Selasa, 16 Februari 2016

Rancangan Hadith Open Mic di Astro


Masa berubah. Jadi pendekatan juga berubah mengikut masa, orang dan tempat. Melihatkan rancangan-rancangan agama yang bersifat lebih segar, moden namun masih kekal sebagai agen penyampai maklumat dan isi ilmiah; begitu mengujakan. Termasuklah rancangan Hadith Open Mic ini.

Nabi Sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
“BALLIGHU 'ANNI WALAU AYAH"
- Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat.
(Hadis Riwayat Bukhari)

Hadith Open Mic Session merupakan program yang dianjurkan oleh Kengkawan Project. Sessi yang pertama telah berlangsung pada 7 Jun 2015 bertempat di Kedai Sebelah, Kelana Jaya. Program ini berbentuk perkongsian hadis dari Rasulullah SAW atau teori Islam yang memberi impak kepada kehidupan seseorang individu. Panel ulama akan menilai dan memberi pendapat mengikut Al-Quran dan hadis.


Teaser 2016:

Hadith Open Mic Mulai 4 Feb
Sampaikanlah walau satu ayat..berkongsi ilmu itu tidak terhad..dengan pelbagai cara..Nantikan #HadithOpenMic mulai 4 Feb , setiap Khamis jam 7.30 malam di Astro Oasis dan Maya HD
Posted by Imam Muda on Wednesday, February 3, 2016




Pengalaman Mizz Nina.

Pengalaman Mizz Nina #HadithOpenMic
"...It's was a nice moment.. dan itu adalah satu matlamat untuk diri saya..yang saya ingin capai dalam kehidupan saya.. iaitu Jannah.."Mizz Nina yang berkongsi pengalaman beliau yang telah menyentuh hati dan mengubah kehidupan beliau..#HadithOpenMic #SalamMuslim #IslamicQuote #WanitaIdaman #Hadith #InshaAllah
Posted by Imam Muda on Wednesday, February 10, 2016




Video (Sebuah perkongsian; suami mengaku wanita hebat itu adalah isterinya)
Video asal di facebook.



Jangan lupa, setiap Khamis jam 7.30 malam dan ulangannya jam 10.30 malam di Astro Oasis and Maya HD. Jom kita ‪#‎sampaikanwalausatuayat‬.

Sekarang boleh dilayari dan didengari di http://www.raku.my/.

*Semoga usaha yang baik-baik ini berterusan, insya-Allah.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar