang dan cakap lebih baik diri sendiri.
- Jangan beri gelaran. Seburuk gelaran selepas keimanan gelaran yang fasik.

"Bukan salah kita jika orang lain terasa dengan apa kita cakap kalau bukan tuju ke dia. Tapi seeloknya cakaplah yang baik-baik. Kongsi benda baik-baik. Jauhi perli dan menyindir. Mungkin saja yang kita sindir itu lebih baik orangnya daripada kita. Berilah ayat dalam kaedah yang lebih baik. Jangan calarkan ketenangan orang lain." - Ustaz #KlinikDhijrah
  • Cepat saja jawab manusia punya panggilan. :(
  • Tulis sesuatu melibatkan benda baik berbanding benda tak okay.
  • Gelak sikit menangis banyak.
  • Jangan habiskan masa untuk sakitkan hati orang. Nanti mewariskan kebencian. Tak baik calarkan ketenangan orang lain. Nanti hati kita keras.
  • Gurauan harus ada.
Kata-kata kita sama ada boleh membangun atau meruntuh. Tak rugi pun pilih jalan yang baik.
"Edit orang tu tak cakap tapi edit macam orang tu cakap. Benda tu taqqawul (memperkata sesuatu yang bukan datang daripada kami). Sangat tidak bermoral. Walaupun apa tujuan. Berbalik pada hadis kata benar bawa kebajikan ke syurga. Kata penipuan bawa pada kerosakan hati. Masuk neraka. Walaupun niat baik. Cara tidak akan sampai. Kesannya besar." -Ustaz.
  • Hati-hati. Jangan cepat tafsir apa orang kata. Guna ilmu.
  • Jangan sampai kecanggihan teknologi mematikan budi.
  • Sewajarnya lebih canggih, akhlak lebih terpuji.
Tanyalah Ustaz (29/9)
  • Allah jamin beri barakah di dunia bukan saja ganjaran di akhirat. Dan lebih baik.
Al-Hidayah

Kisah Al-Quran yang diangkat kerana:
- Untuk kenal Allah
- Sebagai petunjuk jalan lurus
- Sebagai rujukan jika kita juga diuji

Baik fitnah bagi kita.
- Kenal orang bermuka-muka.
- Kita akan dapat nasihat.
  • Kena berbaik sangka dulu. Terutama tentang kawan kita. Selidik dahulu. Tak penting biar saja.
  • Biar tersalah tak menghukum daripada salah menghukum. Elak saham dosa.
Tanyalah Ustaz

- Bukan hak anak nak marah mak ayah walaupun dia buat dosa. Dosa dia bukan tanggungjawab kita.
- Taat selagi dia tak suruh kita buat mungkar.
- Anak tunjukkan contoh yang baik
- Tolak-ansur

Sekian, moga yang dikongsi ini bermanfaat, insya-Allah. Jika ada kekurangan boleh merujuk pada yang lebih berpengetahuan.

Maaf dan terima kasih.

Lirik lagu Redha - Irfan Haris ciptaan Ippo Hafiz



Tertarik dengan liriknya ketika mendengar lagu ini di youtube, namun waktu itu belum lagi mengetahui lagu ini menjadi OST mana-mana siri drama TV. Apapun liriknya bagus, ciptaan sepenuhnya oleh Ippo Hafiz, penyampaian Irfan Haris dalam lagu ini juga boleh dikatakan baik. Buat yang sudah atau yang belum mendengar; selamat mendengar! :)


Lirik Lagu Redha – Irfan Haris OST Drama Suri Hati Mr Pilot




Tuhan tolonglah bukakan
Cinta dan kasih dalam hidupku
Waktukan menyepi
Kian pergi membawaku
Saat ternantiku akan rahmat-Mu

Kuimbasi jalan yang berliku
Penuh gelap bisa dan harusku takutkan
Merantai jiwaku
Berat hatiku menanggung
Usah biar hidupku tuk hanyut lagi

Tanpa redha-Mu aku sakit
Menahan rasa pedihnya berdosa
Berikan sinar dalam hatiku
Saat bila Engkau terima ampunanku
Terangi dengan cahaya hikmah-Mu

Tanpa redha-Mu aku sakit
Menahan rasa pedihnya berdosa
Berikan sinar dalam hatiku
Saat bila Engkau terima ampunanku

Tanpa redha-Mu aku sakit
Menahan rasa pedihnya berdosa
Berikan sinar dalam hatiku
Saat bila Engkau terima ampunanku

Terangi dengan cahaya hikmah-Mu
Terangi dengan cahaya hikmah-Mu

*****
Lagu/Lirik - IPPO HAFIZ
Penerbit - IPPO HAFIZ & RUDY NASTIA
Edaran - INDIGITAL MUSIC SDN BHD

*****

BIODATA IRFAN HARIS BIN OTHMAN



NAMA PENUH: IRFAN HARIS BIN OTHMAN
TARIKH LAHIR: 29 NOVEMBER 2001
INSTAGRAM: @irfannharis  TWITTER: @irfanharis__


*Pernah memasuki idola kecil 4 (2011) dan Ceria Pop Star (2016) dan juga adik kepada penyanyi, pengacara dan pelakon; Amira Othman.



- Sumber: Lirik


Sabtu, 08 Oktober 2016

Tentang Cinta Kerana Allah, Iddah, Dakwah, Aurat & Quran

Ini adalah koleksi nota daripada beberapa rancangan agama yang disiarkan di televisyen sepanjang Ogos 2016. Jadi saya kongsikan di sini, jika ada penambahan atau pembetulan, boleh komen. Namun sangat disarankan untuk merujuk pada ustaz, ustazah serta mereka yang lebih pakar untuk penerangan penuh. Harap maklum. Terima kasih.


HUTANG

Hutang akan sangkut kalau mati syahid pun.

Hutang sengaja tak bayar:
- Zalim
- Dosa tak diampunkan
- putus hubungan
  • Meminjam kena ada niat nak bayar. Sikit-sikit pun tak apa. Yang penting jangan zalim tak tunaikan hak orang.
  • Yang meminjamkan wang jangan pula ambil kesempatan. Begitu.
CINTA DALAM REDHA ILAHI
  • Malu sebahagian daripada cabang iman.
  • Ujian ini kepahitan di dunia tapi kemanisan di akhirat.
  • Hormat menghormati. Itu membentuk malu.
  • Keinginan manusiawi dikasihi.
  • Bergaduh jangan angkat suara atau mengungkit. Jangan mencela kaum keluarga.
  • Jangan leka.
  • Jaga aurat.
  • Bergurau boleh jangan menghina.
  • Berniaga kena jujur.
  • Jangan dayus. Suami yang membiar isteri buka aurat.
  • Sabarlah dulu.
  • Hormat mertua.
  • Sunat warna kuku dan rambut.
  • Makruh warnakan rambut tua dengan warna hitam.
  • Isteri harus warnakan rambut untuk suami dia. Wajib bila suami suruh.
  • Jangan makeup sangat nanti mungkin terlindung cantik oleh syaitan di depan suami.
  • Cantik ori cantik di hati.
CARA DOA
  • Puji Allah
  • Selawat
  • Doakan kita
  • Selawat
  • Puji Allah
  • Doa tidak memaksa Allah
  • Jangan paksa Tuhan. Minta dengan pengharapan. Tenang.
  • "Aku tahu saat itu Allah pilih kehendak itu."
  • Allah Maha Bijaksana dalam ketentuan.
  • Sebagai peringatan.
  • Allah nak tunjuk cara kita memperbaiki diri kita.
  • Selalu doa Nabi pendek ja.
  • Doa dijawab misalnya dia doa selamat. Allah selamatkan daripada bencana.
  • Minta doa dibolehkan. Dengan syarat orang soleh. Jangan harap doa orang saja. Jangan sampai orang tu timbul ujub tu sebab doa dia.
  • Jangan rasa putus asa dengan Allah.
  • Betul-betul meminta dengan Allah.
  • Doa supaya kita tak takbur dengan tak nak berdoa dah.
PSIKOLOGI
  • Jangan biar budak-budak sukahati baling barang bila marah. Elakkan mereka terbiasa.
  • Ubah persepsi berkaitan psikologi.
SEDEKAH
  • Sedekah bukan tentang berapa banyak jumlah. Tapi berapa yang kita bagi daripada jumlah kita ada.
  • Uruskan harta dengan baik.
AL-KULLIYYAH (VISIT MY IG)
  • Ahli sunal jamaah signnya sebut nama nabi dia selawat.
  • Muruah depa panggil kita panggil maruah.
  • Maqasid tujuan.
  • Al-Quran akan jadi syafaat kita. Bukan IG.
DAKWAH
  • Umat Nabi Muhammad berdakwah.
  • Banyak pintu untuk masuk syurga.
  • Dakwah untuk perbaiki diri.
  • Dakwah adalah sunnah. Dapat syafaat.
  • Kita berdakwah bukan untuk ubah orang, tapi untuk gembirakan Tuhan.
  • Buat sebab manusia akan cepat putus asa.
  • Banyak hubungan untuk memulakan perhubungan.
  • Cara paling baik adalah berkasih sayang; salam.
  • "Saya tumpang pahala apabila tuan-puan buat apa saya pesan."
  • "Dakwah dengan rempit; dah lama tak solat dan bekas menagih jadi hafiz."
  • Kita bukan nak ubah tapi itu kemanisan dakwah.
  • Jatuh cinta dengan akhlak Rasulullah.
  • Mungkin mereka tak beriman sekarang, akan datang mungkin anak cucu mereka yang beriman.
  • Keikhlasan dan kehebatan Rasul.
  • Ibarat pohon. Dibaling batu, dia keluar buah yang harum.
  • Berdakwah dengan perkataan yang baik.
  • Dapat syurga dekat dengan Rasul.
  • Dakwah melalui media massa. Lihat dengar dan rasa.
  • Saham dapat kalau berdakwah.
  • Anak (Ibnu Abbas) bermain boleh jadi dakwah.
  • Orang fakir dan miskin jatuh cinta sebab zakat. Zaman Umar abdul aziz.
  • Mampu berdakwah mana yang mampu.
  • Real dakwah berdakwah pada yang bukan islam.
  • Sebagai pendakwah mesti kita ada sifat benar. Sampaikan kisah benar. Jujur (amanah = bertanggungjawab).
  • Dakwah Nabi rahmat.
  • Buat dakwah sekadar kita mampu.
ANAK
  • Anak ini amanah
  • Biar kita jadi bekas orang jahat tapi kita jadi baik. Bukan kita bekas orang baik yang jadi jahat.
  • Kalau perlu cakap. Kalau tak rahsiakan.
  • Bawa kita ke syurga. Bawa kita ke neraka.
  • Kita hormat ibu selagi dia tak buat yang langgar syariah.
  • "Ibu saya ibu yang baik."
  • Kita tak tahu apa yang berlaku esok apa dia.
  • Yang penting sembahyang tu. Kalau buat tak okay boleh jadi solat tu tidak sempurna.
  • Hargai umur dan ruang.
  • Watak kita dengan mak ayah kita gambaran watak anak-anak kita.
  • Hak anak yang wajib dipenuhi ibubapa:
- Sediakan ibu yang baik.
- Beri nama yang baik.
- Didikan yang baik. Kenal Allah dan Rasul.
- Ajar dia hormat ibubapa
- Beri didikan Al-Quran.
- Beri masa.
  • Banyak muhasabah kalau anak degil.
  • Dah besarkan?
  • Serah pada Allah.
  • Lakonan terbaik adalah menjadi hamba-Nya.
  • Jadi tanggungjawab kita jadilah anak yang baik. Kesusahan tak terbalas. Apa yang dibuat urusan dengan Allah.
  • Setiap perbuatan kita ada balasannya.
  • Istighfar banyak-banyak.
  • Kesilapan dia kesilapan dia. Kena maafkan.
  • Sebagai ujian untuk angkat darjat.
IDAH
  • Idah itu ibadah buat dapat pahala. Bukan adat.
  • Tak boleh tonjolkan diri. Boleh keluar atau merantau atau beli barang keperluan.
  • Ke kubur suami takdak masalah. Boleh solatkan untuk suami. Penghormatan. Jangan meratap.
  • Islam kata tak boleh berhias. Bukan kena pakai baju hitam. Elak menonjol.
  • Berhias untuk orang. Untuk diri tu kebersihan uruskan diri.
  • Idah mati kelahiran anak atau 4 bulan 10 hari. *mati
  • Idah hidup kalau haid tak konsisten. Merujuk kembali kepada yang biasa bagi wanita.
  • Tempat paling sesuai idah rumah sendiri dengan suaminya.
  • Dilarang bernikah dalam idah.
  • Idah ni ibadah. Clearkan nafkah anak-anak. Balik kepada atok atau pakciknya.
  • Kena siapkan diri untuk kehidupan seterusnya. Nostalgia memang ada memori. Tapi kena betulkan balik dan islam beri ruang untuk hidup dalam keadaan bahagia.
  • Idah ni perlindungan.
TAJWID
  • Tajwid perhati huruf tebal dan huruf nipis. Serta huruf lantunan.
  • Jaga betul-betul bacaan.
  • Tajwid adalah ilmu khas untuk baca Al Quran sahaja.
  • Azan itu zikir. Seruan. Jadi tak wajib tajwid.
  • Baca Al-Quran banyak-banyak dan berdamping dengan Al-Quran, masa kiamat dia datang dan beri syafaat. Rakan karib.
  • Penuhilah hidup dengan bacaan Al-Quran. Dan mencari redha Allah.
JODOH

"Orang yang bercerai selalu dipandang rendah masyarakat. Sedangkan pada zaman Nabi, zaman dahulu perkara itu sudah ada. Banyak. Dan diterima ramai sebagai tiada jodoh." - Ustaz.
  • Hak perempuan dijaga.
  • Dah cerai hubungan kasih sayang suami isteri tu dah tak ada. Tapi sebelum cerai fikirlah. Fikir hak jika mahu kahwin lain.
  • Doakan agar anak dan ibu cekal.
  • Kita tak mampu beri hidayah pada orang.
  • Jangan perangai jahilliyah. Jangan jadikan tempat pemuas nafsu.
DOA
  • Cari roh benda baik.
  • Jangan doa laknat dekat orang. Nabi tak begitu. Nabi berdoa kebaikan untuk orang yang buat dia.
  • Doakan hidayah untuk orang kafir.
  • Doa itu maksudnya mengharapkan.
  • Orang yang betul berdoa, dia khusyuk.
  • Doa dan mintalah selalu agar kita tidak menzalimi diri kita sendiri.
  • Doa makbul seorang ibu. Tapi kita tak mengharap.
  • Di antara tempat mustajab waktu sahur atau sepertiga malam. Antara maghrib dan isyak. Asar hari jumaat. Lepas asar khamis. Duduk antara khatib. Antara dia khutbah. Doa makbul insya-Allah.
Ustaz dalam #TanyalahUstaz ni cakap kalau kita nak sesuatu kita cakap "dapat dapatlah, tak pun tak apa," memang susah nak dapat. Sebab kita tak penuh mengharap ke Allah.
- Jadi buat apapun biar bersungguh. Dengan hati.

AURAT
  • Negara majmuk. Maka ikut mazhab Syafie, perempuan islam dengan bukan pakai sesuai tahap kerja.
  • Aurat lelaki bersukan. Yang kuat disukai. Tapi jangan ketat.
  • Jangan terangkan (cerita) aurat walaupun tak tunjuk gambar. Haram.
  • Banyak ruang dakwah yang kena jaga. Jangan kongsi saham tak best (photographer misalnya.)
  • Pre wedding boleh. Tapi kita ambil gambar jadi pendakwah. Jagakan aurat dan hubungan.
  • Ambil peluang berdakwah.
  • Aurat melibatkan keaiban yang perlu ditutup. Suara wanita bukan aurat. Tetapi suara wanita tak boleh sengaja dilenggokkan. Itu menjadikan haram. Sebab menarik orang.
  • Solat tutup aurat. Bukan wajib pakai telekong.
  • Solat bukan boleh ganti ganti gitu.
  • Yang designer boleh buat baju seksi sebab kita tak tau orang tu pakai untuk apa. Kita tak salah. Bagi pandangan bolehlah.
  • Slimming suit ketat haram pakai depan bukan mahram. Kena asing.
  • Spa. Jaga aurat wanita dengan wanita. Tidak halang. Beza dengan sakit. Sakit darurat.
  • Darurat mengharuskan yang haram. Ditemani mahram. Diambik sekadar perlu.
QURAN
  • Kalau tak perlu, tak perlu catat ayat Al-Quran. Dalam kad kahwin misalnya. Kalau ada kerat. Bakar. letak terjemahan ja.
  • Orang lain hina kita kena tegur.
  • Sensitiviti lahir daripada keimanan. Lahir daripada kebiasaan.
  • Larangan ayat Quran sebagai nada dering. Jangan dibuat.
  • Azan pun. Elak. Banyak cara lain kita jaga agama..
  • Quran itu dibaca. Dituntut.
  • Kurang adab baca Al-Quran baring lagi bagus daripada tak mengaji.
  • Kurang adab, kurang pahala.
  • Baca Al-Quran dalam solat paling tinggi pahala.
  • Baca Al-Quran boleh terjemah jika tak berwuduk.
  • Kalau tak suci dengar bacaannya.
  • Pasangan tak solat. Doa dan beri cara. Biar dia dengan ustaz yang boleh in dengan dia.
  • Orang alim pun ada masa silam. Orang berdosa ada masa depan.
  • Jangan malu atau takut untuk buat baik. Tapi malu dan takutlah pada Allah sebelum dimalukan di depan semua makhluk (di mahsyar kelak).
HAK

  • Adab bersosial taaruf, tafahum, takaful.
  • Jaga ikhtilat. Ada batas.
  • Suami isteri cakap terus.

3 perkara syarat hak bebas suara:
- Jika ia menggugat keadilan dan mendatangkan kezaliman
- Tujuannya menolak kejahatan
- Menghormati hak individu lain
- Menjaga elemen daripada masyarakat hancur

  • Bukan menjatuhkan. Untuk hati-hati.
  • Nampak tu ubah. Tegur. Dengan hati selemah lemah iman.
  • Jangan tegur dahsyat nanti memantul.
  • Biar dapat redha Allah.
  • Perbincangan ulama nak tunjuk ilmu Allah itu luas.
  • Faham kepakaran.
  • Ada bangsa jin pindah randah.
  • Manusia sebaik kejadian.
  • Orang hilang jangan buat andaian.

KEMATIAN
  1. Ziarah kematian, balik mandi. Tengok cerita menakutkan, elak sebab takut terlibat dengan penyakit ain.
  2. Air panas bawah sejuk. Mungkin santau.
  3. Bismillahi Allahuakbar 3 kali.
  4. Jangan makan di kedai selalu makan.
  5. Berwuduk jadi benteng.
  6. Jangan menipu dalam ibadah. Buat bukan kerana manusia.
  7. Dunia dan akhirat kita cari yang betul-betul.
URUSAN
  • Apabila kita rasa mudah saja urusan kita hari itu, mungkin sebelum ini kita pernah mudahkan urusan orang. 😊
  • Moga Tuhan selamatkan kita daripada perkara-perkara buruk.
  • Bakhil ni rugi.
Peraturan mengawal kita (ikhtilat).
  • Jumpa di khalayak dan tak datang kecurigaan dibenarkan. Kalau boleh ada teman. Mahram.
  • Jaga batas dan elak curiga dan tertutup dan elak syubhah.
  • Moga kita ada kekuatan.
SOLAT
  • Hadis pukul kalau tak solat Nabi selalu relevan.
  • Usia kena manja masa kecil. Manjakan cara budak.
  • Bukan manjakan.
  • Bagi anak rasa tanggungjawab pada agama dan keluaga dia.
  • Silap manusiawi yang dilakukan para nabi dan para rasul adalah pengajaran pada umat bukan keaiban atau celaan.
TUNANG

  • Tunang tempoh pertunangan. Syaitan selalu ganggu waktu ni.
  • Syaitan buat kita jadi berangan.
  • Agama nombor satu dalam pasangan.
  • Jangan guna nama Tuhan nak berduaan.
  • Syaitan bagi mukadimah ja.
  • Jadilah ayah dan ibu selamanya. Bukan sebab lepas dia sekolah agama lepas. Kahwin pun. Kalau salah tetap kena tegur.
  • Hubungan yang bagus bahagia dan membahagiakan. Bukan bahagiaku deritamu.😅

Cara membahagiakan:
- Beri kasih sayang. Cara Nabi. Panggil manja.
- Pasangan umpama pakaian. TUTUP aurat (aib). Lindungi diri daripada panas dan sejuk (jaga hati). Pakaian lambang kebanggaan.

Yakinkan kalau nak nikah muda:
-Bantu ibu ayah buat kerja rumah.
-Mampu seimbangkan pelajaran dan tanggungjawabnya.
-Beritahu perancangan.

  • Jodoh, ajal dan rezeki adalah hal-hal misteri.
  • Jaga akhlak kita di alam maya pun.
  • Dosa itu adalah sesuatu yang meresahkan jiwa.
  • Agak-agak sikit dalam media sosial.
  • Ada baiknya kahwin muda atau kemudian. Dahulukan agama dan mak ayah. Ada berkahnya.

LABAIKALLAH.
  • Di Mekah Saf rapat.
  • "Berlabaik-labaik dulu, berhaji-haji kemudian. Biar kita nak berubah di sini baru di sana. Itu lebih baik."
  • Labaik tu "baki". Sedih. Tu tengok kaabah kita rasa emosi. Tak dapat pergi, tengok kaabah tu.
  • Orang tak sedia pun rindu. Ini pula yang betul bersedia.
  • "Dengan Allah Taala, hang cakap bahasa apa pun tak apa. Hang minta dan doalah apa saja dekat Dia."
  • "Allah. Kita ni bukan tak tau kita hina macam mana, tapi Allah sudi pilih doa kita untuk dimakbulkan." - Ustaz Don
TAJWID
Benda tu jadi wajib jika buat wajib. Contoh al-quran kena belajar tajwid. Belajar tak wajib. Baca Quran fardu ain. Jadi wajib sebab nak baca Quran.

Wuduk sunat. Tapi solat fardu. Nak solat jadi wajib wuduk.

Rumi boleh dibaca untuk faham tapi kadang tak sama sebenar. Tajwid tartil tertib, tebal atau tak. Wakaf. Panjangnya. Sebutannya.

HATI BERSIH
  • Ikut Nabi
  • Tawakal
  • Baik Sangka
  • Percaya qada qadar

Sekian, moga yang dikongsi ini bermanfaat, insya-Allah.
Terima kasih.

Cara Hantar Cerpen ke Majalah Tunas Cipta


Sebagai seorang yang suka menulis, kadangkala kita rasa mahu juga (pastinya seronok) karya kita disiar dan dibaca oleh orang lain, serta dikritik untuk penambahbaikan. Malahan membaca kebanyakan yang berpengalaman katanya; elok sebagai permulaan menulis cerpen atau puisi dan hantar ke Majalah Tunas Cipta kerana kerana majalah ini khusus menerima karya penulis generasi baru.

Sebelum itu, jika mahu hantar cerpen atau sebarang karya ke Berita Harian boleh rujuk: https://birungu.wordpress.com.

Syarat menulis dengan Tunas Cipta:

CERPEN

1. Umur: kurang daripada 35 tahun

2. Kisah selain daripada cinta melankolia (boleh cerita cinta, tapi biar membawa kepada pemikiran atau idea yang ilmiah dan bijak).

3. Halaman: Tidak melebihi 10 muka surat (Times New Roman, saiz 12, langkau 1.5 / 2).

PUISI

- Jenis tulisan; Times New Roman, saiz 12, langkau 1.5 / 2
- Tema bebas tapi biar berpada-pada

Setiap kali menghantar karya, sila sertakan juga biodata ringkas seperti nama penuh, nama pena, alamat lengkap, nombor kad pengenalan, nombor telefon, e-mail dan nombor akaun bank bagi urusan pembayaran mengikut media percetakan (apabila karya anda tersiar, sedikit honorarium atau saguhati yang berupa wang ringgit akan diberikan sama ada dalam bentuk cek atau bank-in ke akaun bank anda, selalunya akan ambil masa 3 bulan dari tarikh siar dan akan diberi surat pengesahan selepas itu).

Hantar ke emel: hanum@dbp.gov.my (editor terkini: Puan Zaharahanum bt Kamarudin). Subjek pada emel tuliskan cerpen atau puisi berserta tajuk. Kemudian tuliskan kata-kata aluan dan pengenalan diri yang baik dalam emel tersebut. Jika ada surat iringan itu lebih baik.

*Karya kita akan dinilai terlebih dahulu. Sabarlah menanti jawapan. Namun jika sehingga tiga bulan masih tiada jawapan, maksudnya belum lagi berjaya. Namun selalunya walaupun gagal tetap akan dijawab balas.


NOTA

Ikut daripada komen dia bagi pada cerpen saya yang tersiar (Puisi Dari Korea - Tunas Cipta edisi Mei 2016), pihak editor tidak mahu dialog atau pengajaran unsur yang negatif. Dan jika dialog tidak ada relevan dalam cerita atau plot lain / pengakhiran, tak perlu letak. Letak dialog atau plot yang memang bertujuan. Dan jika mahir memperkayakan bahasa, itu lebih baik.

Dan alhamdulillah, selepas beberapa kali disuruh sunting sebelum tersiar, kritikan untuk cerpen itu oleh S.M Zakir (Tunas Cipta edisi Jun 2016) adalah baik; terutama dari segi sudut bahasa dan jalan ceritanya.

Untuk puisi anda boleh lihat contoh-contoh puisi yang pernah disiar (di sini antaranya). Jika belum pernah membeli tunas cipta, boleh dapatkan di kedai buku / majalah berhampiran atau terus beli menerusi talian di bukuDBP.com.

Oh ya, selain ini, jika mahu tahu perkembangan pertandingan menulis / cerpen yang lain boleh rujuk di halaman facebook Tips Motivasi dan Penulisan Pena VR yang dikendalikan juga oleh seorang penulis berpengalaman; Salleh Kausari. Di sini banyak juga beliau berkongsi.

***

Untuk semua, jangan takut menangis untuk menulis. Setiap langkah yang jauh bermula dengan langkah pertama. Jangan takut ditolak, sebab ditakuti kita menyesal pula kerana tidak mencuba. Teruskan menulis, kerana bakat itu tak semua ada. Bakat juga amanah. Selamat maju jaya! Terima kasih. :)


Rujukan lain:


Jumat, 07 Oktober 2016

Lirik Manusia Kuat - Tulus


Jujurnya pertama kali mendengar lagu MANUSIA KUAT ini adalah menerusi iklan rancangan Dai TV3 yang menampilkan mesej "buat baik, akan dapat baik." Menjelang peringkat akhir pada 9 Oktober 2016, kekerapan mendengar lagu ini membuatkan saya mencarinya di youtube. Dinyanyikan oleh Tulus, lagu Manusia Kuat ini sangat memberi semangat dan inspiratif. Di bawah saya kongsikan lirik lagu ini. Selamat mendengar!



Lirik Lagu Manusia Kuat - Tulus

Kau bisa patahkan kakiku

Tapi tidak mimpi-mimpiku

Kau bisa lumpuhkan tanganku

Tapi tidak mimpi-mimpiku


Kau bisa merebut senyumku

Tapi sungguh tak akan lama

Kau bisa merobek hatiku

Tapi aku tahu obatnya


Manusia-manusia kuat itu kita

Jiwa-jiwa yang kuat itu kita

Manusia-manusia kuat itu kita

Jiwa-jiwa yang kuat itu kita


Kau bisa hitamkan putihku

Kau takkan gelapkan apapun

Kau bisa runtuhkan jalanku

Kan kutemukan jalan yang lain


Manusia-manusia kuat itu kita

Jiwa-jiwa yang kuat itu kita

Manusia-manusia kuat itu kita

Jiwa-jiwa yang kuat itu kita


Bila bukan Kehendak-Nya uhuuuu

Tidak satupun culasmu akan bawa bahaya


Manusia-manusia kuat itu kita

Jiwa-jiwa yang kuat itu kita

Manusia-manusia kuat itu kita

Jiwa-jiwa yang kuat itu kita


Manusia-manusia kuat itu kita

Jiwa-jiwa yang kuat itu kita

Manusia-manusia kuat itu kita

Jiwa-jiwa yang kuat itu kita


Kau bisa patahkan kakiku

Patah tangan rebut senyumku

Hitamkan putihnya hatiku

Tapi tidak mimpi-mimpiku

***

Dai adalah sebuah rancangan dakwah segar yang disiarkan di TV3. Dengan menampilkan wajah muda dan pendekatan baru serta topik yang menarik dan tema berbeza setiap tahun, rancangan ini berjaya meraih peminatnya tersendiri. Dan sesuatu yang bagus kerana bukan sahaja mampu mencungkil bakat pendakwah muda, namun menarik juga golongan muda dan pelbagai usia untuk sama mendengar tazkirah. Insya-Allah.


"Di penghujung setiap ujian bermulalah realiti sebenar satu perjuangan."

Untuk semua, selamat berjuang! :)
 Rujukan: Lirik