Tampilkan postingan dengan label jatuh. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label jatuh. Tampilkan semua postingan

Senin, 09 Mei 2016

Kamu Bukan Sendiri




Apabila melihat orang terdekat kita jatuh, dengan segera kita ingin membalut lukanya. Biar segera sembuh. Jika dia sedih, tidak mengapa jika kita menjadi badutnya. Jika dia resah, kita ingin segera menjadi penenangnya. Biar dia tidak lagi risau. Jika dia kehilangan sesuatu, kita mahu sahaja menggantikan atau paling tidak mengisi kekosongan tersebut.

Bukan mahu menjadi hero, cuma apabila dia sakit, kita seolah merasa sama. Tapi kita hanya manusia biasa, yang hanya mampu untuk berdoa dan membantu satu dua perkara. Mungkin untuk membuat dia senyum pun kita masih tercari-cari cara.

Kita cuma mahu dia tahu dalam dunia ini, dia hidup bukan seorang.
Ini bukan tentang awak awak, saya-saya. Tapi ini tentang sama-sama.

Kuat selalu! Moga yang baik-baik untuk kita semua, insya-Allah.

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” - [3:139]

*Percayalah, awak masih ramai lagi yang sayang dan ada perkara lebih baik yang akan datang! Have faith! :)



*Sumber: gambar


Rabu, 15 Juli 2015

Acah-acah kuat


Hidup macamana pun tetap kena hadap. Memang ada hari kita jatuh, tapi bukan hari-hari kena jatuh. hati kita lama nak guna lagi, jangan beri suatu pun keadaan tak best buat kita rugi dan sakit. Jangan seksa diri sendiri, kita ni bernilai. Jadi, hargailah nyawa dan kesempatan diberi. Boleh sedih dan kecewa, cuma elakkan lama-lama. Kita cuba!

Hargai masa dengan ;

- Jangan risau apa jadi esok terlalu. Usahakan hari ini
- Masa tak menunggu kita. Nikmati setiap detik dengan sebaiknya
- Teruslah berbuat baik
- Terus positif .Allah maha baik. Dia menurut sangkaan kita.
- Jangan berhenti berharap. Allah tahu bila sesuai nak makbulkan. [ YUSUF ; 87 ]
Janganlah merajuk dengan ujian Allah. Hikmahnya banyak . Kita tahu jika menjerit ke langit pun tak bawa makna apa. Melainkan mengharungi dengan baik.
Jom cerdik emosi:
- Rehat yang cukup dan kualiti
- Nutrisi dan gizi semibag
- Riadah
- Ada akhitivi
- Jangan lupa bernafas
- Masih ada aktiviti masa lapang

Sunatullah itu berpusing-pusing. Dan Allah adalah harapan

Setiap hari adalah hari muhasabah yang panjang.

3 perkara yang tak perlu kita fikirkan.
• Tentang kemiskinan buat diri makin risau
• Tentang kezaliman orang terhadap awak, sebab akan menambah keras hati dengki dan melanjutkan dendam
• Jangan fikir dunia akan kekal, nanti tak sedia untuk akhirat.

10 LANGKAH MENJADI MUSLIM YANG BAIK ;
- Mencari kawan yang baik
- Hargai kehidupan
- Ambil berat tentang solat
- Gembira buat baik
- Buat perancangan masa depan
- Sentiasa tingkatkan ilmu
- Tetapkan matlamat
- Jadi seorang pemaaf
- Sentiasa sabar dan syukur
- Usah merungut

Ikhlaskan. Jadi seperti Uwais Al-Qarni, tidak dikenali penduduk bumi namun dikenali penduduk Langit.
Mengapa perlu jauhi dusta? supaya dapat hidayah Allah, dan peroleh kejayaan.

Sesiapa Allah nak kebaikan atas diri-Nya, Allah akan berikan ujian padanya.

Agar tenang semasa diuji:

  • Ucapkan inalillah
  • Anggap ujian sebagai anugerah
  • Sabar dan solat
  • Istighfar dan doa
  • Jaga lidah
  • Positif\
  • Baca kisah mereka yang diuji
  • Yakin ada jalan keluar
  • Sabarkanlah dirimu
Jangan lalai. Hati tidak akan disibukkan dengan hal remeh, jika disibukkan dengan hal besar iaitu mengingati Allah misalnya.


InsyaAllah Tuhan akan beri keadaan dan menjadikan diri kita lebih baik dalam setiap dugaan, senyumlah untuk diri sendiri. Kita masih ada esok hari.InsyaAllah.




Senin, 16 Juni 2014

Buku puisi : #pelacurkata & #seratusmulut



Setakat ini sedikit karya saya dan kawan-kawan ( kawan-kawan saya semua power power menulis woah ! ) ada dalam buku himpunan puisi :  Pelacur Kata keluaran Press Aku dan buku Seratus Mulut dan Halusinasi , terbitan Bukstor. . Terdahulu ada kolaborasi puisi & cerpen dengan beberapa orang sahabat twitter untuk zine #Rabak .

Untuk yang hilang dan mencari diri, Nah !

Ke hadapan hati jatuh

Menemui sekeping hati yang sudah lama sakit,
kamu ingat aku lagi ?
Jiwa indah semalam yang pernah bermalam 
dan duduk sehari dua di teratak dada kamu?

Kamu pernah kata pada aku dulu,
biar satu dunia tidak memaknakan kamu ,
biar satu dunia memuntah kata keras pada dinding laman kamu,
kamu terbias kan,
kamu kata kamu ada baju kalis rasa ,
semua mereka beri, akan dipercik semula pada wajah gelap mereka.

Tapi kini aku lihat, kamu hilang .
Kamu diam dalam keramaian orang sedang melihat kamu.
Kamu sudah mula jatuh , duduk dalam sendu
yang aku sendiri tidak mampu untuk meramalnya.

Dan kamu kenapa?
Kamu sudah tidak kenal aku.
Mata kamu sudah mula kelabu.
Ingatan kamu seakan sudah kelam .
Yang kamu nampak hanya bebayang.

Sunyi kini tempat kamu.
Tak semeriah dulu.
Dulu, tempat ini , penuh rasa suka, banyak suara membangkit rasa,
kini yang tinggal hati perit yang seakan tidak mahu bangkit.

Hei, betulkah kau dah tak ingat aku ?
Ini akulah , aku ! Jiwa indah kamu semalam,
Yang sama-sama ketawa walau dalam duka lara,

Hei, kamu !
Marilah mari , bangun! Peluk aku semula ..


Terima kasih pada semua yang selesa dengan apa yang pernah dibaca tentang sesuatu yang saya tulis. Moga kalian semua sentiasa diberkati dunia akhirat , insyaallah :)


*Klik pada link dalam penulisan di atas , untuk sebarang pertanyaan.