Kamis, 12 Maret 2015

Al-Quran, kita & kesibukan



Hari ini kebanyakan orang sibuk. Sibuk sampai tak sempat baca Al-Quran. Nak cari motivasi untuk baca kitab Allah dan istiqamah pun satu perjuangan. Terus saja. Apa pun siapa membaca Al-Quran ganjarannya banyak.

  • Satu huruf satu pahala
“ Sesiapa yang membaca satu huruf kitabullah, maka dia mendapat satu kebaikan. Sedangkan satu kebaikan akan dibalas dengan 10 kali ganda.

Aku tidak maksudkan bahawa ‘alif lam mim’ itu satu huruf, alif satu huruf, lam satu huruf, dan mim juga satu huruf.”
- [ Riwayat al-Tirmizi ]

  • Al-Quran pemberi syafaat di akhirat
“ Bacalah Al-Quran, kerana Al-Quran akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada tuannya.”
- [ Riwayat Muslim ]

Kiranya Al-Quran adalah kabel atau istilah di dunia ni 'orang dalam', yang akan membantu atau membela kita di akhirat,

  • Baca tergagap pun dapat dua kali ganda pahala
“ Orang yang membaca Al-Quran dan mahir dengan bacaannya, maka dia akan bersama para malaikat. Dan orang yang membaca Al-Quran dengan tersangkut-sangkut, dia berasa susah sekali untuk membacanya, maka dia memperoleh dua pahala.”
- [ Riwayat al-Bukhari ]

Maha pemurahnya Allah. Sedikit pun dia tidak sia-siakan perkara baik kita buat. Dia menilai kesungguhan walaupun hasilnya biasa saja.

  • Lamakah untuk khatam Al-Quran?
Dengan sekian ganjaran , masih tak sempatkah kita baca Al-Quran ? Selalunya baca Al-Quran mengambil masa selama 5 minit untuk satu muka surat. Lima minit saja. Apalah sangat. Dan sedarkah kita , jika baca 5 muka surat setiap hari secara konsisten, kita akan dapat khatam Al-Quran 4 bulan. Jadi dalam setahun boleh khatam 3 kali.


Cubalah, ambil masa. Ganjarannya besar. Tak apa jika tak tahu, boleh belajar, perlahan-lahan; sama-sama.

Sambungan nota : di sini .

Disesuaikan melalui sumber : EzyDakwah 9, Solusi


Rabu, 11 Maret 2015

Tawaran menarik daripada Allah


al-uyeah
Foto : al-uyeah

Sesuatu yang sangat menarik!. Yang kita nak daripada Allah memang ada banyak . Nah! Tawaran daripada Allah lagi banyak. Rugi jika kita tidak mengambilnya. Jom semak apa dia.
  • Bukankah kita mahu dekat dengan Allah ?
“ Saat paling hampir seorang hamba dengan Tuhannya, iaitu ketika dia bersujud. Maka perbanyakkanlah doa ketika itu.
- [Riwayat Muslim ]
  • Bukankah kita mahu berada dalam jagaan Allah ?
“ Sesiapa yang solat subuh maka dia berada dalam jaminan Allah.”
- [ Riwayat Muslim]
  • Bukankah kita mahu dosa diampunkan?
“ Sesiapa yang mengucapkan ‘ subhanallah wa bihamdihi’ setiap hari 100 kali, gugurlah segala kesalahan, walaupun sebanyak buih di lautan.
[ Riwayat al-Bukhari ]
  • Bukankah kita mahu doa dikabulkan ?
“ Tiada seorang pun muslim yang berdoa buat saudaranya tanpa pengetahuan saudaranya, melainkan malaikat turut berdoa , ‘dan semoga bagimu yang seumpamanya.’”
- [ Riwayat Muslim ]
  • Bukankah kita mahu jalan yang mudah membawa ke syurga ?
“ Sesiapa yang merentasi jalan demi menuntut ilmu, maka Allah akan permudahkan untuknya jalan menuju ke syurga.
- [ Riwayat Muslim ]
  • Bukankah kita mahu pahala berqiamulail sepanjang malam?
“ Sesiapa yang solat isyak berjemaah , seolah-olah dia telah berqiamulail separuh malam. Dan sesiapa yang solat subuh berjemaah, seolah-olah dia berqiamulail sepanjang malam.
- [ Riwayat Muslim ]
  • Bukankah kita mahukan pahala berpuasa, berqiamulail dan berjihad sekaligus?
“ Orang yang mennaggung keperluan wanita janda dan orang miskin seperti berhijad di jalan Allah, berqiamulail tidak henti-henti dan berpuasa tidak berbuka-buka.”
- [ Riwayat al-Bukhari ]
  • Bukankah kita mahu agar tetap mendapat pahala walaupun setelah meninggal dunia?
Maka wakafkan harta untuk membina masjid dan sekolah, didiklah anak menjadi soleh, dan sebarlah ilmu walaupun dengan menghadiahkan hadiah kecil.
“ Apabila mati manusia, terputuslah segala amalannya kecuali tiga:

- Sedekah yang bermanfaat sentiasa mengalir
- Ilmu yang bermanfaat
- Anak soleh yang mendoakannya. “
* [Hadis Riwayat Muslim]
Bagaimana ? Menarik bukan tawaran daripada Allah Maha Penyayang lagi Maha Pengampun ni ? Jadi apa tunggu lagi, marilah merebutnya. InsyaAllah dapat. Asalkan terus ikhlas. Jangan pernah berhenti. All the best, insyaAllah ! :)



Sumber : EzyDakwah 10,  Solusi