Foto : al-uyeah |
Sesuatu yang sangat menarik!. Yang kita nak daripada Allah memang ada banyak . Nah! Tawaran daripada Allah lagi banyak. Rugi jika kita tidak mengambilnya. Jom semak apa dia.
- Bukankah kita mahu dekat dengan Allah ?
“ Saat paling hampir seorang hamba dengan Tuhannya, iaitu ketika dia bersujud. Maka perbanyakkanlah doa ketika itu.
- [Riwayat Muslim ]
- Bukankah kita mahu berada dalam jagaan Allah ?
“ Sesiapa yang solat subuh maka dia berada dalam jaminan Allah.”
- [ Riwayat Muslim]
- Bukankah kita mahu dosa diampunkan?
“ Sesiapa yang mengucapkan ‘ subhanallah wa bihamdihi’ setiap hari 100 kali, gugurlah segala kesalahan, walaupun sebanyak buih di lautan.
[ Riwayat al-Bukhari ]
- Bukankah kita mahu doa dikabulkan ?
“ Tiada seorang pun muslim yang berdoa buat saudaranya tanpa pengetahuan saudaranya, melainkan malaikat turut berdoa , ‘dan semoga bagimu yang seumpamanya.’”
- [ Riwayat Muslim ]
- Bukankah kita mahu jalan yang mudah membawa ke syurga ?
“ Sesiapa yang merentasi jalan demi menuntut ilmu, maka Allah akan permudahkan untuknya jalan menuju ke syurga.
- [ Riwayat Muslim ]
- Bukankah kita mahu pahala berqiamulail sepanjang malam?
“ Sesiapa yang solat isyak berjemaah , seolah-olah dia telah berqiamulail separuh malam. Dan sesiapa yang solat subuh berjemaah, seolah-olah dia berqiamulail sepanjang malam.
- [ Riwayat Muslim ]
- Bukankah kita mahukan pahala berpuasa, berqiamulail dan berjihad sekaligus?
“ Orang yang mennaggung keperluan wanita janda dan orang miskin seperti berhijad di jalan Allah, berqiamulail tidak henti-henti dan berpuasa tidak berbuka-buka.”
- [ Riwayat al-Bukhari ]
- Bukankah kita mahu agar tetap mendapat pahala walaupun setelah meninggal dunia?
“ Apabila mati manusia, terputuslah segala amalannya kecuali tiga:Bagaimana ? Menarik bukan tawaran daripada Allah Maha Penyayang lagi Maha Pengampun ni ? Jadi apa tunggu lagi, marilah merebutnya. InsyaAllah dapat. Asalkan terus ikhlas. Jangan pernah berhenti. All the best, insyaAllah ! :)
- Sedekah yang bermanfaat sentiasa mengalir
- Ilmu yang bermanfaat
- Anak soleh yang mendoakannya. “
* [Hadis Riwayat Muslim]
Sumber : EzyDakwah 10, Solusi
Tidak ada komentar:
Posting Komentar