Ada orang mungkin berat mulut, sukar nak memulakan salam. Ada orang mungkin peramah , tapi jarang mengamalkan salam. Sedih juga. Sebab perkara ini walaupun nampak kecil, namun ia sunnah dan banyak hikmahnya.
Salam walaupun pada mata manusia biasa sahaja. Tapi ukurannya sisi Allah berbeza.
Nabi bersabda: “ Sesungguhnya seutama-utama manusia pada Allah ialah orang yang terlebih dahulu memberi salam dalam kalangan mereka”- [ Riwayat Abu Dawud ]
Salam walaupun nampak remeh, tapi Nabi buat. Malahan dia yang mendahulukan salam apabila berjumpa kanak-kanak. Sedang Nabi itu nabi. Pastinya darjat dia lebih tinggi daripada kita.
Anas bin Malik melintasi sekumpulan kanak-kanak lalu memberi salam kepada mereka. Anas berkata ; “ Rasulullah selalu berbuat demikian.” [ Riwayat Bukhari & Muslim ]
Salam walaupun nampak remeh, namun ia amalan yang terbaik. Rasulullah pernah ditanya; “ Mana satu amalan islam yang terbaik ?”
Lalu jawab Baginda; “ Kamu menjamu orang makan dan mengucapkan salam kepada orang yang dikenali mahupun tidak.” - [ Riwayat al-Bukhari ]
Seremeh-remeh salam, pasti akan bawa keberkatan pada diri dan keluarga. Nabi pernah mendidik Sayidina Anas bin Malik, “ Wahai anakku, jika kamu hendak masuk ke tempat keluargamu, maka ucapkanlah salam, nescaya akan berkat atas kamu dan seluruh keluarga rumahmu.” - [ Hadis Riwayat al - Tirmizi ]
Seremeh-remeh salam menjadi strategi untuk masuk syurga. Rasulullah mengajar kita :
“ Kamu tidak akan masuk syurga sehinggalah kamu beriman. Kamu tidak akan benar-benar beriman sehinggalah engkau semua saling menyayangi.
Mahukah kamu kalau aku tunjukkan pada sesuatu, yang jika kamu melakukannya tentu kamu semua akan saling mengasihi ? Sebarkan salam di antara kamu!”
- [ Riwayat Muslim ]
Ucapkanlah salam bukan sekadar bermanis mulut. Jika menyebutnya maksudnya kita mendoakan agar saudara kita selamat sejahtera.
Sabda Nabi, “Al-salam salah satu nama Allah yang diletakkan di bumu, maka sebarkanlah salam antara kamu.” - [ Riwayat al-Bukhari ]
Rasa malu dan sukar nak beri salam, mulakan dengan selalu hulurkan senyum dulu. Pun sunnah dan berpahala juga, Moga semua yang kita buat, Allah redha, insyaAllah.
Selain hubungan dengan Allah, antara penentu amal kebaikan kita adalah hubungan kita sesama manusia. Andai buruk akhlak, sia-sia amalan yang kita lakukan selama ini.
- Hasad
Rasulullah mengingatkan: “ Berwaspadalah kamu tentang hasad! Sesungguhnya hasad memakan semua kebaikan, sebagimana api memakan kayu.” - [ Riwayat Abu Dawud ]
Hasad adalah perasaan tidak selesa jika orang lain dapat nikmat. Sebaliknya dia mengharapkan agar nikmat itu lenyap daripada orang lain. Rugi solat jika hanya sedikit dengki memusnahkan semua pahala kita. Jauhilah.
- Menghina saudara muslim
Pesan Nabi: “ Cukuplah seseorang dikira melakukan kekejian dengan menghina saudara muslimnya!” [ Riwayat Muslim ]
Perbuatan lahir daripada sikap. Bahaya sikap merendahkan orang lain. Sebab Rasulullah ada mengingatkan , ada seorang lelaki berkata bahawa Allah tidak mengampunkan si polan , sebab si polan sering bermaksiat. Lantas Allah berkata : ‘ Siapa yang berhak menetapkan pada-Ku untuk tidak mengampunkan si polan ? Sesungguhnya aku telah mengampunkan si polan. Aku gugurkan semua amalanmu!!” - [ Riwayat Muslim ]
- Takbur
Takbur lahir daripada sikap merasa diri lebih bagus dan orang lain tidak. Hadis riwayat muslim ada menyatakan , tidak akan masuk syurga jika seseorang ada sifat takbur dalam dirinya walaupun sebesar zarah.
Seorang sahabat bertanya; ‘ Bagaimana dengan seseorang yang sukakan bajunya yang elok-elok, sandalnya yang elok-elok.’
Rasulullah pun bersabda: ‘Sesungguhnya Allah maha cantik, suka akan kecantikan. Takbur itu , menyanggah kebenaran (kerana ego) dan menghina orang lain” - [ Riwayat Muslim]
- Bergaduh sesama saudara muslim
Rasulullah mengkhabarkan :
“ Dibukakan pintu syurga setiap hari isnin dan khamis, lalu diampunkan semua manusia yang tidak mensyirikkan Allah, kecuali orang yang saling bertelingkah,.
Maka diseru. ‘ Tangguhkan dua orang ini sehingga mereka berbaik, tangguhkan dua orang ini sehingga mereka berbaik.’” - [ Riwayat Muslim]
Marilah sama-sama kita menjaga hubungan sesama kita. Mudahan diredhai Allah dan tak rugi amalan kita.
Cinta tak salah. Ingin disayangi dan ingin menyayangi adalah fitrah yang dicipta Allah. Kalau kita bermasalah dengan jodoh : cuba lihat hubungan dengan Allah dan hubungan dengan ibubapa. Betulkan balik jika rasa ada masalah.
Ciri-ciri cinta sejati : - Kerana Allah. Tengok dia ingat Allah. - Terjaga batas pergaulan berdua. - Dapat restu ibubapa.
Ciri-ciri cinta nafsu : - Buat lupa pada Allah, lupa solat. - Tak jaga batas pergaulan - Restu tak dapat. - Terjebak buat yang tidak tidak
Allah cipta semua berpasangan. Semua ada jodoh. Jika lihat ada insan yang tiada yang berjodoh di dunia. Insyaallah ada jodoh dia di syurga. Allah simpan.
Jodoh memang ada di syurga. Tapi janganlah sampai tak nak kahwin. Dan jangan putus asa, berusahalah terus sehingga hembusan nafas terakhir .
Bukan nak buat pilihan saja, nak buat apa-apa pun Nabi galakkan kita solat istikharah untuk dipermudah. Dan keputusannya bukanlah cepat.
Bab jodoh ni memang kena pilih. Niat baik , insyaallah akan dapat jodoh yang baik. Teruskan berdoa dan berusaha.
Tanda jawapan istikharah adalah berbeza bagi semua orang. Ada 4 tanda - Ketenangan hati - Kecenderungan - Ilham dari Allah - Dapat mimpi
Cara untuk menarik magnet jodoh ni ; - Jaga hubungan dengan Allah - Jaga hubungan dengan ibubapa - Jaga hubungan dengan manusia - Perlu baiki diri kita juga - Suka menolong orang - Selalu bersihkan hati - Buat Solat hajat - Buat Puasa hajat (untuk hari lahir terutamanya) - Suruh alim doa. - Suruh saudara-mara doa. - Sambung hubungan siraturrahim - Dan usah putus asa.
Tanda jodoh serasi : - Rasa bahagia - Boleh bertolak ansur walau berbeza sikap - Dengannya kita merasa tenang - Dia selalu ada disisi terutama waktu susah - Buat kita rasa selamat - Dan perkahwinan dengannya akan menyebabkan makin dekat dengan Allah - Ketawa menangis bersama-sama
“Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)
Tadi Ustazah minta amalkan ayat 39 Surah Taha & ayat 4 Surah Yusuf . Bagi orang sayang dengan kita. Tapi sikap kita pun kena perbaiki juga :)
Nota : Buat adik-adik yang sekolah lagi , fokus. Jodoh tu kerja Allah. Kerja sekarang belajar. Sambil-sambil tu tak jamin tapi ingatlah selalu harapan mak ayah. Mana kita perlu utamakan, utamakan. Ada jodoh tu, ada. Tak ke mana. Untuk semua, usaha dan doakanlah yang baik-baik. Terus.
Fenomena lagu ini sungguh mengingatkan saya kepada lagu InsyaAllah yang memperkenalkan Maher Zain di Malaysia suatu ketika dulu. Apa pun lagu Kun Anta nyanyian Humood Alkhudher yang bermaksud jadi diri sendiri ini lebih kepada mahu memberi semangat dan keyakinan bahawa kita tidak perlu mengharap perhatian atau kekaguman orang dengan menjadi orang lain. Yakin pada diri sendiri kerana semuanya akan berbalik pada akhlak yang baik. Selain lagu ini, beliau juga mempunyai banyak lagu lain yang menarik.
(UPDATE Februari 2016: Videoklip Kun anta rasmi dah keluar; di FB & DI YOUTUBE :
Lirik lagu Kun Anta Liujarihim, qoldat tu zohiru ma fihim
لأجاريهم، قلدت ظاهر ما فيهم Ketika ingin bersaing dengan mereka, aku telah meniru apa yang ada pada mereka
Pabadautu shakhson a-khar, kai atafa-khar,
فبدوتُ شخصاً آخر، كي أتفاخر Lalu aku mula menjadi seperti orang lain, supaya aku boleh berbangga
Wa zonan tu ana, anni bizalika huztu ghina و ظننتُ أنا، أنّي بذلك حُزْت غنى dan aku sangka jika aku lakukan seperti itu aku akan dapat kelebihan
Fawajad tu anni kha-sir, fatilka mazohir, فوجدتُ أنّي خاسر، فتلك مظاهر Namun aku dapati yang aku perolehi hanyalah kerugian. Itulah yang nyata.
La la, La nahtajul ma-la, Kai nazdada jama-la, Jauharna huna, Fi qalbi talala,
لا لا لا نحتاج المال، كي نزداد جمالا، جوهرنا هنا، في القلب تلالا Tidak..Tidak... Kita tidak memerlukan harta, agar bertambah cantik. Permata kita ada di sini, di dalam hati yang bersinar-sinar
La la, Nurdhin nasi bima-la, Nardhohu la na ha-la, Za-ka jamaluna, Yasmu yataa’la
لا لا نرضي الناس بما لا، نرضاه لنا حالا، ذاك جمالنا، يسمو يتعالى Tidak..Tidak... Kita bukan diterima orang lain dengan apa yang tidak ada. Kita diterima adalah kerana perbuatan (akhlak) kita. Itulah kecantikan kita. Yang sangat tinggi dan mulia
Kun anta tazdada jamala كن أنت تزدد جمالاً Jadilah diri kamu sendiri pasti akan bertambah lagi kecantikan yang sedia ada
Attaqabbalhum, anna-su lastu qalliduhum, أتقبّلهم، الناس لست أقلّدهم Sungguh aku menerima mereka, dan aku tidak perlu meniru perwatakan mereka
Illa bima yurdhi-ni, kai urdhi-ni, إلا بما يرضيني، كي أرضيني Melainkan apa yang aku terima itu aku telah redha.
Sa akunu ana, mithli tamaman hazana, سأكون أنا، مثلي تماما هذا أنا Aku akan menjadi diriku sendiri. Seperti diriku sepenuhnya. Inilah aku.
Fakona a’ti takfini, za-ka yaqi-ni, فقناعتي تكفيني، ذاك يقيني Sifat qanaah sudah cukup untuk ku. Itulah keyakinanku
Saakunu ana, man ardho ana, lan asa’ la liri dhohum, سأكون أنا، من أرضى أنا، لن أسعى لا لرضاهم Aku akan menjadi diriku sendiri, mengikut kemampuan diriku. Aku tidak perlukan orang lain untuk menerimaku
Waakunu ana, ma ahwa ana, ma-li wama liridhohum, وأكون أنا، ما أهوى أنا، مالي وما لرضاهم Aku akan jadi seperti diriku. Apa yang aku inginkan. Untuk diriku dan bukan untuk diterima mereka
—–
Lirik Kun Anta dalam rumi
Liujarihim, qoldat tu zohiru ma fihim Pabadautu shakhson a-khar, kai atafa-khar Wa zonan tu ana, anni bizalika huztu ghina Fawajad tu anni kha-sir, fatilka mazohir
La la, La nahtajul ma-la, Kai nazdada jama-la, Jauharna huna, Fi qalbi talala, La la, Nurdhin nasi bima-la, Nardhohu la na ha-la, Za-ka jamaluna, Yasmu yataa’la Oh Wo Oh (6x), Kun anta tazdada jamala (2x)
Attaqabbalhum, anna-su lastu qalliduhum, Illa bima yurdhi-ni, kai urdhi-ni, Sa akunu ana, mithli tamaman hazana, Fakona a’ti takfini, za-ka yaqi-ni,
La la, La nahtajul ma-la, Kai nazdada jama-la, Jauharna huna, Fi qalbi talala, La la, Nurdhin nasi bima-la, Nardhohu la na ha-la, Za-ka jamaluna, Yasmu yataa’la Oh Wo Oh (6x) Kun anta tazdada jamala
Saakunu ana, man ardho ana, lan asa’ la liri dhohum, Waakunu ana, ma ahwa ana, ma-li wama liridhohum, Saakunu ana, man ardho ana, lan asa’ la liri dhohum, Waakunu ana, ma ahwa ana, lan ardho ana biridhohum
La la, La nahtajul ma-la, Kai nazdada jama-la, Jauharna huna, Fi qalbi talala, La la, Nurdhin nasi bima-la, Nardhohu la na ha-la, Za-ka jamaluna, Yasmu yataa’la Oh Wo Oh (6x), Kun anta tazdada jamala (2x)
And here’s the English translations (translated on Youtube):
Be Yourself
In order to keep up with them, I imitated their looks and exterior So I became someone else – just to boast
And I thought that through that I’d gained a fortune But I found that I’d lost, for these are mere appearances
Chorus: No, no, We don’t need wealth to increase in beauty Our essence is here, in our hearts it shines No, no We will not seek to please others with that which we deem unbefitting for ourselves That is our beauty, rising and ascending above
Oh wo oh, oh wo oh.. Be yourself and you will increase in beauty
I accept people but I don’t imitate them Except for what I agree with, to satisfy myself
I will just be myself, just the way I am, this is me My conviction suffices, this is my certainty
(Chorus)
I’ll be what I please to be I won’t seek their acceptance I’ll be whom I love to be Why would I care about their acceptance