Kamis, 12 November 2015

Siti Nordiana di Gegar Vaganza Akhir 2015


Okay, ini adalah cerita imbasan suatu masa dahulu. Pengalaman meminati seorang penyanyi yang bernama Siti Nordiana (Nana). Semua kita ada zaman remaja yang sedikit gila-gila, melampau atau kelakar bila ingat balik.

Tapi sebelum tu, nah video di bawah; (lambat sikit loading) dari Facebook :


UPDATE 13 DISEMBER 2015TAHNIAH SITI NORDIANA SELAKU JUARA GEGAR VAGANZA MUSIM KEDUA! TERUSKAN BERSEDERHANA DAN MENGINSPIRASI. :)

Video Siti Nordiana ; Putus Terpaksa



Siti Nordiana - Putus Terpaksa
Yang ditunggu! Siti Nordiana - Putus Terpaksa, Konsert Final #GegarVaganza 2Sumber: Kepala Bergetar#sitinordiana#nana
Posted by Terbakor on Sunday, December 13, 2015

Video Gegar Vaganza 2 Koleksi Siti Nordiana Minggu 1 Hingga Minggu 5 :
Minggu 1 - Paling Comel
Minggu 2 - Madah Berhelah
Minggu 3 - Kasihnya Laila
Minggu 4 - Memori Berkasih
Minggu 5 - Nirmala

Video Gegar Vaganza 2 Koleksi Siti Nordiana Minggu 6 Hingga Minggu 9 Dan Juara :
Minggu 6 - Ku Tak Akan Bersuara
Minggu 7 - Secangkir Madu Merah
Minggu 8 - Mengapa
Minggu 9 - Putus Terpaksa
Minggu 9 - Awak Kat Mana Feat Acong Sweetchild





Oh ya, semasa saya menulis ini, saya baru saja dapatkan album berunsur lullaby (lagu untuk anak-anak) dekat laman web cdnasyid.com; ia berunsur islamik. Preview album baru Siti Nordiana 2015 ; Anakku sayang:
Baiklah, kita sambung cerita.
Awal 2000, saya di sekolah menengah, saya dah mula mengenali wajah dan suara beliau. Sejak itu hampir semua majalah, surat khabar yang ada dia, saya simpan. Keluarga & kawan rapat amat memahami minat saya yang tak boleh bawa berbincang waktu itu. Sehinggakan ada saudara serta kawan baik yang sudi menyimpan keratan berkaitan Nana untuk saya! Baiknya hati mereka. Malahan hampir kesemua albumnya (kompilasi FMC, berduet dengan Syura serta Achik) saya beli. Dengan DVD lakonannya juga; prahara.
Dan saya pernah buat laman web (cjb.net waktu dulu) seawal saya mula tahu maksud world wide web untuk semua peminatnya. Dapatlah saya berkenalan dengan beberapa orang. Termasuk dari Singapura!
Belum termasuk bab beberapa surat saya pernah tersiar dalam majalah kerana membelanya kerana tak tahan dia terus dikutuk! Ramai kawan sekolah terbacanya di majalah. Sedangkan hakikatnya Nana sendiri agak tenang saja. Lucu dan malu juga jika diingat semula. Hehehe.
Dulu ada siaran di radio bernama muzik fm, saya rasa radio itu sangat mendekatkan saya dengan lagu jiwang 90an sebab ada segmen pilihan bersama waktu malam setiap hari dan temubual artis pada hari tertentu selain kuiz. Dan antaranya radio itu berjaya buat saya makin mengenali Nana. Saya mula meminatinya setelah mendengar lagu kasihmu seakan berubah; lagu popular dalam albumnya yang kedua. 
Dan setelah itu baru saya menjejaki semula album pertamanya dan mendengarkan cinta hanya sandaran serta terpaut sayang padamu. Dan terus kepada lagu duetnya dengan Wan Scoin, sehinggalah pasangat duet fenomenanya; arwah Abdillah Murad (Achik dari kumpulan Spin; yang difahamkan spin 2015 ni vokalis barunya adalah Arwis; adik Achik sendiri) melalui banyak lagu rantaian 'kasih'.
Pernah berjumpa Nana di samping Achik; sangat mesra orangnya dan pernah berutus surat serta berbalas email, pastinya sukar untuk saya berhenti menyayangi Nana ini. Kekaguman saya pada awal kemunculan dia melalui pelbagai kritikan dan cabaran, sehinggalah dia kehilangan bekas suami (Faizal) dan pasangan duetnya (Achik) buat selamanya, dan begitu tabah membesarkan anaknya Rayyan; tidakkan pernah hilang.
Dari zaman dia sekolah dan mula berhijrah, sikap rendah dirinya tak pernah berubah. Dia; sederhana namun cukup menginspirasi.
Untuk Siti Nordiana, selamat berjaya untuk gegar vaganza 2015, serta perniagaan pakaian melalui instagram paling comel dan seterusnya di dunia dan di akhirat, insyaAllah. Nana tetap paling comel di hati den. 
Biodata Siti Nordiana binti Alias
Lahir pada 22 November 1984 di Negeri Sembilan. Anak bongsu daripada dua beradik. Instagram Siti Nordiana : https://instagram.com/sitinordiana/ Facebook Siti Nordiana : https://www.facebook.com/SITI-NORDIANA-214275685738/ Twitter: https://twitter.com/nanarayyan Youtube Siti Nordiana : https://www.youtube.com/user/kupasrah
Nah sejenis kenangan; best moment Siti Nordiana in Gegar Vaganza:
Video-video peserta-peserta lain: website astro :


Itulah kenangannya. Apa pun makin dewasa, kita tahu semua perkara perlu sederhana dan ada hadnya.  Untuk semua, terima kasih sudi baca. :)

Senin, 27 Juli 2015

Menjadi orang beriman


Kita semua jika boleh mahu jadi hambaNya yang lebih baik, yang bukan saja disayang Tuhan, malah disayangi insan. Kita mahu jadi lebih beriman, namun kita kadangkala perlu diingatkan dan perlu dinasihati. Tak apa, asal saja kita mahu ditegur, sedar dan mahu belajar, insyaAllah kita mampu menjadi hambaNya yang baik. Teruskan berjuang, jangan pernah menyerah, insyaAllah.

Artikel tentang istiqamah di : sini / berubah jadi lebih baik : sini 

4 Sebab lemah iman:
- Jauhi dari Al-Quran dan Sunnah
- Meninggalkan persekitaran yang menyuburkan iman
- Tidak berkawan dengan orang beriman
- Terlalu terikat dunia lupa akhirat

Cara tingkatkan iman :

  • Mohon doa , beramal, jangan tinggal al-Quran , bawa hati dan cintai dunia, cari ilmu, paksa buat baik, ingat mati dan kubur
  • Tanda munafik dalam solat ; ( Ibn Qayyim punya pendapat ) :
  • -Bangun solat rasa malas, solat dengan niat menunjuk, lengahkan solat, solat tergesa, sangat ingat Allah ketika solat, tinggalkan solat jemaah

Sesiapa yang takut kepada Allah, tiada sesiapa yang boleh menyakitinya. Manakala sesiapa yang takut kepada selain daripada Allah, maka tiada sesiapa pun yang mampu menolongnya. – Fudhail Bin Iyadh

Sebaik perkara adalah yang sederhana.

22 Cara Dapatkan Barakah :
- Cari rezeki halal
- Bekerja dengan cemerlang
- Lakukan baik kerana Tuhan
- Elakkan riba
- Sedekah dan keluarkan zakat
- Selalu ingat Allah
- Yakin rezeki dari Allah
- Jangan tinggal solat
- Serikan rumah dengan bacaan Al-Quran
- Pemurah
- Hormat ibubapa
- Jalinkan siraturrahim dengan saudara-mara
- Jauhi berbohong
- Bayar balik hutang
- Mulakan pekerjaan pad awal pagi
- Makan secara berjemaah
- Jemput orang alim makan
- Sellau istighfar
- Akhlak mulia
- Hidup sederhana
- Selalu berdoa

7 Ciri penghuni syurga firdausi
- Beriman
- Fokus dan bersunguh-sungguh
- Utamakan yang utama
- Tidak selfish
- Mahalkan diri
- Jujur dan amanah
- Displin
Jangan pernah melawan sunnatullah pada alam, sebab ia pasti mengalahkanmu. Tetapi gunakanlah sebagiannya untuk menundukkan sebagian yang lain, niscaya kamu akan sampai tujuan.- Imam as-Syahid Hassan AL Banna.
TIGA ASPEK ORANG BERIMAN

- Aspek percakapan Nabi SAW pernah bersabda , “Tidak lurus iman seseorang hamba itu sehingga lurus hatinya. Dan tidak lurus hatinya sehingga lurus lidahnya”

“Sesungguhnya kata-kata itu berada di dalam hati. Dan lidah itu hanyalah dijadikan untuk menjadi petunjuk kepada apa yang ada di dalam hati” -penyair

- Hubungan dengan jiran
Daripada Abu Hurairah R.A, Nabi SAW bersabda bermaksud , “ Tidak masuk syurga seorang yang jirannya tidak aman daripada kejahatannya” (HR Muslim)

- Memuliakan tetamu
Dari Abu Syuraih Al 'Adawi r.a. katanya :"Kedua telinga saya mendengar dan kedua mata saya melihat, ketika Rasulullah s.a.w. berkata, beliau bersabda "Sesiapa yang ada beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah dia memuliakan tetamunya jamuan tambahannya." Mereka bertanya :"Apakah jamuan tambahan itu ya Rasulullah "Beliau menjawab : "Sehari dan malamnya "Menerimatamu itu hanya tiga dan barang siapa yang lebih dari itu, adalah sedekah.".Beliau bersabda lagi : "Sesiapa yang ada beriman kepada Allah dan hari kemudian , maka hendaklah dia mengucapkan perkataan yang baik atau diam saja" - Hadis sahih riwayat Muslim
Doa " “Ya Allah bantulah aku untuk mengingatiMu, dan mensyukuri nikmatMu dan berbuat baik dalam pengibadatanku”.


Sekian, moga kita istiqamah  untuk menjadi lebih baik dan beriman. Tuhan menilai sekecil-kecilnya usaha kita. Asal saja kita berusaha, lakukan terbaik dan teruskan berjuang kerana Dia. Semoga kita sama-sama masuk syurga, insyaAllah.


Sumber ; Majalah Solusi, AL Islam, Jom & Iman

Cara Dapatkan Husnul Khotimah


Semua kita sedar hidup ini sementara dan tentang saling meninggalkan. Jika kita tidak pergi, orang lain yang pergi. Begitulah sebaliknya. Namun semua berimpian untuk berkesudahan dengan cara baik dan dirahmati. Jadi di sini ada sedikit perkongsian melalui beberapa majalah.

8 Sesi memperbaiki akhlak:
• Paksa diri buat baik elak tak baik
• Pantau diri buat baik elak tak baik
• Hisab diri buat baik elak tak baik
• Hukum diri bila cuai
• Tambah usaha dan azam
• Cela diri bila buat silap
• Ulang rukun
• Catat kejayaan dan kegagalan

Jauhi syaitan dengan :
- Beristiazah ( Au'zubillahi minasshaitanirrajim )
- Ayat kursi
- Berdoa diberi hidayah petunjuk
- Mengamalkan mathurat

Agar memperoleh khusnul khatimah :


- Doa Nabi Yusuf ( Surah Yusuf : 101 )
- Doa tukang sihir Firaun yang telah bertaubat ( a;-A’raf: 126)


- Diteguhkan hidayah ( ali imran : 8 )
- Teguhkan hati
- Selamat darpada godaan syaitan ketika sakaratulmaut
Terputus amalam kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu bermanfaat dan doa anak soleh

5 sifat manusia yang mewakili syurga firdaus:
- Solat dan khusyuk
- menjauhi perkara lagho
- Yang sucikan hati
- Menjaga kemaluan dan kehormatan seksual
- Manusia yang memelihara amanah

6 Perkara Untungkan Orang Beriman
- Khusyuk dalam solat
- Menjauhi perbuatan dan percakapan yang sia-sia
- Menunaikan zakat
- Memelihara maruah dan kehormatan diri
- Menunaikan amanah dan janji
- Memelihara solat

Sekian perkongsian. Ada penambahan atau pembetulan, sangat dialukan. Moga kita semua meninggalkan dunia dalam keadaan yang baik dan diredhai-Nya, insyaAllah. Selagi hidup, berdoa, berusaha, berikhtiar, tawakal dan istiqamahlah. InsyaALLAH moga Allah redha. Amin.


Sumber ; Majalah JOM, SOLUSI, ALISLAM & IMAN 


Minggu, 26 Juli 2015

Dakwah dan nasihat


Tak kira kita siapa, kita wajib sampaikan benda dan ilmu baik yang kita ada. Sebab kita semua mahu berlumba buat baik dan masuk syurga. Jadi buatlah semampu kita sebab kita mahu ada di tempat terbaik di sisi-Nya. InsyaAllah.

Ini antara nota tentang dakwah dan nasihat untuk dikongsi bersama-sama. Ada kekeliruan, pembetulan, pertanyaan atau tambahan sila tegur ya. Terima kasih.
“Ada beza antara young daie dengan season daie. Selalu young daie dia sangat concern dengan hasil dakwahnya. Jika tak nampak dia rasa frust dan stress. Tapi lama-lama saya belajar perubahan tak boleh dipaksa. Allah bukan tanya hasil tapi usaha-usaha yang kita buat” - Dr. Harlina
Resepi dakwah kreatif
Bahan-bahan
240 g Daya Usaha
160 g Campuran Akhlak Mulia
100 g Kesabaran
150 g Imaginasi
60 g Idea Baru
Secubit senyuman secukup rasa

Cara-cara membuatnya :
  • Pukul idea baru sehingga kembang dan kental
  • Masukkan usaha dan kesabaran sedikit demi sedikit
  • Tambahkan imaginasi dan gaul sehingga sebati
  • Bungkus adunan tadi dengan akhlak mulia
  • Dan hiaskannya dengan senyumanm yang menawan
Awareness , Desire, Knowledge , Ability , Reinforcement .

Hasil perubahan itu dapat dilihat oleh diri kita dan orang lain. Kalau dalam bisnes, mungkin pelangan atau untung bertambah. Jika individu mungkin luaran berubah. Dia sudah tutup aurat, meninggalkan cara tidak islami dan percakapannya makin bersih.

Sejarah membuktikan, pada kali ke 1000 baru Sir Thomas berjaya nyalakan mentol lampu.

"Kewajipan kita adalah lebih banyak daripada waktu yang kita ada, oleh itu bantulah saudaramu tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri, maka ringkaskanlah pelaksanaannya," demikian wasiat Hasan al-Banna yang terakhir.
"Sungguh ajaib dalam urusan orang mukmin! Sesungguhnya setiap urusannya baginya ada kebaikan dan perkara ini tidak berlaku melainkan kepada orang mukmin. Sekiranya dia diberi dengan sesuatu yang menggembirakan lalu dia bersyukur maka kebaikan baginya dan sekiranya apabila dia ditimpa kesusahan lalu dia bersabar maka kebaikan baginya." - (Hadis riwayat Muslim)
Maksiat yang melahirkan rasa hina diri (Kepada ALLAH) dan rasa berhajat kepada NYA lebih baik daripada taat yang melahirkan rasa megah dan takbur (Ibnu Atha'illah)

Said bin Jabir berkata :
Sesungguhnya seorang hamba melakukan perbuatan kebaikan lalu perbuatan baiknya itu menyebabkan ia masuk neraka, dan sesungguhnya seorang hamba melakukan perbuatan buruk lalu perbuatan buruknya itu menyebabkan dia masuk syurga.

Ini kerana perbuatan baiknya itu menjadikan ia bangga dengan dirinya sendiri sementara perbuatan buruknya menjadikan ia memohon ampun serta bertaubat kepada Allah disebabkan perbuatan buruknya itu.- [Majmu 'Al-Fatawa]

Tarbiyah umpama proses membuat batu bata. Dimulai dengan mencari tanah hingga memprosesnya menjadi batu bata yang siap menjadi penyusun bangunan yang kukuh dan kuat.

Pertama, mencari tanah yang baik. Kemudian baru diolah agar menjadi kuat bahkan dengan diinjak-injak. setekah itu dicetak dengan ukuran yang standard. lalu, dijemur dan disisik guna siap dibakar. Akhirnya baru lah dibakar. Saat dibakar ada yang jadi matang dan ada pula yang pecah hancur. Masing-masing menunjukkan kualiti bahan bata-bata tersebut. Batu bata yang baik ialah batu bata yang kuat dan siap menjadi bahan bangunan yang kukuh dan indah. Ia siap dipasang di mana sahaja terserah kepada Si arkitek dan pemborong.
- Analogi ini dipetik dari buku Tarbiyah Dzatiyah karya Solikhin Abu Izzudin.

Al-Maududi mengungkapkan Sungguh merupakan suatu keharusan bagi kamu untuk memiliki api semangat yang selalu menyala, minimal seperti menyalanya perasaan yang terdapat dalam hati seseorang diantara kamu bila menjumpai anaknya dalam keadaan sakit.


Ustadz Al-Maududi rahimahullah,”Izinkanlah saya untuk mengatakan kepadamu, bahwa sesungguhnya bila kamu melangkah di jalan dakwah ini dengan perasaan yang dingin, yakni tanpa persaaan yang kamu temui dalam hatimu bila menyangkut urusan istri-istrimu, anak-anakmu dan ibu bapakmu maka pastilah kamu akan mengalami kegagalan yang kelak. Iaitu kegagalan yang membuat generasi penerus tidak berani lagi untuk berpikir menekuni gerakan dakwah seperti itu sampai masa yang cukup lama. Karena itu sebelum melakukan langkah yang besar kalian diharuskan mengukur kekuatanmu dan memeriksa bagian mana dari niat dan akhlak yang mesti dibenahi terlebih dahulu.” (Tadzkiratud-Du’atil-Islam)

“Yang memberi lagi baik daripada yang menerima Sesungguhnya perbuatan memaaf itu lebih mulia daripada sedekah yang menyakitkan. Itulah kemenangan yang sebenarnya”


SIFAT UNGGUL DAIE (Pendakwah)

- Daie yang sentiasa istiqamah di atas prinsip dan jalan dakwah sehingga akhir hayat. Dia sentiasa mencari keredhaan Tuhannya dan tak harapkan balasan dunia dengan amalan akhiratnya. Dia tetap terus tanpa tukar dan ubah walau apa pun rintangan.
- Daie yang beriman bahawa ajal dan rezeki di tangan Allah. Maka, dia tak akan ubah prinsip demi sesuap nasi. Kematian yang mulia lebih dicintai berbanding kematian yang hina.
-Daie yang berterusan dalam dakwah sama ada beramal atau doiam. Sama ada rahsia atau terbuka , siang atau malam, bermusafir atau di tempat tinggalnya.
- Daie yang mempelajari fiqh dakwah , cara menyeru manusia, dan memberi kesan kepada orang lain. Hikmah kebijaksaannyakan beri kesedaran dan menggerak serta membangkitkan perasaan mereka kepada Allah.
-Daie yang memiliki kefahaman islam dari segi akidah, syariat , akhlak , dan tingkah laku. Juga yang ambil tahu keadaan semasa dan menyediakan jalan penyelesaian sesuai dengan syariat islam.
- Daie yang mampu menyampaikan dan beri kesan kepada semua biar pun berbeza minat, kecenderungan dan keperibadian serta tahap intelektual.

Da'ie adalah seorang yang beriman dengan fikrah dan menyeru manusia kepada Allah melalui tulisan, syarahan dan percakapan biasa, seorang yang bekerja keras dalam hidupnya dan berusaha sedaya upaya melaksanakan pelbagai wasilah dakwah. Oleh itu, beliau adalah seorang penulis, penceramah dan jurubicara utama, serta seorang yang memberi pengaruh kepada masyarakat melalui perbuatan dan keperibadiannya.Da'ie juga seorang doktor masyarakat yang merawat penyakit-penyakit jiwa dan memperbaiki situasi masyarakat yang rosak.

Oleh itu, beliau adalah seorang yang celik dan kritis, di mana hidupnya sentiasa bekerja untuk memperbaiki dan mengubah masyarakat kepada apa yang dikehendaki Allah.
Da'ie menjadi sahabat, teman dan saudara kepada yang kaya dan miskin, yang besar dan kecil.-Sheikh Bahiy al-Kholi-
Dakwah yang matang.
- Elak virus dalam berdakwah : berlebihan agungkan tokoh, bercakap tentang salah orang tanpa bertindak mengelak, sebut nama orang lain masa beri nasihat, pendapatan melampau, dan lakukanlah yang terbaik.

Cara nasihat ;
- Taalim atau tarbiah : bombing , didik dan sampaikan ilmu
- Tazkir dan tanbih. Beri peringatan, berulang suapaya istiqamah
- Tamsil, contoh baik yang akan mendorong
- Jika lemah lagi, beri amaran dan kisahkan kisah sahabat
- Jangan sekali putus asa,.

  • Dakwahlah walau dengan sepotong ayat
  • Ketakwaan bukanlah beribadah siang malam, namun tunaikan apa yang fardu dan tinggalkan apa yang haram
  • Jangan lihat siapa yang cakap, ambil apa dia cakap
  • Doa Nabi Ibrahim : Ibrahim 35, 40, 128
  • Bagi ilmu tauhid ke anak. Kenalkan dengan Agama dan Tuhan

6 TIPS PENYAMPAIAN OSEM

- Ikhlaskan niat. Bercakap kerana Allah, bukan impress pendengar
- Banyak berlatih dalam memberi tanpa putus asa. Banyak memberi lancarkan ucapan
- Prepare bahan sebelum menyampaikan. Seeloknya sehari sebelum
- Baca dari pelbagai sumber untuk tambah pengisian.
- Yakin mudahkan bacaan. Baca doa dari surah taha (25-28)
- Jangan tolak peluang sampaikan sebagai latihan.
Rasulullah SAW sudah lama mengungkapkan saranan menerusi hadis Baginda yang diriwayatkan Saidatina Aisyah: “Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah menyukai jika seseorang melakukan sesuatu perbuatan secara Itqan atau bersungguh-sungguh (sempurna).” (Hadis riwayat al-Baihaqi)
Ambil ibrah kisah Ahmad Ammar, Loqman dan Iman Shafiq

Tarbiyah itu sentuhan hati ( Muhathabat Qalbiah ). Ia sendiri perlu memimiliki hati mengiringi setiap isinya.

"Wahai Ikhwan,persiapkan diri dengan tarbiyah yang sahih dan pengalaman serta ujian yang terperinci. Ujilah para bakal pejuang dengan amal yang kuat dan banyak, yang tidak disukai oleh mereka, yang membebankan mereka dan pisahkanlah mereka dengan hawa nafsu dan kebiasaan mereka agar mereka tahu apa itu hakikat perjuangan di atas jalan ini" - Imam Hassan Al-Banna

-Tunjukkan perubahan kita sendiri
-Perubahan bermula dari htai, berdoalah
-Dakwah kena terus dan yakin. Lemah lembut dan bersabarlah.

USAHA DAKWAH

- Pembentukan Aqidah yang sah dan benar
- Rasa tanggungjawab terhadap masyarakat
- Memberikan manfaat kepada orang lain
- Kepentingan mukmin untuk memiliki harta
- Kepentingan beramanah dalam menjaga harta dan milik orang lain
- Kepentingan solat dalam kehidupan mukmin
- Kepentingan menjadikan kehidupang seorang mukmin sejajar dan selari dengan aqidahnya.

USRAH YANG EFEKTIF
- Ikhlaskan niat
- Persedian rapi
- Teruskan usrah walau sibuk mahupun penat
- Berusaha untuk menghafal dalil-dalil dan ibadah
- Menitik beratkan aspek komunikasi
- Memandang wajah mereka dengan penuh cinta
- Bina identiti usrah tersendiri
"Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu)".(Al-A'raaf 7:126)
Sekian, teruskan tugas kita sebagai penyampai ilmu dna perkara baik. Kerana kita dijadikan untuk jadi hamba-Nya yang baik, pemimpin dan beri manfaat kepada alam dan manusia lain, insyaAllah.



Antara sumber;
 Jom 08 dan Da'ie Berkeperibadian Dahsyat
Tulisan Dr. Ahmad Shahin, terjemahan Ustaz Suhaimi Jairi
Ruangan M! MURABBI
Majalah JOM! ISU 02



Masa tak pernah cukup?


Semua kita mempunyai bilangan masa yang sama, namun cara kita menguruskan atau memanfaatkan itu berbeza. Ada yang cukup , ada tak. Yang penting sekali, mulakan dengan niat, ada perancangan dan lakukan dengan terbaik dan ikhlas, insyaAllah dipermudah.

24 Jam tidak pernah cukup
- Dahulukan apa yang penting  (Tulis, atur dan letak di tempat yang boleh dilihat)
- Untuk yang masih belajar, mengulangkaji pelajaran semasa hari persekolahan (Bahagi masa, paling kurang sejam belajar masa minima)
- Kualiti masa ; tidak boleh buat hal sendiri saja
- Dakwah fardiyah (ucapkan kata yang baik dan bantu keperluan dan kehendak semampu kita ). Ingat apa yang disukai dan apa yang dibenci. Dakwah fardiyah tak bermakna bersamanya all the time, but it’s about being there at the right time and doing the right thing. Semoga Allah beri pertolongan dan petunjuk dalam kita melaksanakan
- Jangan bertangguh * ingat lima perkara sebelum lima perkara
- Belajar secara bijak * fokus , rancang jadual
- Mesyuarat yang efektif ( bincang awal, ada isi , fokus )
- Jaga hubungan dengan Allah. ( Berkat tak dapat diukur dengan tangan dan pembaris. Kita muslim, kita wajib ihsan . Merasa Allah melihat. Lakukan sempurna mungkin. )

Perlu sihat dan ceria
- Bersenam, sekurang-kurangnya 30 minit tiga kali seminggu. Tak sempat naik tangga berbanding lif, senam selepas subuh elak tidur.
- Hidup secara sihat dengan tidur dan rehat yang cukup. Amalkan tidur tidak kurang 5 jam sehari, dan tidak lebih dari 8 jam sehari. Cari ruang qailullah , tidur sebentar waktu tengahari jika berkesempatan.
- Jadilah manusia yang seimbang . Adakah waktu untuk kerjaya, keluarga, serta aktiviti sosial
- Makanan seimbang. Sumber halal.
- Kurangkan makanan lemak dan manis. Minum air sekurang-kurangnya 8 cawan sehari.
- Jangan tinggalkan solat serta ibadah wajib. Kekuatan daripada Allah.
- Fikir secara positif. Jangan cari masalah, selesaikan. Cuba terbaik, walaupun sukar.
- Perkasakan hubungan dengan Allah dan manusia.
- Berlapang dada dengan ketentuan [ 30:37 ]
-Pastikan adanya iman dalam hati. Iman beri tenaga.

10 tips produktif supaya hebat setiap hari
-Geng pukul 5 pagi ( bersenam mulakan seminggu. 15 minit - 30 )
-Buatlah senarai to-do
- Buat satu per satu ( al insyirah 7 )
- buat yang susah dulu
- kalahkan jam anda
- sebut apa yang hendak dilakukan
- fokus dengan buang semua pengacau
- laksanakan 5 minit rule
- gunalah apps
- komunikasilah dengan baik

Mukmin itu tidak pernah terusik dengan kesenangan dan kemewahan dunia. Baginya semua tu di syurga. Sebuah kenikmatan abadi yang tiada penghujung.

Semoga dapat uruskan masa dan buat yang terbaik, insyaAllah!

Sabtu, 25 Juli 2015

Nota: Tentang istikharah


Setiap perkataan yang baik mampu meneruskan semangat. Namun perkataan yang bebrisa mampu menjadi senjata pemusnah. Kata-kata boleh ubah perspektif dan meruntuhkan kepercayaan orang lain.

Jika mencari artikel berkaitan solat istikharah , boleh rujuk: SINI

Dalam hidup ini, berapa kali kita jauh dari rahmat Allah , hanya kerana pakej itu tidak datang seperti yang kita harapankan. Kita jarang bersyukur dan melihat hikmah. Namun jika kita sabar sedikit dan yakin dengan ketentuan-Nya, pastinya semua akan baik-baik saja.

Jika berkeinginan keras buat sesuatu, buat solat dua rakaat yang bukan fardu dan berdoa. (hadis) Doa istikharah. Selain itu solat hajat. Tak dinyatakan bukan solat istikharah saja dalam hadis.

Langit hidup tanpa warna untuk dilihat dalam pelbagai warna.

Langkah istikharah ; gunakan semua pancaindera dan akal untuk berfikir.
Langkah kedua : istikharah, cari pendapat orang lain yang pakar.
Langkah ketiga:  Barulah solat istikharah
Jika kita boleh pilih lima di dunia ini maka pilihlah agama, harta , akhlak mulia , rasa malu dan pemurah. – Lukmanul Hakim.
Kesan istikharah akan tenang dan lebih yakin. Buat jawapan dalam keadaan lebih selesa.

Gerak hati dan mimpi itu datang dari hati bersih.

Tidak boleh dilakukan untuk perkara haram, dan mungkar.
Islam tak mengajar kita sombong.

Nabi Adam pesan :
- Jika buat sesuatu tapi gelisah, janganlah buat. Syakwasangka.
- Fikirkan kesudahan buat sesuatu. Lihat kesudahanku memakan kuldi kerana tak meimkirkannya.
- Jika hendak buat sesuatu berundinglah dahulu.

Mintalah fatwa dari hati. Secara semulajadi hati tak suka perkara maksiat dan jahat.

Hidup ni macam kek, kalau kita makan semata telur mentah, serbuk penaik sahaja pasti tak lazat. Cuba buat kek, sedapkan ? Itulah analogi hikmah setiap dugaan hidup.
Baginda lalu menjelaskan satu ilmu yang sangat penting, “Mintalah fatwa dari hatimu. Kebaikan adalah apa yang mententeramkan jiwa dan hati. Dosa adalah apa-apa yang meresahkan jiwa dan meragukan hati, meskipun orang-orang memberi fatwa membenarkanmu.” (Hadis hasan riwayat Ahmad dan Ad-Darimi).
Buatlah pilihan yang terbaik, kerana kadangkala keputusan kita itu hanya mampu dilakukan sekali namun kesannya perlu ditanggung seumur hidup. Hati-hati. Jaga diri. Semoga dipermudahkan semuanya, insyaAllah. Teruskan usaha dan doa banyak-banyak.

Rujukan gambar : http://www.pixteller.com

Jumat, 24 Juli 2015

Mengawal Darah Gemuruh (Nervous)


Nak tak nak, kita kena hadap dan lalui apa yang telah ditetapkan, dan mungkin saja ini yang terbaik untuk kita, mulakan dengan niat dan doa yang baik, tarik dan lepas nafas perlahan-lahan, lakukanlah yang terbaik. Ini juga ujian, namun jika sebelum ini kita boleh lakukan, kenapa tidak kini. Jadi, jangan terlalu runsing, Tuhan dah tetapkan jalan bersesuaian untuk kita. Jadi, lalui saja. All the best!

Kawal Perasaan Gemuruh :
- Berwuduk dan banyakkan selawat
- Minta restu izin ibu bapa / suami
- Mulakan doa dan basmalah
- Amalkan doa yang pernah diucap Nabi Musa. Dalam surah toha: ayat 25-28.


- Persediaan awal
- Pakai ikut sesuai majlis
- Usah terlalu risau, focus apa yang perlu
- Tarik nafas panjang, tahan dan lepaskan perlahan-lahan
- Sesuai dengan keadaan utuk lawan rasa tu
- Usaha untuk yakinkan diri

Semoga dapat lakukan yang terbaik. Kita lakukan apa yang perlu kita lalui sekarang, setelah usaha dan doa, urusan lain serah kepada Tuhan, insyaAllah yakinlah semua akan baik-baik saja. Amin.